Kalimat
Haji di dalam
al-Qur'an
Kalimat lain berkaitan dengan
Haji (Haji-2)
Perkataan "Haji" tercatat sebanyak 12 kali di dalam 8 ayat al-Qur’an, seperti yang di bawah ini:
2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda
Allah, maka sesiapa melakukan haji di Rumah, atau berkunjung (umrah),
tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa
mengerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri
(Berterima Kasih), Mengetahui.
(Ayat ini ialah ayat al-Qur'an yang
pertama mengandungi perkataan Haji. Haji dilakukan di Rumah. Tawaf antara Safa
dan Marwa.)
2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan
baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan
haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya,
tetapi ketaatan adalah untuk menjadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah pada
pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
(Haji
bermula pada permulaan bulan.)
2:196. Sempurnakanlah haji dan umrah kerana
Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan
jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika
sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan
berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa
yang menikmati umrah sehingga haji, maka hendaklah pemberiannya daripada
yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah
tiga hari dalam haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh,
genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil
Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan
sewajarnya.
(Pemberian di tempat korban.)
2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang
diketahui; sesiapa yang menetapkan untuk haji padanya, tidak boleh
bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh
berbantahan semasa dalam haji. Dan apa-apa kebaikan yang kamu buat, Allah
mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa;
maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang yang mempunyai minda.
(Bulan-bulan Haji.)
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan
Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia
terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat
jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya
daripada semua alam.
(Wajib apabila boleh.)
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim
22:27. Dan serulah manusia kepada haji, dan
mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang
kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,
22:28.
Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati
(menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang
Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan
orang-orang fakir yang sengsara."
Kalimat lain yang berkaitan dengan Haji (Haji-2)
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman