Kalimat haram di dalam al-Qur’an
Haram dalam bahasa al-Qur'an tidak semestinya bermaksud haram. Ia juga boleh
bermaksud suci. Demikian
difahamkan daripada lima kalimat yang terbit daripada akar
kha ra mim. Disenaraikan juga di
sini satu kalimat daripada akar lain
sin kha ta
iaitu kedua diturunkan di sini, yang
bermaksud haram seperti dalam bahasa Melayu (contoh, Buku itu
diharamkan kerajaan).
1.
Kha Ra Mim
Daripada enam kalimat yang terbit terdapat satu yang tidak berkaitan dengan haram atau suci, iaitu harama yang bermaksud one who is robbed, deprived, an outcast:
51:19. Dan orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat, ada bahagian dalam harta mereka.
56:67. Tidak, kami disamun!"
68:27. Tidak, bahkan kami orang-orang yang disamun!”
70:25. Untuk orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat,
haram -
holy place,
sanctuary, asylum
28:57. Mereka berkata, "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami meneguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
29:67. Tidakkah mereka melihat bahawa Kami membuatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?
haram
(lihat hurum di bawah) holy, sacred, forbidden, prohibited
2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan.
2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.
2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.
2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.
2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa menyerang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu
mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari
Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen
Suci, dan ingatlah pada-Nya
oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu
adalah orang-orang sesat.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.
8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang
yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka
mendekati Masjidil haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan
kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika
Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
10:59. Katakanlah, "Adakah kamu memikirkan rezeki yang Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu membuat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah memberi izin kepada kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"
16:116. Dan janganlah mengatakan apa yang lidah
kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu
mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang
mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.
(mengatakan halal haram sewenang-wenangnya adalah berdusta
terhadap Allah)
17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
21:95. Satu pengharaman ke atas sesebuah bandar raya yang Kami telah membinasakan; mereka tidak akan kembali,
22:25. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah dan Masjidil haram, yang Kami membuatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang menghendaki untuk tidak menghormatinya dengan kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang pedih.
48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.
48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.
hurum
(jamak bagi haram) - sanctified yang berkaitan Haji
5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa sahaja Dia mengkehendaki.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa dia bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan diri-diri kamu (satu sama lain) padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
hurumat - holy or sacred things
2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa menyerang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
harrama - to forbid, to prohibit, to hallow, to make sacred
2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh diri-diri (sesama) sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia
mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang
disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak
menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(makanan yang diharamkan)
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan
berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan
syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan
riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang
didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti,
maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa
mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal
selama-lamanya.
(riba diharamkan)
3:50. Dan mengesahkan Taurat yang sebelumku, dan
untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang diharamkan kepada kamu. Aku
datang kepada kamu dengan satu ayat daripada Pemelihara kamu; maka kamu
takutilah Allah, dan kamu taatlah kepadaku.
(sebahagian daripada yang diharamkan sebelum al-Qur'an diturunkan
dihalalkan.)
3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil mengharamkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu
kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan
ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan
saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan
kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu,
dan anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada
isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki
mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang
daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa
yang telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
(yang
diharamkan untuk dikahwini)
4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami
mengharamkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi
mereka, dan kerana mereka menghalangi ramai daripada jalan Allah.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai,
dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada
Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati,
dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu
mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan
membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini
orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah
takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama
kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku berpuas
hati
Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan,
dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
(makanan yang
diharamkan.)
5:26. Berkatalah Dia, "Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka janganlah kamu berdukacita terhadap kaum yang fasiq."
5:72. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah, Allah akan mengharamkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong."
5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah
mengharamkan benda-benda yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu, dan
jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul.
(jangan mengharamkan apa yang Allah
halalkan.)
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan
laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi
pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan
darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu
akan dikumpulkan.
(makanan yang diharamkan semasa
Haji.)
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul.
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan
tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan memakannya kecuali siapa yang kami
mengkehendaki" - demikianlah mereka mendakwa - "Dan binatang ternak yang
punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang mereka tidak mengingat
(menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia
akan membalas mereka atas apa yang mereka mengada-adakan.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada teman-teman hidup kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan membalas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka mengharamkan apa yang Allah merezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak mendapat petunjuk yang benar.
6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia mengharamkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku pengetahuannya jika kamu berkata benar."
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia mengharamkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah mewasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia menyesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."
6:145. Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa
yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada
orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah,
atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada
selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak
menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu
Pengampun, Pengasih."
(apa yang
sebenarnya kata Nabi mengenai makanan yang diharamkan)
6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami mengharamkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami mengharamkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami membalas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.
6:148. Orang-orang yang mempersekutukan akan
berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menjadi orang-orang yang
mempersekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami
mengharamkan sesuatu." Begitulah orang-orang yang sebelum mereka
mendustakan sehingga mereka merasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu
sebarang pengetahuan untuk kamu mengeluarkan kepada kami? Kamu hanya mengikuti
sangkaan, semata-mata dugaan."
6:150. Katakanlah, "Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang mempersaksikan bahawa Allah mengharamkan ini." Kemudian, jika mereka mempersaksikan, janganlah menyaksikan bersama mereka; dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan yang tidak mempercayai akhirat, dan menyetarakan Pemelihara mereka.
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya
mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan
dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu menyekutukan Allah dengan apa yang
Dia tidak menurunkan kuasa, dan kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu
tidak tahu."
(perbuatan dosa adalah haram)
7:50. Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya,
7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang yang beruntung."
9:29. Perangilah orang-orang yang tidak
mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak mengharamkan apa yang Allah
dan rasul-Nya mengharamkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang
benar, daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, sehingga mereka memberi ufti
daripada tangan, dan mereka direndahkan.
9:37. Menundakan bulan adalah satu penambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang yang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak menyucikannya satu tahun, dan mereka mempersucikannya pada tahun lain, untuk menyesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak menyucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum tidak percaya.
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
16:35. Orang-orang yang mempersekutukan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menyembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah buat; tiadalah atas rasul-rasul, melainkan untuk menyampaikan yang jelas.
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia
mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang
disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak
menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun,
Pengasih.
(sekali lagi disebut makanan
yang diharamkan.)
16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah mengharamkan mereka apa yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
17:33. Dan janganlah membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, Kami memberikan walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali
perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang
berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang
menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
27:91. Aku hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim,
28:12. Dan Kami mengharamkannya sebelum itu daripada disusukan oleh mana-mana ibu angkat; maka dia berkata, "Bolehkah aku menunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?"
66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan
apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri
kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.
(Nabi
membuat kesilapan)
~ A Concordance of the Qur'an ms 544
2. Sin Kha Ta
suht - unlawful,
forbidden, banned
5:42. Yang mendengar yang bohong, dan memakan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkanlah antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu menghakimkan, maka putuskanlah dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.
5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!
5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak melarang mereka daripada ucapan dosa, dan memakan yang haram? Buruknya apa yang mereka mengerjakan!
~ A Concordance of the
Qur'an ms 1066
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman