Kalimat hati di dalam al-Qur'an

Perkataan "hati" diterjemah daripada kalimat "qalb" (jamak, "qulub"). Selain daripada maksud biasa, iaitu "tempat perasaan", ia juga bermaksud tempat untuk memahami (otak) seperti terdapat pada ayat 7:179 - "mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya".

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "hati" adalah:

 

2:7. Allah meletakkan penutup pada hati mereka, dan pada pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka, penudung; dan bagi mereka, azab yang besar.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.

2:74. Kemudian hati kamu menjadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang mempercayai.

2:93. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu memerintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."

2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang menurunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."

2:118. Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah berkata orang-orang yang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami memperjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.

2:204. Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.

2:225. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu mengusahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggilah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu mengetahui bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.

3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.

3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

3:126. Allah tidak membuatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanyalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:151. Kami akan melemparkan ke dalam hati orang-orang yang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka mempersekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang yang zalim!

3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

3:156. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menjadi seperti orang-orang yang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah membuatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan, dan Dia mematikan; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu telah memutuskan, percayakanlah (tawakal) kepada Allah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mempercayakan.

3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.

4:63. Mereka itulah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.

4:155. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah menutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak mempercayai, kecuali sedikit.

5:13. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

5:41. Wahai rasul, janganlah mereka menyedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak mempercayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang bohong, yang mendengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dengan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberikan, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah menghendaki untuk mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak menghendaki untuk membersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:52. Kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada mereka, dengan berkata, "Kami takut akan giliran yang buruk menimpa kami." Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian mereka mendapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka merahsiakan di dalam diri mereka, penuh sesal.

5:113. Mereka berkata, "Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."

6:25. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka melihat sebarang ayat pun, mereka tidak mempercayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka membantah kamu. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat.

6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah mengambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan meletakkan penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang mendatangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.

7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami menimpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak mendengar?

7:101. Bandar-bandar raya itu yang Kami menceritakan kepada kamu beritanya; rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang hendak mempercayai apa yang mereka telah mendustakan dahulu; demikianlah Allah menutup hati orang-orang yang tidak percaya.

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka mempercayakan (tawakal),

8:10. Allah tidak membuatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu tenteram dengannya; pertolongan hanyalah daripada Allah; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana,

8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan menurunkan kepada kamu air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya, dan untuk menghilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk menguatkan hati kamu, dan untuk memperteguhkan kaki kamu dengannya.

8:12. Apabila Pemelihara kamu mewahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan melempar ke dalam hati orang-orang yang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka."

8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutilah Allah dan rasul, apabila Dia menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

8:63. Dan Dia menyatukan hati mereka. Sekiranya kamu menafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana.

8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, "Jika Allah mengetahui sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan memberikan kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan mengampuni kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."

9:8. Bagaimanakah, jika mereka mengatasi kamu, mereka tidak akan mengendahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:45. Mereka yang meminta izin kepada kamu hanyalah orang-orang yang tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.

9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang memberitahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takuti."

9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.

9:87. Mereka sangat berpuas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak memahami.

9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang yang meminta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat berpuas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah meletakkan satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak mengetahui.

9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.

9:125. Tetapi bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kekotoran pada kekotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.

9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah memalingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

10:74. Kemudian Kami membangkitkan selepas dia rasul-rasul kepada kaum mereka, dan mereka mendatangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang hendak mempercayai apa yang mereka telah mendustakan sejak dahulu. Begitulah Kami menutup hati orang-orang yang mencabul.

10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."

13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah - dengan mengingati Allah, hati tenteram.

15:12. Begitulah Kami menyusupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.

16:22. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, hati mereka menolak, dan mereka menyombongkan diri.

16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.

16:108. Mereka itu, Allah meletakkan penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

17:46. Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.

18:14. Dan Kami menguatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak menyeru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.

18:28. Dan sabarkanlah diri kamu dengan orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan menghendaki wajah (sokongan)-Nya, dan janganlah mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah mentaati orang yang hatinya Kami melalaikan daripada mengingati Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.

18:57. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

21:3. Menghiburkan hati mereka. Orang-orang yang membuat kezaliman berbicara secara rahsia dengan satu sama lain, "Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah kamu menerima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?"

22:32. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.

22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang bersabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka.

22:46. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.

22:53. Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.

22:54. Dan supaya orang-orang yang diberi pengetahuan mengetahui bahawa ia yang benar daripada Pemelihara kamu, dan mempercayainya, dan hati mereka merendahkan kepada-Nya; dan sesungguhnya Allah selamanya memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada jalan lurus.

23:60. Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka memberikan, dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka,

23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka beramal.

24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak memesongkan mereka daripada mengingati Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberikan zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.

24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."

26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu menjadi antara orang-orang yang memberi amaran,

26:200. Begitulah Kami menyusupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,

28:10. Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong, dan dia hampir-hampir menampakkan dia sekiranya Kami tidak menguatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.

30:59. Begitulah Allah menutup hati orang-orang yang tidak mengetahui.

33:4. Allah tidak membuatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia membuatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (menceraikan dengan berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku.") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia memberi petunjuk pada jalan.

33:5. Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu membuat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu merancangkan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:10. Apabila mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan apabila penglihatan kamu menyimpang, dan hati kamu sampai di kerongkongan kamu, sedang kamu menyangka sangkaan-sangkaan terhadap Allah.

33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan."

33:26. Dan Dia menurunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

33:51. Kamu menangguhkan siapa yang kamu mengkehendaki antara mereka, dan siapa yang kamu mengkehendaki, kamu mengambil kepada kamu; dan jika kamu mengingini sesiapa yang kamu telah melepaskan, maka tidaklah bersalah ke atas kamu. Demikian itu boleh jadi mereka bergembira, dan tidak bersedih, dan masing-masing mereka akan sangat berpuas hati dengan apa yang kamu memberinya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah adalah Mengetahui, Penyantun.

33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diundang, maka masuklah; dan apabila kamu telah selesai makan, bertaburlah, dan janganlah berpanjangan dalam hadis; itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu meminta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti rasul Allah, dan tiada juga untuk mengahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.

33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang membuat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka menjadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit.

34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang yang Dia mengizinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."

37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,

39:22. Adakah orang yang dadanya Allah melapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap mengingati Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

39:23. Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira.

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang yang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian pada pandangan Allah, dan orang-orang yang percaya; demikianlah Allah menutup setiap hati yang sombong, bongkak.

41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"

42:24. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakan dusta terhadap Allah"? Tetapi jika Allah menghendaki, Dia meletakkan satu penutup pada hati kamu; dan Allah menghapuskan yang palsu, dan membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya; Dia mengetahui apa yang di dalam dada.

45:23. Sudahkah kamu melihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah menyesatkan dia atas satu pengetahuan, dan meletakkan satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan meletakkan satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan memberi petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?

47:16. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang yang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia mengatakan tadi?" Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah meletakkan satu penutup, dan mereka mengikuti keinginan mereka.

47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang yang ditutupi dengan kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,

47:24. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?

47:29. Atau, adakah orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit menyangka bahawa Allah tidak akan mengeluarkan kebencian mereka?

48:4. Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya mereka menambahkan iman pada keimanan mereka; kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana,

48:11. Orang-orang Arab yang ditinggalkan akan berkata kepada kamu, "Kami disibukkan dengan harta-harta kami dan keluarga-keluarga kami; maka mintalah ampun untuk kami!" Mereka berkata dengan lidah mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka. Katakanlah, "Siapakah yang berkuasa untuk menolong kamu sedikit pun terhadap Allah jika Dia menghendaki kemudaratan kepada kamu, atau menghendaki kemanfaatkan kepada kamu? Tidak, tetapi Allah sentiasa menyedari apa yang kamu buat.

48:12. Tidak, tetapi kamu menyangka bahawa rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu menyangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang jahat."

48:18. Allah sangat berpuas hati terhadap orang-orang mukmin apabila mereka berjanji setia kepada kamu di bawah pokok, dan Dia mengetahui apa yang di dalam hati mereka, maka Dia menurunkan ketenangan kepada mereka dan mengganjari mereka dengan kemenangan yang dekat,

48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.

49:7. Dan ketahuilah bahawa rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah menjadikan cinta pada keimanan kepada kamu, menampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia menjadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.

49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."

50:33. Sesiapa yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib, dan datang dengan hati yang berkesesalan,

50:37. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang yang mempunyai hati, atau mendengar sedang dia menyaksikan (tidak lalai).

57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar, yang Dia menurunkan, dan mereka tidak menjadi seperti orang-orang yang telah diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka menjadi keras, dan  kebanyakan mereka orang-orang fasiq?

57:27. Kemudian Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, rasul-rasul Kami; dan Kami mengutus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami memberikannya Injil. Dan Kami membuatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak mengawasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami memberi orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan antara mereka adalah orang-orang fasiq.

58:22. Kamu tidak mendapati sesuatu kaum yang mempercayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kaum kerabat mereka. Mereka itu, Dia menuliskan (menetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia mengukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang yang beruntung.

59:2. Dia yang mengeluarkan dari tempat tinggal mereka, orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka menyangka bahawa kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak jangkakan, dan Dia melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai mata (penglihatan)!

59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.”

59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandar-bandar raya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu menyangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu mengetahui bahawa aku adalah rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

63:3. Itu adalah kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak memahami.

64:11. Penderitaan tidak menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa mempercayai Allah, Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah mengetahui segala sesuatu.

66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.

79:8. Hati-hati pada hari itu berdebar,

83:14. Tidak sekali-kali! Tetapi apa yang mereka telah mengusahakan menguasai hati mereka.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman