Kalimat Hud & Ad di dalam al-Qur'an

 

 

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"

7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kebodohan, dan kami menyangka bahawa kamu adalah daripada pendusta-pendusta."

7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.

7:68. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami menyembah Allah satu-satu-Nya, dan supaya kami meninggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika kamu berkata benar."

7:71. Berkatalah dia, "Kekotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu mendebat aku mengenai nama-nama yang kamu menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."

7:72. Maka Kami menyelamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

 

7:74. Dan ingatlah apabila Dia melantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia menempatkan kamu di bumi, mengambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan memahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

 

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

 

11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.

11:51. Wahai kaumku, aku tidak meminta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu memahami?

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan meninggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu mengucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.

11:54. Tiadalah kami mengatakan melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpakan kepada kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan,

11:55. Selain daripada Dia; maka lakukanlah muslihat kamu terhadapku, kesemuanya, kemudian janganlah kamu memberi aku tangguh.

11:56. Sesungguhnya aku mempercayakan kepada Allah, Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; tidak ada makhluk yang merayap melainkan Dia mengambilnya daripada ubun-ubun. Sesungguhnya Pemeliharaku adalah di atas jalan lurus.

11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan menjadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu."

11:58. Dan apabila perintah Kami datang, Kami menyelamatkan Hud dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan menyelamatkan mereka daripada azab yang keras.

11:59. Itulah Ad; mereka menyangkal ayat-ayat Pemelihara mereka, dan mengingkari rasul-rasul-Nya, dan mereka mengikuti perintah tiap-tiap penguasa yang degil.

11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."

 

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang selepas mereka - tiada yang mengetahui mereka kecuali Allah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka menolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dengan kebimbangan."

22:42. Jika mereka mendustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah mendustakan, dan Ad, dan Tsamud,

25:38. Dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang Ras, dan antara yang demikian itu, generasi-generasi yang banyak.

 

26:123. Ad telah mendustakan para utusan,

26:124. Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:125. Aku, bagi kamu, adalah seorang rasul yang dipercayai.

26:126. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:127. Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.

26:128. Apa, adakah kamu membina di tiap-tiap bukit yang tinggi satu ayat (tanda) dengan main-main,

26:129. Dan adakah kamu mengambil untuk kamu bangunan-bangunan besar untuk tinggal selama-lamanya?

26:130. Apabila kamu menyerang, kamu menyerang seperti orang-orang kejam!

26:131. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,

26:132. Dan takutilah Dia yang membantu kamu dengan apa yang kamu tahu,

26:133. Membantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,

26:134. Dan kebun-kebun (jannah), dan mata-mata air.

26:135. Sesungguhnya aku takut bagi kamu akan azab hari yang besar."

26:136. Mereka berkata, "Sama sahaja bagi kami, sama ada kamu menegurkan, atau kamu bukan daripada orang-orang yang memberi teguran.

26:137. Ini, tidak lain, hanyalah tabiat orang-orang dahulu kala.

26:138. Dan kami tidak akan diazab."

26:139. Maka mereka mendustakan dia; kemudian Kami memusnahkan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

 

29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.

38:12. Telah mendustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak menghendaki untuk menzalimkan hamba-hamba-Nya.

41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku memberi amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud."

 

41:15. Bagi Ad, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa patut, dan mereka berkata, "Siapakah yang lebih kuat daripada kami dalam kekuatan?" Apa, tidakkah mereka melihat bahawa Allah, yang mencipta mereka, Dia lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan? Dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami.

41:16. Kemudian Kami mengutus kepada mereka angin yang sangat bising pada hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka tidak ditolong.

 

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia memberi amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Janganlah kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk memalingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."

46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh."

46:24. Kemudian, apabila mereka melihatnya seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, "Inilah awan yang akan memberi kami hujan!" "Tidak begitu; bahkan ia apa yang kamu minta disegerakan - angin yang di dalamnya azab yang pedih,

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami membalas kaum yang berdosa.

 

50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,

 

51:41. Dan pada Ad, apabila Kami mengutus kepada mereka angin yang membinasakan,

51:42. Yang tidak meninggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput.

 

53:50. Dan bahawa Dialah yang memusnahkan Ad yang dahulu,

 

54:18. Ad mendustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

54:19. Kami mengutuskan kepada mereka angin yang sangat bising pada satu hari yang malang terus menerus,

54:20. Meregut manusia seakan-akan mereka tunggul-tunggul batang palma yang membantun.

54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

 

69:4. Tsamud dan Ad telah mendustakan yang Mengetukkan.

 

69:6. Dan bagi Ad, mereka dimusnahkan dengan angin yang sangat bising, yang sangat kencang.

69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh

 

89:6. Tidakkah kamu melihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Ad,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman