Kalimat hudud (had-had) di dalam al-Qur'an
Kesemua 9 ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hudud, atau
had-had dalam bahasa Melayu, disenaraikan di bawah ini:
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan
isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi
mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan
menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan
carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan
minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam,
pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri
mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah hudud (had-had)
Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan
ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
(jangan keluar daripada hudud Allah)
2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik,
atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada
apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak
dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat
melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia
(isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya.
Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.
(jangan mencabuli hudud Allah)
2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah
itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru)
menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu
sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan hudud
(had-had) Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi
kaum yang mengetahui.
(Allah sendiri
memperjelaskannya)
4:13. Itu adalah hudud (had-had) Allah, dan sesiapa mentaati Allah
dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(dua ayat sebelum ini, iaitu 4:11 dan 4:12, Allah
menjelaskan mengenai pembahagian harta pesaka)
4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli
hudud-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal
selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.
(Allah dan
rasul menyampaikan hudud-Nya)
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan
kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui hudud (had-had) yang
Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(orang Arab sendiri boleh tidak mengetahuinya kerana tidak
percaya, atau kafir, dan kerana kemunafikan mereka)
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah,
orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk,
orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang
daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga hudud (had-had) Allah
- dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
(sifat orang mukmin)
58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia
berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan
jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang
miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud hudud
(had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.
(azab pedih bagi mereka yang tidak percaya pada hudud
Allah)
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka
ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu,
dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari
rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka
melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud hudud (had-had) Allah;
sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak
mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.
(menzalimi diri sendiri)
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman