Kalimat Iblis di dalam al-Qur'an
Terdapat 11 perkataan Iblis di dalam al-Qur'an, seperti berikut:
2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir).
7:11. Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.
15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,
15:29. Apabila Aku telah membentukkannya, dan menghembuskan Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu dengan bersujud kepadanya.
15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.
15:31. Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.
15:32. Berkatalah Dia, "Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?"
15:33. Berkata, "Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk."
15:34. Berkata Dia, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,
15:35. Ke atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."
15:36. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
15:37. Berkata Dia, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,
15:38. Hingga hari, waktu yang diketahui."
15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah membuat aku bersalah, aku akan menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,
15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.
26:95. Dan tentera Iblis, kesemuanya.
(Dicampak ke dalam Jahim)34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.
34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami mengetahui orang yang mempercayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.38:74. Kecuali Iblis; dia menyombongkan diri, dan termasuk orang-orang yang tidak percaya (kafir).
38:75. Berkata, "Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud kepada apa yang Aku telah cipta dengan tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombongkan diri, atau kamu termasuk orang-orang yang tinggi?"
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman