Kalimat Ibrahim di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat yang mengandungi nama Ibrahim
serta konteksnya adalah seperti berikut:
2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji
Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia
menunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku membuat kamu seorang imam (ketua) bagi
manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata,
"Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang yang zalim."
2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan
tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan
Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk
orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang
yang tunduk, orang-orang yang sujud."
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata,
"Pemeliharaku, buatkanlah ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya
dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka."
Dia berkata, "Sesiapa yang tidak percaya Aku akan memberikan kesenangan sedikit, kemudian
Aku akan memaksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"
2:127. Dan apabila
Ibrahim, dan Ismail
bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada
kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada
keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan
kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada
mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan
Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang
Bijaksana."
2:130. Maka siapakah yang mengundurkan diri daripada anutan
Ibrahim kecuali dia yang
memperbodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di
akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah",
dia berkata, "Aku menundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
2:132. Dan
Ibrahim mewasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai
anak-anakku, Allah telah memilih untuk kamu agama; maka janganlah kamu mati kecuali dalam
kemusliman."
2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia
berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka
berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan
Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."
2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah
kamu menjadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan mendapat petunjuk." Katakanlah,
"Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang
menyekutukan."
2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada
Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada
Ibrahim, dan
Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan
apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan
seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
2:140. Atau, adakah kamu mengatakan, 'Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih mengetahui, atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat."
2:258. Tidakkah kamu merenungkan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah memberinya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah mendatangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang yang tidak percaya tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggilah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu mengetahui bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"
3:33. Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga
Ibrahim, dan keluarga Imran,
di atas semua alam.
3:34. Keturunan satu sama lain; Allah Mendengar, Mengetahui.
3:65. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu berdebat mengenai Ibrahim? Taurat tidak diturunkan dan tidak juga Injil melainkan selepas dia. Apa, tidakkah kamu faham?
3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang Yahudi, dan bukan juga seorang
Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada
orang-orang yang menyekutukan.
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan
Ibrahim ialah mereka yang
mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung)
orang-orang mukmin.
3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
3:95. Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan
Ibrahim, seorang
yang lurus, dan bukanlah dia orang yang menyekutukan."
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang
diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan
Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia
berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia
boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya
daripada semua alam.
4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah memberikan mereka? Sungguh, Kami telah memberikan keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami memberikan mereka kerajaan yang besar.
4:125. Dan siapakah yang lebih baik anutannya daripada orang yang menundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, dan yang mengikuti agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.
4:163. Kami mewahyukan kamu sebagaimana Kami mewahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami mewahyukan Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan Kami memberikan Daud, Zabur.
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu mengambil
patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang
nyata."
6:75. Demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi,
supaya dia menjadi antara orang-orang yang yakin.
6:76-81:
Apabila malam menutupi di atasnya, dia melihat satu bintang dan berkata, "Ini
Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai yang
terbenam."
Apabila dia melihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia
terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku
menjadi daripada kaum yang sesat."
Apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih
besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku
berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan.
Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang memulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan
bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan."
Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak mendebat aku mengenai Allah, dan
Dia telah memberi petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu menyekutukan
dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku menghendaki sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala
sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu mengingatinya?
Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu menyekutukan, sedang kamu tidak takut bahawa
kamu mempersekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kepada kamu sebarang kuasa?
Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu mengetahui?"
6:83. Itulah hujah Kami yang Kami memberikan Ibrahim terhadap kaumnya. Kami menaikkan darjat siapa yang Kami mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah memberi aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang menyekutukan."
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.
9:114. Ibrahim tidak meminta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia menjanjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.
11:69. Rasul-rasul Kami telah datang kepada
Ibrahim dengan berita gembira; mereka
berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia
mendatangkan seekor anak lembu panggang.
11:70-73:
Apabila dia melihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka,
dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami
diutus kepada kaum Lut."
Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami menyampaikan kepadanya berita
gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.
Berkata, "Celakalah aku! Adakah aku akan beranak padahal aku sudah tua, dan suamiku ini
seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang ajaib."
Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan
keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah."
11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi
daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami
mengenai kaum Lut.
11:75. Ibrahim adalah penyantun, lembut
hati, berkesesalan.
11:76. "Wahai Ibrahim,
berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang
kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."
12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia mengajarkan kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia menyempurnakannya sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."
12:38. Dan aku (Yusuf) mengikuti anutan bapa-bapaku, Ibrahim, dan Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk menyekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.
14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah
(negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
14:36-41:
Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku
adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun,
Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di
mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar
mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki
mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami
menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya
Pemeliharaku mendengar doa.
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai
Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila
perhitungan didirikan."
15:51. Dan beritahu mereka mengenai tetamu-tetamu
Ibrahim,
15:52-60:
Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata,
"Sesungguhnya kami takut pada kamu."
Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami memberi kamu berita gembira dengan
seorang anak lelaki yang alim."
Berkata, "Apa, adakah kamu memberi aku berita gembira walaupun umur tua telah
menyentuhku? Dengan apakah kamu memberi aku berita gembira?"
Mereka berkata, "Kami memberi kamu berita gembira yang benar. Janganlah kamu termasuk
orang-orang yang berputus asa."
Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan Pemeliharanya, melainkan
orang-orang yang sesat?"
Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami menyelamatkan kesemuanya,
Kecuali isterinya; kami menentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang
tinggal."
16:120. Sesungguhnya
Ibrahim ialah satu umat yang patuh kepada Allah, seorang yang
lurus, dan bukan orang yang menyekutukan.
16:121. Yang mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia memberinya
petunjuk pada jalan lurus.
16:122. Dan Kami memberikan dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang
yang salih.
16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu (Muhammad), "Ikutlah anutan
Ibrahim, seorang yang
lurus, dan bukan orang yang menyekutukan."
19:41. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab,
Ibrahim; sesungguhnya dia seorang
yang benar, seorang Nabi.
19:42-45:
Apabila dia berkata kepada bapanya, "Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar
dan tidak melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun?
Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku
akan memberi petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.
Ayah, janganlah menyembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.
Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu
menjadi wali (sahabat) syaitan."
19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu mengundurkan diri daripada
tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan merejam kamu; maka
tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."
19:47-50:
Dia berkata, "Kesejahteraan ke atas kamu! Aku akan meminta ampun untuk kamu kepada
Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.
Dan aku akan menjauhkan diri daripada kamu, dan apa yang kamu seru, selain daripada Allah; aku
berseru kepada Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam doaku kepada Pemeliharaku,
sengsara."
Maka, apabila dia menjauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada
Allah, Kami memberikannya Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami menjadikan Nabi.
Dan Kami memberi mereka daripada pengasihan Kami, dan Kami membuat mereka lisan (lidah) yang
benar, amat tinggi.
19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
21:51. Kami telah memberikan
Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu
dia,
21:52-59:
Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu
bertekun?"
Mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami menyembah mereka."
Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."
Mereka berkata, "Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara
orang-orang yang bermain-main?"
Berkata, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan
mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang menyaksikan atas yang demikian.
Dan, demi Allah, sungguh aku akan membuat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah
kamu pergi memalingkan belakang kamu."
Lalu dia memecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang
besar yang mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.
Mereka berkata, "Siapakah yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia
termasuk orang-orang yang zalim."
21:60. Mereka berkata, "Kami mendengar seorang pemuda yang mengingat-ingatkan
(menyebut-nyebut) mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."
21:61. Mereka berkata, "Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka
mempersaksikan."
21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu yang melakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai
Ibrahim?"
21:63-68:
Berkata, "Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika
mereka boleh berkata-kata."
Maka mereka kembali kepada satu sama lain, dan mereka berkata, "Sesungguhnya kamulah
orang-orang yang zalim."
Kemudian kepala mereka ditundukkan, "Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa ini semua tidak
berkata-kata."
Berkata, "Apa, adakah kamu menyembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat
kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga memudaratkan kamu?
Cis, kepada kamu, dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?"
Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak
melakukan."
21:69. Kami berkata, "Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk
Ibrahim!"
21:70-73:
Mereka menghendaki untuk membuat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami membuat mereka
orang-orang yang lebih rugi.
Dan Kami menyelamatkan dia, dan Lut, ke bumi yang Kami memberkati bagi semua alam.
Dan Kami memberikannya Ishak dan Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami menjadikan
orang yang salih,
Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan
Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan
Kami mereka sembah.
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk
Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu
menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang
mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang
sujud.
22:27. Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan
di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,
22:43. Dan kaum Ibrahim, dan kaum Lut,
22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.
26:69. Dan bacakanlah kepada mereka berita Ibrahim.
26:70-89:
Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?"
Mereka berkata, "Kami menyembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."
Berkata, "Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu menyeru?
Atau mereka memanfaatkan kamu, atau memudaratkan?"
Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendapati bapa-bapa kami berbuat seperti yang
demikian."
Berkata, "Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,
Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,
Yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri memberi petunjuk kepadaku,
Dan Dia, Dia Sendiri memberi aku makan dan minum,
Dan setiap kali aku sakit, Dia menyembuhkan aku,
Yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku,
Dan yang aku menginginkan akan mengampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).
Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih,
Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir.
Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan,
Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat.
Janganlah mengaibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan,
Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat,
Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."
29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan
takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
29:17-18:
Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu mencipta kedustaan;
sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi
rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan
berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
Tetapi, jika kamu mendustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah mendustakan; dan hanyalah atas
rasul untuk menyampaikan yang jelas."
29:24-27:
Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah
dia!" Kemudian Allah menyelamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu
adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.
Dan berkata, "Kamu mengambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah,
sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat,
sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu melaknatkan satu sama
lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong."
Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku berhijrah kepada Pemeliharaku;
sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami membuatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk
menjadi antara keturunannya; Kami memberi dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk
orang-orang salih.
29:31. Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada
Ibrahim dengan berita gembira,
mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya
orang-orang yang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui
siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia
termasuk orang-orang yang tinggal."
33:7. Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,
37:83. Daripada golongannya (Nuh) ialah
Ibrahim,
37:84-103.
Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,
Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?
Adakah yang dusta, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu menghendaki?
Apakah pula sangkaan kamu terhadap Pemelihara semua alam?"
Dan dia menghalakan pandangan memandangi bintang-bintang,
Dan dia berkata, "Sesungguhnya aku sakit."
Tetapi mereka berpaling daripada dia, dengan memusingkan belakang mereka.
Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?
Kenapa kamu tidak berkata-kata?"
Kemudian dia beralih kepada mereka, memukul mereka dengan tangan kanannya.
Kemudian tampil ke muka yang lain kepadanya dengan tergesa-gesa.
Berkata, "Adakah kamu sembah apa yang kamu ukir,
Dan Allah mencipta kamu, dan apa yang kamu buat?"
Mereka berkata, "Binalah satu bangunan untuknya, dan lemparlah dia ke dalam Jahim!"
Mereka menghendaki untuk membuat tipu muslihat terhadapnya; maka Kami membuat mereka
orang-orang yang lebih rendah.
Dia berkata, "Aku pergi kepada Pemeliharaku; Dia akan memberi petunjuk kepadaku.
Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih."
Kemudian Kami memberikan dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun,
Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku,
aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan
kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan; kamu akan
mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang sabar."
Apabila mereka telah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya,
37:104.
Kami memanggilnya, "Wahai Ibrahim,
37:105-108:
Kamu telah mengesahkan visi; begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
Ini benar-benarlah ujian yang nyata."
Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,
Dan meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.
37:109. "Kesejahteraan ke atas
Ibrahim!"
37:110-113:
Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.
Kemudian Kami memberi dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang
salih (baik).
Dan Kami memberkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian berbuat baik, dan
sebahagian berbuat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.
38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami,
Ibrahim, dan Ishak, dan Yaakub - yang
mempunyai tangan (kekuatan) dan pandangan.
38:46. Sesungguhnya Kami menyucikan mereka dengan sesucinya, memperingatkan Tempat Tinggal,
38:47. Dan di sisi Kami, mereka adalah daripada orang-orang pilihan, yang terbaik.
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya
aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah,
43:27. Kecuali Yang memulakan aku; dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku."
51:24. Sudahkah datang kepada kamu hadis tamu
Ibrahim yang mulia?
51:25-34:
Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam!
Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
Kemudian dia beralih kepada keluarganya, dan mendatangkan seekor anak lembu yang gemuk,
Dan dia meletakkannya di hadapn mereka, dengan berkata, "Tidakkah kamu makan?"
Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan
mereka memberinya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).
Kemudian isterinya tampil ke muka, dalam kebisingan, dan dia memukul mukanya, dan berkata,
"Seorang perempuan tua yang mandul!"
Mereka berkata, "Demikianlah Pemelihara kamu berkata; sesungguhnya Dialah Yang Bijaksana,
Yang Mengetahui."
Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
Untuk mengutuskan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat,
Yang ditanda di sisi Pemelihara kamu untuk orang-orang yang membazir (berlebihan)."
53:37. Dan Ibrahim, dia yang membayar sepenuhnya?
57:26. Dan Kami telah mengutus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami membuatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian antara mereka mendapat petunjuk, dan kebanyakan antara mereka orang-orang fasiq.
60:4. Kamu ada teladan yang baik pada
Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia,
apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang
kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu,
permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu mempercayai Allah
satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim mengucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku
akan meminta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu
terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau
kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak
percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang
Bijaksana.”
60:6. Kamu ada teladan yang baik pada mereka bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari
Akhir. Dan sesiapa berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.
87:19. Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan Soalan Lazim
Sudut Pelajar English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman