Kalimat ibu dan ibu bapa di dalam al-Qur'an


Pertama disenaraikan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "ibu" dan "ibu bapa" seperti pada emak dan ayah. Kemudian, di hujung halaman ini, disenaraikan perkataan "ibu" yang digunakan untuk selain itu, seperti "ibu kitab" dll.

 

2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa.

2:215. Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, "Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.

4:7. Bagi lelaki, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, sama ada ia sedikit atau banyak, sebahagian yang ditetapkan.

4:11. Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa yang dia meninggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa yang dia meninggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu meninggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka meninggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat yang mereka mewasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa yang kamu meninggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa yang kamu meninggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat yang kamu mewasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang yang memudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami melantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu. Maka berilah mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

4:36. Sembahlah Allah, dan janganlah menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa  yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong, membanggakan diri,

4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

4:176. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia menerima separuh daripada apa yang dia meninggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka menerima dua per tiga daripada apa yang dia (lelaki) meninggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki menerima serupa dengan bahagian dua saudara perempuan. Allah memperjelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah mengetahui segala sesuatu."

5:17. Merekalah orang-orang yang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang akan membatalkan Allah dalam apa jua jika Dia menghendaki untuk memusnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia mengkehendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."

5:75. Al-Masih, putera Mariam, hanyalah seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling.

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."

12:99. Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapanya kepadanya, dengan berkata, "Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman."

12:100. Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan."

16:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dengan tidak mengetahui sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia membuatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih.

17:23. Pemelihara kamu menentukan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia, dan berbuat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga mengherdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.

18:80. Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan memaksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan.

19:14. Dan seorang yang taat kepada ibu bapanya, dan dia tidak sombong, ingkar.

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang."

19:32. Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara.

20:38. Apabila Kami mewahyukan apa yang diwahyukan kepada ibumu,

20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

20:94. Berkata, "Wahai anak ibuku, janganlah mengambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut bahawa kamu akan berkata, 'Kamu telah memecahkan Bani Israil, dan kamu tidak mengendahkan ucapanku.'"

22:2. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap ibu yang menyusui melupakan apa yang dia menyusukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras.

23:50. Dan Kami membuat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami memberi mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.

24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."

28:7. Maka Kami mewahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan janganlah takut, dan jangan juga bersedih, kerana Kami akan mengembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."

28:10. Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong, dan dia hampir-hampir menampakkan dia sekiranya Kami tidak menguatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.

28:12. Dan Kami mengharamkannya sebelum itu daripada disusukan oleh mana-mana ibu angkat; maka dia berkata, "Bolehkah aku menunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?"

28:13. Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, supaya dia bergembira dan tidak bersedih, dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

29:8. Kami mewasiatkan manusia supaya dia berbuat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu menyekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.

31:14. Dan Kami mewasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya mengandungnya dalam kelemahan atas kelemahan, dan penyusuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.

33:4. Allah tidak membuatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia membuatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (menceraikan dengan berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku.") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia memberi petunjuk pada jalan.

33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut berbuat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

39:6. Dia mencipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia membuatkan pasangannya; dan Dia menurunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia mencipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

46:17. Tetapi orang yang berkata kepada bapanya dan ibunya, "Cis, kepada kamu! Adakah kamu menjanjikan aku bahawa aku akan dikeluarkan (dibangkitkan), padahal generasi-generasi telah pun berlalu sebelum aku?" sedang keduanya memohon pertolongan Allah - "Celakalah kamu! Percayalah, sesungguhnya janji Allah benar"; kemudian dia berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.

58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu, kepadaku, adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukanlah ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”

80:34. Pada hari seorang lelaki lari daripada saudara lelakinya,
80:35. Dan ibunya, dan bapanya,
80:36. Dan isterinya, dan anak-anaknya,

 

Senarai ayat mengandungi perkataan "ibu" yang bermaksud selain "ibu bapa" adalah:

3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami menurunkan, yang diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu memberi amaran kepada Ibu Bandar-bandar raya, dan orang-orang yang di sekitarnya; dan orang-orang yang mempercayai akhirat mempercayainya, dan mereka yang memelihara solat mereka.

13:39. Allah menghapuskan, dan Dia menetapkan apa sahaja yang Dia mengkehendaki; dan di sisi-Nya ialah Ibu Kitab.

28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak memusnahkan bandar-bandar raya sehingga Dia membangkitkan di ibu kotanya seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak memusnahkan bandar-bandar raya melainkan bahawa penduduknya zalim.

42:7. Dan demikianlah Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada Ibu Bandar-bandar raya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.

53:9. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,

101:9. Ibunya (tempat kediamannya), lubang yang dalam.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman