Kalimat ikan di dalam al-Qur'an

 

 

 

Ikan diterjemah daripada kalimat hut (jamak hitan) dan disebut sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an. Antaranya berkaitan dengan Nabi Yunus. Antara penterjemah al-Qur'an, ada yang mengatakan ikan yang menelan baginda adalah whale, ikan hiu, ikan besar dan sebagainya. Bacaan telah turut membuat kesilapan serupa itu dengan menyatakan ikan besar lalu dikesan oleh sahabat rajamaca (terima kasih) dan di sini, ayat yang mengandunginya dibetulkan. Ayat berkenaan ialah 37:142.

 

Di bawah ini diturunkan ayat tersebut bersama empat lagi yang mengandungi kalimat ikan:

 

 

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandar raya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka.

 

18:61. Kemudian, apabila mereka sampai di pertemuan mereka, mereka melupakan ikan mereka, dan ia mengambil jalannya ke laut, dengan mengorek lubang.

 

18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita mengambil perlindungan di batu, lalu aku melupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang membuat aku melupakannya, supaya aku tidak mengingatinya; dan ia mengambil jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan."

 

37:142. Kemudian ikan menelannya, dan dia disalahkan.

 

68:48. Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah menjadi seperti Teman Ikan, apabila dia memanggil, tercekik di dalam dirinya.


(Maaf atas kesilapan)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman