Kalimat iman di dalam al-Qur’an
Didapati sebanyak 41 ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan “iman”:
2:93. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu memerintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."
2:108. Atau, adakah kamu menghendaki untuk menanyai rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang menukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu sebagai orang-orang yang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana kedengkian dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ampunkanlah, sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
(ahli Kitab dengki, setelah yang benar menjadi jelas bagi mereka)2:143. Demikianlah Kami membuat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak menentukan kiblat yang kamu menghadapkan melainkan supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul, dan siapa yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk; tetapi Allah tidak akan membiarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.
3:86. Bagaimanakah Allah akan memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan menyaksikan bahawa rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
3:90. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
3:100. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu mentaati segolongan daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, mereka akan mengembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang yang tidak percaya.
(awas dalam mentaati orang yang diberi Kitab)3:106. Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, "Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak percaya."
3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.
3:173. Orang-orang yang kepada mereka manusia berkata, "Manusia telah berkumpul terhadap kamu, kerana itu takutilah mereka"; tetapi ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka berkata, "Cukuplah Allah bagi kami. Wakil yang sangat baik!"
3:177. Orang-orang yang membeli ketidakpercayaan dengan keimanan, mereka tidak memudaratkan Allah sedikit pun, dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:193. Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
('Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' )4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
(tidak percaya, atau kafir, dalam keimanan)6:82. Orang-orang yang percaya, dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar.
6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka mempercayakan (tawakal),
(bertambah dalam keimanan)9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih menyukai ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu, Kami akan mengazab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.
9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan kepada kamu, sebahagian antara mereka berkata, "Siapakah antara kamu yang bertambah dalam keimanan dengan ini?" Bagi orang-orang yang percaya, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka bergembira.
10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.
10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandar raya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami menghilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami memberi mereka kesenangan untuk suatu waktu.
16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.
30:56. Tetapi orang-orang yang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak mengetahui."
32:29. Katakanlah, "Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."
33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan rasul-Nya menjanjikan kita, dan Allah dan rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.
40:10. Diumumkan kepada orang-orang yang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada satu sama lain, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang yang tidak percaya pada waktu itu.
42:52. Begitulah Kami mewahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami memberi petunjuk kepada siapa yang Kami mengkehendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu memberi petunjuk pada jalan lurus,
48:4. Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya mereka menambahkan iman pada keimanan mereka; kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana,
49:7. Dan ketahuilah bahawa rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah menjadikan cinta pada keimanan kepada kamu, menampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia menjadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.
49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
(jangan mengejek orang lain)49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
49:17. Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka telah tunduk patuh! Katakanlah, "Janganlah kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan Dia memberi kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.
(apa kata Nabi kepada orang yang mengaku Islam)52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami akan menghubungkan keturunan mereka dengan mereka, dan Kami tidak mengurangi mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka; tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia mengusahakan.
58:22. Kamu tidak mendapati sesuatu kaum yang mempercayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kaum kerabat mereka. Mereka itu, Dia menuliskan (menetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia mengukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang yang beruntung.
59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang berhijrah kepada mereka, dengan tidak mendapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka memberikan, dan lebih menyukai yang lain di atas diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.
59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih."
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman