Kalimat insan di dalam al-Qur'an
From: korokure
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: beza al-insan dgn an-naas
Date: Wednesday, October 26, 2005 4:32 PMSalaman,
Saya nak tahu beza Al-insan dengan An-naas sedangkan dalam terjemahan kedua2nya bermaksud 'manusia'. kenapa ada ayat yang menggunakan Al-insan dan ada yg menggunakan An-naas?
Terima Kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih kepada penulis e-mel yang mencadangkan satu tajuk menarik untuk dibincang, iaitu mengenai dua kalimat al-Qur'an, insan dan nas. Satu daripadanya pula dipakai oleh orang-orang kita.
Nas adalah jamak bagi insan, yang bermakna manusia, atau dalam bahasa Inggeris, man atau mankind. Lalu kedua-duanya diterjemah kepada "manusia" di dalam Bacaan.
Perkataan yang diambil untuk dipakai dalam bahasa Melayu ialah "insan". Sebuah kamus memberi makna kepada perkataan tersebut seperti berikut:
insan Ar manusia; ~ kamil manusia yang sempurna (baik, bersih drpd noda dll);
keinsanan kemanusiaan.Di sini kalimat insan dipilih untuk menyenaraikan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandunginya. Pun begitu, maknanya iaitu manusia, diguna di dalam senarai yang dipamerkan di bawah (sila perhatikan ayat 18:54 di mana kedua-dua nas dan insan diguna):
4:28. Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia (insan) itu diciptakan lemah.
10:12. Apabila penderitaan menyentuh manusia (insan), dia berseru kepada Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami menghilangkan penderitaannya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah berseru kepada Kami atas penderitaan yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa yang mereka buat.
11:9. Dan jika Kami merasakan kepada seseorang manusia (insan) dengan pengasihan daripada Kami, dan kemudian Kami merampasnya daripada dia, dia berputus asa, tidak percaya (kafir).
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia (insan), adalah musuh yang nyata.
14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia (insan). Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
15:26. Sesungguhnya Kami mencipta manusia (insan) daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.
16:4. Dia mencipta manusia (insan) daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.
17:11. Manusia (insan) mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia (insan) adalah tergesa-gesa.
17:13. Dan tiap-tiap manusia (insan), Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka.
17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (insan).
17:67. Dan apabila penderitaan menyentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir).
17:83. Dan apabila Kami merahmati manusia (insan), dia berpaling dan menjauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia berputus asa.
17:100. Katakanlah, "Jika kamu memiliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia (insan) selamanya kedekut."
18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia (nas) di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia (insan) adalah sesuatu yang paling banyak membantah.
19:66. Manusia (insan) berkata, "Apa, apabila aku telah mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup?"
19:67. Tidakkah manusia (insan) teringat bahawa Kami telah menciptanya dari dahulu sedang dia sama sekali tiada?21:37. Manusia (insan) dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka janganlah kamu minta disegerakan.
22:66. Dia yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu. Sesungguhnya manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir).
23:12. Kami mencipta manusia (insan) daripada sari tanah liat,
25:29. Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia (insan)."
29:8. Kami mewasiatkan manusia (insan) supaya dia berbuat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu menyekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.
31:14. Dan Kami mewasiatkan manusia (insan) mengenai ibu bapanya - ibunya mengandungnya dalam kelemahan atas kelemahan, dan penyusuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.
32:7. Yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia (insan) daripada tanah liat,
33:72. Kami mengemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya; dan manusia (insan) memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.
36:77. Sudahkah manusia (insan) merenungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.
39:8. Apabila penderitaan menyentuh manusia (insan), dia berseru kepada Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia melupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan mengadakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Bergembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu menjadi di kalangan orang-orang Api."
39:49. Apabila penderitaan menyentuh manusia (insan), dia berseru kepada Kami; kemudian, apabila Kami mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberinya hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
41:49. Manusia (insan) tidak menjadi letih berdoa untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, maka jemulah dia, berputus asa.
41:51. Dan apabila Kami merahmati manusia (insan), dia berpaling, dan menjauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia mempunyai doa yang tidak putus-putus.
42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka. Atas kamu hanyalah untuk menyampaikan. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia (insan) pengasihan daripada Kami, dia bergembira dengannya; tetapi, jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri mendahulukan, maka sesungguhnya manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir).
43:15. Namun begitu, mereka mengadakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia (insan) nyatalah tidak berterima kasih (kafir).
46:15. Kami mewasiatkan manusia (insan), bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
50:16. Sesungguhnya Kami mencipta manusia (insan); dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.
53:24. Atau, dapatkah manusia (insan) apa yang dia khayalkan?
53:39. Dan bahawa tiadalah bagi manusia (insan) melainkan apa yang dia mengusahakan,
55:3. Dia mencipta manusia (insan),
55:14. Dia mencipta manusia (insan) daripada tanah liat yang kering yang seperti kepunyaan pembuat tembikar,
59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia (insan), “Jangan percaya”; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.”
70:19. Sesungguhnya manusia (insan) dicipta selalu risau dan gelisah,
75:3. Apa, adakah manusia (insan) menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan tulang-tulangnya?
75:5. Tidak, tetapi manusia (insan) menghendaki untuk membuat kejahatan di hadapannya,
75:10. Pada hari itu, manusia (insan) berkata, “Ke mana hendak lari?”
75:13. Pada hari itu, manusia (insan) diberitahu apa yang dia mendahulukan, dan yang dia menangguhkan.
75:14. Tidak, manusia (insan) menjadi satu bukti yang nyata terhadap dirinya,
75:36. Apa, adakah manusia (insan) menyangka bahawa dia akan dibiarkan berjalan-jalan sewenang-wenangnya?
76:1. Bukankah telah datang kepada manusia (insan) satu waktu daripada masa apabila ia adalah sesuatu yang tidak diingatkan?
76:2. Kami mencipta manusia (insan) daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami membuatkan dia mendengar, melihat.79:35. Pada hari apabila manusia (insan) mengingati apa yang dia telah mengusahakan,
80:17. Binasalah manusia (insan)! Betapa tidak berterimakasihnya dia!
80:24. Hendaklah manusia (insan) merenungkan makanannya.
82:6. Wahai manusia (insan), apakah yang menipu kamu terhadap Pemelihara kamu Yang Mulia?
84:6. Wahai manusia (insan), kamu bekerjakeraslah terhadap Pemelihara kamu, dengan sungguh-sungguh keras, dan kamu akan menemui-Nya.
86:5. Maka hendaklah manusia (insan) merenungkan daripada apakah dia diciptakan,
89:15. Adapun manusia (insan), apabila Pemeliharanya mengujinya, dan memuliakannya, dan merahmatinya, maka dia berkata, "Pemeliharaku memuliakan aku."
89:23. Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia (insan) mengingati; dan bagaimanakah Peringatan baginya?
90:4. Sesungguhnya, Kami mencipta manusia (insan) dalam kesusahan.
95:4. Sesungguhnya Kami mencipta manusia (insan) dalam bentuk yang paling baik,
96:2. Dia mencipta manusia (insan) daripada dadih darah.
96:5. Dia mengajar manusia (insan) apa yang dia tidak tahu.
96:6. Tidak sekali-kali! Sesungguhnya manusia (insan) melampaui batas,99:3. Dan manusia (insan) berkata, "Mengapakah ia?"
100:6. Sesungguhnya manusia (insan) tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya,
103:2. Sesungguhnya manusia (insan) dalam kerugian,
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman