Kalimat jelas/nyata di dalam al-Qur'an



Terdapat beberapa kalimat al-Qur'an yang boleh diterjemah kepada jelas atau nyata. Akan tetapi, di sini hanya abana dipilih kerana ia adalah adjektif yang diguna untuk al-Kitab, al-Qur'an, dan juga bahasa Arab al-Qur'an.

Menurut Concordance abana bermaksud to make things clear, exposition, clear demonstration, argument, explanation, that which makes clear or plain, manifest, evident, plain atau jelas, nyata dan ada sekali diterjemah kepada kelihatan (43:18) dan sekali juga kepada terang (81:23), menurut konteks ayat.


Ayat-ayat mengandungi kalimat
abana adalah seperti berikut:


2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia membangkitkan antara mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, untuk membacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.


4:20. Dan jika kamu menghendaki untuk menukar seorang isteri di tempat isteri lain dan jika kamu telah memberi seorang satu timbunan, jangan mengambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara umpat, dan dosa yang nyata?

4:50. Perhatikanlah bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.

4:91. Kamu akan mendapati yang lain, menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.

4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

4:112. Dan sesiapa mengusahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia memikul pengumpatan, dan dosa yang nyata.

4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.

4:144. Wahai orang-orang yang percaya, jangan mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu menghendaki untuk memberi Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?

4:153. Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkanlah kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar mengambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka mengambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami memaafkan mereka yang itu, dan Kami memberikan Musa kuasa yang nyata.

4:174. Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami menurunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.


5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu menyembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.

5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanya untuk menyampaikan yang jelas.

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

6:7. Sekiranya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka menyentuhnya dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang yang tidak percaya akan berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

6:16. Daripada sesiapa ia dipalingkan pada hari itu, Dia mengasihaninya; itulah kemenangan yang nyata.

6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang mengetahuinya melainkan Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia mengetahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.

6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu mengambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
 

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, "Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"

7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kesesatan yang nyata."

7:107. Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.

7:184. Tidakkah mereka berfikir? Tiadalah kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanya seorang pemberi amaran yang jelas.

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami mewahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu membaca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu membuat sebarang amalan, melainkan Kami adalah saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu melakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

10:76. Maka apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami, mereka berkata, "Sesungguhnya ini sihir yang nyata."
 

11:6. Tiada makhluk yang merayap di bumi melainkan atas Allah rezekinya, dan Dia mengetahui tempat menginapnya, dan tempat simpanannya, semuanya di dalam Kitab yang jelas.

11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

11:25. Dan Kami mengutus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.

11:96. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata,

12:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.

12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, jangan menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.

12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.

12:30. Wanita-wanita tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami melihat dia dalam kesesatan yang nyata."
 

14:10. Rasul-rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu menghendaki untuk menghalangi kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami kuasa yang nyata."

15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.

15:18. Kecuali yang mendengar dengan mencuri, dan dia diikuti api yang nyata.

15:79. Dan Kami melepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.

15:89. Dan katakanlah, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."

16:4. Dia mencipta manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.

16:35. Orang-orang yang mempersekutukan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menyembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka buat; tiadalah atas rasul-rasul, melainkan untuk menyampaikan yang jelas.

16:82. Maka, jika mereka berpaling, bagi kamu hanya untuk menyampaikan yang jelas.

16:103. Dan Kami mengetahui bahawa mereka berkata, "Hanya seorang manusia yang mengajar dia." Lisan (bahasa) orang yang padanya mereka mencercai bukan Arab, sedang yang ini adalah dalam bahasa Arab yang jelas.
 

17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

19:38. Alangkah terangnya mereka mendengar dan melihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.

21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."

22:11. Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia berbalik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya kerugian yang nyata.

22:49. Katakanlah, "Wahai manusia, aku bagi kamu hanya seorang pemberi amaran yang jelas."

23:45. Kemudian Kami mengutus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri menyangka baik, dan berkata, "Inilah kedustaan yang nyata"?

24:25. Pada hari itu, Allah membayar kepada mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka mengetahui bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).

24:54. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanya kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu mentaati dia, kamu akan mendapat petunjuk. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."
 

26:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas.

26:30. Berkata, "Walaupun aku mendatangkan kepada kamu sesuatu yang jelas?"

26:32. Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba, ia menjadi seekor ular yang nyata.

26:97. "Demi Allah, kita benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata,

26:115. Aku, tidak lain, hanya seorang pemberi amaran yang jelas."

26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.

27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."

27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benarlah pemberian yang nyata."

27:21. Sungguh, aku akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau aku mengorbankan ia, atau ia mendatangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."

27:75. Dan tiadalah yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

27:79. Maka percayakanlah (tawakallah) kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran yang nyata.
 

28:2. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.

28:15. Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."

28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang meminta pertolongannya kelmarin meminta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."

28:85. Dia yang menetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa dalam kesesatan yang nyata."

29:18. Tetapi, jika kamu mendustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah mendustakan; dan hanya atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."

29:50. Mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanya seorang pemberi amaran yang jelas."
 

31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkanlah kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.

33:36. Tidak patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata.

34:3. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau yang lebih besar, melainkan ia adalah di dalam Kitab yang jelas,

34:24. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan." Dan orang-orang yang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
 

36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan menulis apa yang mereka mendahulukan, dan apa yang mereka meninggalkan; segala sesuatu Kami menjumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.

36:17. Dan atas kami hanya untuk menyampaikan yang jelas."

36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata.

36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah telah merezekikan kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah menghendaki, Dia memberinya makan? Kamu hanya dalam kesesatan yang nyata!"

36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidak patut baginya. Ia hanya satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

36:77. Sudahkah manusia merenungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata.

37:15. Dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.

37:106. Ini benar-benarlah ujian yang nyata."

37:113. Dan Kami memberkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian berbuat baik, dan sebahagian berbuat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.

37:156. Atau, adakah kamu satu kuasa yang nyata?
 

38:70. Hanya ini diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

39:15. Maka sembahlah apa yang kamu mengkehendaki selain daripada Dia." Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka, dan keluarga-keluarga mereka pada Hari Kiamat; tidakkah itu kerugian yang nyata?

39:22. Adakah orang yang dadanya Allah melapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap mengingati Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

40:23. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

43:2. Demi Kitab yang jelas,

43:15. Namun begitu, mereka mengadakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia nyatalah tidak berterima kasih (kafir).

43:18. Apa, orang yang dibesarkan di tengah-tengah perhiasan, dan bila tiba pertengkaran, tidak kelihatan?

43:29. Tidak, tetapi Aku memberi mereka ini dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan rasul yang jelas.

43:40. Apa, adakah kamu akan menjadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan memberi petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?

43:52. Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?

43:62. Jangan syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.
 

44:2. Demi Kitab yang jelas.

44:10. Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas,

44:13. Bagaimanakah adanya bagi mereka Peringatan, padahal rasul yang jelas telah datang kepada mereka,

44:19. Dan, "Jangan kamu meninggi terhadap Allah; sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan satu kuasa yang nyata,

44:33. Dan memberikan mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.

45:30. Dan bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Pemelihara memasukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah kemenangan yang nyata.

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."

46:9. Katakanlah, "Aku bukan yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

46:32. Sesiapa yang tidak menyahut penyeru kepada Allah, tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
 

48:1. Sesungguhnya Kami memberi kemenangan kepada kamu dengan kemenangan yang nyata,

51:38. Dan pada Musa, apabila Kami mengutusnya kepada Firaun, dengan satu kuasa yang nyata,

51:50. Maka larilah kepada Allah! Aku seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

51:51. Dan jangan mengadakan berserta Allah tuhan lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka mendengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang mendengarkan mendatangkan satu kuasa yang nyata.

55:4. Dan Dia mengajarnya Penjelasan.

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

62:2. Dia yang membangkitkan pada yang ummiy (orang Arab) seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan menyucikan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,

64:12. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanya atas rasul Kami untuk menyampaikan yang jelas.

67:26. Katakanlah, “Pengetahuannya hanya di sisi Allah; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

67:29. Katakanlah, “Dia Yang Pemurah. Kami percaya kepada-Nya, dan kepada-Nya kami mempercayakan (tawakal). Kamu pasti akan mengetahui siapa dia yang dalam kesesatan yang nyata.”

71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

75:19. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya.

81:23. Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang terang.


~ A Concordance of the Qur'an ms 352


Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman