Kalimat jin di dalam al-Qur'an

 

JIN diterjemah daripada janna, jinn, dan jinnah. Kesemua daripada akar yang sama iaitu jim nun nun. Kalimat jannah atau Taman dan beberapa yang lain, termasuk rasuk, turut terbit daripada akar tersebut.

Ayat-ayat yang mengandungi perkataan jin di dalam al-Qur'an adalah seperti di bawah ini:


Janna:
Daripada kalimat ini terbit dua perkataan iaitu jann (diterjemah kepada "jin") dan majnun (diterjemah kepada "rasuk"). Terdapat lima ayat mengandungi jann iaitu:

15:27. Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar.

55:15. Dan Dia mencipta jin daripada api yang tiada asap.

55:39. Pada hari itu, tiada yang akan ditanya mengenai kesalahannya, tidak manusia dan tidak juga jin.

55:56. Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin.

55:74. Yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin,


Jinn:

6:100. Namun begitu, mereka mengadakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang mencipta mereka. Mereka mengandaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa yang mereka menyifatkan.

6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.

6:128. Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: "Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil daripada manusia." Kemudian wali-wali mereka di kalangan manusia berkata, "Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau menentukan bagi kami." Dia berkata, "Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal selama-lamanya"; kecuali seperti yang Allah mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami menyaksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui."

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang yang zalim!

27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami membuatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

34:14. Dan apabila Kami menentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang memakan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:41. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi mereka menyembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka."

41:25. Dan Kami menentukan bagi mereka teman-teman yang dipercayai, dan mereka menampakkan indah bagi mereka apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka. Maka wajarlah ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; sesungguhnya merekalah orang-orang yang rugi.

41:29. Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah."

46:18. Mereka itu adalah orang-orang yang wajar ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; merekalah orang-orang yang rugi.

46:29. Dan apabila Kami memalingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

51:56. Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.

55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.

72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,
(Surah 72 ialah Surah Jin)

72:5. Dan kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.

72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,


Jinnah:

11:119. Kecuali orang-orang yang kepada mereka Pemelihara kamu mengasihani. Untuk itulah Dia mencipta mereka, dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu, "Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya."

32:13. "Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'

37:158. Mereka mengadakan satu pertalian kekeluargaan antara Dia dan jin; dan jin mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan.

114:6. Daripada jin dan manusia."

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman