Kalimat kanan di dalam al-Qur'an

 

Kanan diterjemah daripada tiga perkataan al-Qur'an yang akarnya sama, iaitu ya mim nun. Daripada akar tersebut terbitlah perkataan-perkataan aiman, maimanah dan yamin yang seterusnya dapat difahamkan bahawa selain daripada bermaksud kanan mereka juga bermaksud sebelah kanan, tangan tangan, atau sumpah.

Ayat-ayat yang mengandungi tiga perkataan tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Aiman (kanan, sebelah kanan):

19:52. Kami memanggilnya dari sebelah kanan gunung, dan Kami mendekatkannya dalam perhubungan.

20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah menyelamatkan kamu daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung, dan menurunkan kepada kamu manna dan salwa.

28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Pemelihara semua alam.

 

2. Maimanah (kanan, tangan kanan):

56:8. Orang-Orang Kanan. Siapakah Orang-Orang Kanan?

90:18. Mereka itulah Orang-Orang Kanan.

 

3. Yamin, jamak aiman (kanan, sebelah kanan, tangan kanan, sumpah):

2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.

2:225. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu mengusahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.

3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih.

4:3. Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya.

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami melantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu. Maka berilah mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

4:36. Sembahlah Allah, dan janganlah menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong, membanggakan diri,

5:53. Dan orang-orang yang percaya akan berkata, "Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka adalah berserta kami?" Amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; mereka menjadi orang-orang yang rugi.

5:89. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan mendatangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

6:109. Mereka bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa jika satu ayat (mukjizat) datang kepada mereka, mereka akan mempercayainya. Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah." Apakah yang akan membuat kamu sedar bahawa, apabila ia datang, mereka tidak akan mempercayai?

7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka berterima kasih."

9:12. Tetapi jika mereka memungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan membidas agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang yang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.

9:13. Tidakkah kamu akan memerangi kaum yang memungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

16:38. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati; tidak, ia adalah satu janji yang mengikat-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

16:48. Tidakkah mereka merenungkan segala sesuatu yang Allah menciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?

16:71. Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?

16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu membuat perjanjian, dan janganlah melanggar sumpah-sumpah setelah mengukuhkannya, dan kamu membuat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat.

16:92. Dan janganlah menjadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat yang lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan memperjelaskan kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu memperselisihkan.

16:94. Janganlah menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, supaya kaki tidak tergelincir setelah ia berdiri teguh, dan kamu akan merasakan keburukan kerana kamu menghalangi daripada jalan Allah, dan bagi kamu, azab yang besar.

17:71. Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

18:17. Dan kamu melihat matahari, apabila ia naik, condong dari gua mereka ke kanan, dan apabila ia membenam, meninggalkan mereka di sebelah kiri, sedang mereka berada di rekahan yang luas. Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar, dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya seorang wali untuk menunjukkan.

18:18. Kamu menyangka bahawa mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu melihat mereka, tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan dipenuhi dengan ketakutan yang amat sangat terhadap mereka.

20:17. Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa?"

20:69. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia akan menelan apa yang mereka buat; mereka hanya membuat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang."

23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki, lalu mereka tidak tercela;

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.

24:53. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa jika kamu menyuruh mereka, mereka pasti akan keluar. Katakanlah, "Janganlah bersumpah; ketaatanlah yang baik. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat."

24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.

30:28. Dia membuatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami merezekikan kamu, supaya kamu menjadi sama padanya, dengan kamu menakuti mereka seperti kamu takut pada sesama kamu sendiri? Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh menukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu memiliki; Allah menjagai atas segala sesuatu.

33:55. Tidaklah bersalah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan perempuan-perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun."

35:42. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka, tentu mereka lebih mendapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam pelarian,

37:28. Mereka berkata, "Sesungguhnya kamu datang kepada kami dari kanan."

37:93. Kemudian dia beralih kepada mereka, memukul mereka dengan tangan kanannya.

39:67. Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan!

50:17. Apabila dua malaikat bertemu, satu duduk di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri,

56:27. Orang-Orang Kanan. Siapakah Orang-Orang Kanan?

56:38. Untuk Orang-Orang Kanan.

56:90. Dan jika dia Orang Kanan,

56:91. "Kesejahteraan ke atas kamu, Orang Kanan!"

57:12. Pada hari apabila kamu melihat orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka, "Berita gembira untuk kamu pada hari ini! Taman-Taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah ia kemenangan yang besar."

58:16. Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, dan menghalangi daripada jalan Allah; maka bagi mereka, azab yang hina.

63:2. Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.

66:2. Allah menetapkan bagi kamu pembebasan daripada sumpah-sumpah kamu. Allah Pelindung kamu, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

68:39. Atau, adakah bagi kamu sumpah-sumpah daripada Kami sampai Hari Kiamat, bahawa bagi kamu apa sahaja yang kamu memutuskan?

69:19. Kemudian bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,

70:30. Kecuali daripada isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki, maka mereka tidak tercela,

70:37. Di kanan dan di kiri berkelompok-kelompok?

74:39. Melainkan Orang-Orang Kanan,

84:7. Kemudian bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kanannya,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman