Kalimat kaum di dalam al-Qur'an

 

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."

2:118. Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah berkata orang-orang yang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami memperjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.

2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.

2:250. Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)."

2:258. Tidakkah kamu merenungkan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah memberinya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah mendatangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang yang tidak percaya tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan meninggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka mengusahakan. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.

2:286. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia mengusahakan, dan ke atasnya apa yang ia mengusahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)."

3:86. Bagaimanakah Allah akan memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan menyaksikan bahawa rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

3:117. Persamaan apa yang mereka menafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan angin yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, lalu ia memusnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

3:140. Jika luka menyentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun menyentuh kaum itu, dan harinya itu Kami menggilirkan antara manusia, dan supaya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia mengambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

3:147. Tiada lain yang mereka mengatakan kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya."

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis.

4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa kesesakan daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia memberi mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka berundur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan melemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.

4:91. Kamu akan mendapati yang lain, yang menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:104. Janganlah lemah dalam mengejar kaum itu. Jika kamu menderita sakit, mereka juga menderita sakit, sebagaimana kamu menderita sakit, dan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak dapat berharapkan; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia menahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.

5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu, dan janganlah kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk berbalik sebagai orang-orang yang rugi."

5:22. Mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk."

5:25. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa, kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)."

5:26. Berkatalah Dia, "Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka janganlah kamu berdukacita terhadap kaum yang fasiq."

5:41. Wahai rasul, janganlah mereka menyedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak mempercayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang bohong, yang mendengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dengan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberikan, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah menghendaki untuk mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak menghendaki untuk membersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:50. Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

5:51. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

5:58. Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

5:67. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.

5:68. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas sesuatu, sehingga kamu melakukan Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu." Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka janganlah berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya.

5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."

5:84. Tidakkah kami patut mempercayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan menginginkan supaya Pemelihara kami memasukkan kami berserta kaum yang salih?"

5:102. Satu kaum sebelum kamu telah menanyakannya, kemudian jadilah mereka orang-orang yang tidak percaya (kafir).

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan mendatangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

6:45. Sisa terakhir kaum yang membuat kezaliman dipotong. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam!

6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"

6:66. Kaum kamu mendustakannya, padahal ia adalah yang benar. Katakanlah, "Aku bukanlah seorang wakil kepada kamu."

6:68. Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim.

6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu mengambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."

6:77. Apabila dia melihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat."

6:78. Apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan.

6:80. Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak mendebat aku mengenai Allah, dan Dia telah memberi petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu menyekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku menghendaki sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu mengingatinya?

6:83. Itulah hujah Kami yang Kami memberikan Ibrahim terhadap kaumnya. Kami menaikkan darjat siapa yang Kami mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami mengamanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah orang-orang yang tidak percaya kepadanya.

6:97. Dia yang membuatkan untuk kamu bintang-bintang supaya dengannya kamu mendapat petunjuk dalam kegelapan darat dan laut. Kami telah menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

6:98. Dia yang menumbuhkan kamu daripada jiwa yang satu, dan kemudian sebuah tempat menginap, dan kemudian tempat simpanan. Kami telah menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

6:99. Dia yang menurunkan dari langit, air; dan dengannya Kami mengeluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami mengeluarkan daun-daun hijau, dan mengeluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

6:105. Begitulah Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, "Kamu telah mempelajarinya"; dan supaya Kami memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.

6:126. Inilah jalan Pemelihara kamu, yang lurus; sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengingati.

6:133. Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan sesudah kamu, untuk menggantikan kamu, apa yang Dia mengkehendaki, sebagaimana Dia menumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain.

6:135. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan mengetahui siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."

6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia mengharamkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah mewasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia menyesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."

6:147. Maka, jika mereka mendustakan kamu, katakanlah, "Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa."

7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

7:47. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah orang-orang Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau meletakkan kami bersama kaum yang zalim."

7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

7:58. Dan tanah yang baik, tanamannya keluar dengan izin Pemeliharanya, dan yang rosak, ia mengeluarkan hanya sedikit. Begitulah Kami mengulang-ulangi ayat-ayat bagi kaum yang berterima kasih.

7:59. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kesesatan yang nyata."

7:61. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.

7:64. Tetapi mereka mendustakannya; maka Kami menyelamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami menenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta.

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"

7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kebodohan, dan kami menyangka bahawa kamu adalah daripada pendusta-pendusta."

7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.

7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang menyombongkan diri kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu mengetahui bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."

7:79. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat."

7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam melakukannya sebelum kamu?

7:81. Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."

7:82. Dan tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah mereka dari bandar raya kamu ini; sesungguhnya mereka orang-orang yang membersihkan diri."

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang menyombongkan diri, "Sungguh, kami akan mengusir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandar raya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?

7:89. Sungguh, kami akan mengada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, menghendaki. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami mempercayakan. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan."

7:90. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, "Sungguh, jika kamu mengikuti Shuaib, jika demikian, tentulah kamu orang-orang yang rugi."

7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya?"

7:99. Adakah mereka berasa aman dengan tipu daya Allah? Tiada yang berasa aman terhadap tipu daya Allah kecuali kaum yang rugi.

7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"

7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

7:133. Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

7:137. Dan Kami mewariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami memberkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka bersabar; dan Kami membinasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka membangunkan.

7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."

7:145. Dan Kami menuliskan untuknya pada Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu mengambil yang paling baik daripadanya. Aku akan memperlihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.

7:148. Dan kaum Musa mengambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang yang zalim.

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."

7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.

7:159. Antara kaum Musa, ada umat yang memberi petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapakah kamu menegurkan satu kaum yang Allah akan memusnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."

7:176. Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan.

7:177. Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai."

7:203. Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."

8:53. Itu adalah kerana Allah tidak akan mengubah rahmat-Nya yang Dia menganugerahkan satu kaum sehingga mereka mengubahi apa yang ada pada diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

8:58. Dan jika kamu takut akan pengkhianatan daripada satu kaum, maka lemparkanlah kepada mereka yang sama; sesungguhnya Allah tidak menyukai pengkhianat-pengkhianat.

8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

8:72. Orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang memberikan perlindungan, dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi berhijrah, maka kamu tidak ada kewajipan untuk melindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka berhijrah; namun begitu, jika mereka meminta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk menolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

9:6. Dan jika seseorang daripada orang-orang yang menyekutukan meminta perlindungan kamu, berilah dia perlindungan sehingga dia mendengar perkataan-perkataan Allah; kemudian kamu sampaikanlah dia di tempat yang aman baginya. Itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

9:13. Tidakkah kamu akan memerangi kaum yang memungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan mengazab mereka di tangan kamu, dan mengaibkan mereka, dan Dia akan menolong kamu terhadap mereka, dan mendatangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu memperoleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat berpuas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq."

9:37. Menundakan bulan adalah satu penambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang yang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak menyucikannya satu tahun, dan mereka mempersucikannya pada tahun yang lain, untuk menyesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak menyucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.

9:39. Jika kamu tidak pergi, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang lain; dan kamu tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun, kerana Allah berkuasa atas segala sesuatu.

9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan membencinya; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."

9:56. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka adalah daripada kamu, tetapi mereka bukanlah daripada kamu; mereka adalah kaum yang takut.

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan orang-orang Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau kamu tidak meminta ampun bagi mereka; jika kamu memintakan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan mengampuni mereka; itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan rasul-Nya. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat berpuas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat berpuas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak berpuas hati terhadap kaum yang fasiq.

9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunannya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:115. Allah tidak akan menyesatkan satu kaum setelah Dia memberi mereka petunjuk, sehingga Dia memperjelaskan kepada mereka apa yang mereka patut bertakwakan; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.

9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk memberi amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?

9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah memalingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

10:5. Dia yang membuatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan menetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan itu melainkan dengan benar; Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.

10:13. Kami memusnahkan generasi-generasi yang sebelum kamu apabila mereka membuat kezaliman, dan rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu mempercayai; maka Kami membalas kaum yang berdosa.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya menyangka bahawa mereka telah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

10:67. Dia yang membuatkan bagi kamu malam untuk berehat padanya, dan siang untuk melihat; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

10:71. Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku mempercayakan; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan janganlah memberi aku tangguh.

10:74. Kemudian Kami membangkitkan selepas dia rasul-rasul kepada kaum mereka, dan mereka mendatangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang hendak mempercayai apa yang mereka telah mendustakan sejak dahulu. Begitulah Kami menutup hati orang-orang yang mencabul.

10:75. Kemudian Kami membangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).

10:84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu percayakanlah (tawakal) jika kamu muslim."

10:85. Mereka berkata, "Kepada Allah kami mempercayakan. Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim,

10:86. Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya."

10:87. Dan Kami mewahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin."

10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandar raya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami menghilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami memberi mereka kesenangan untuk suatu waktu.

10:101. Katakanlah, "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!" Tetapi tidaklah ayat-ayat, dan tidak juga amaran, berguna kepada kaum yang tidak mempercayai.

11:25. Dan Kami mengutus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.

11:27. Maka berkatalah pembesar-pembesar daripada orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami tidak melihat kamu selain daripada seorang manusia yang serupa dengan kami, dan kami tidak melihat mana-mana yang mengikuti kamu melainkan yang paling hina antara kami, dengan tanpa pertimbangan. Kami tidak melihat kamu mempunyai terhadap kami sebarang kelebihan; tidak, tetapi kami menyangka bahawa kamu adalah pendusta-pendusta."

11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia memberi aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan memaksa kamu sedang kamu benci padanya?

11:29. Wahai kaumku, aku tidak meminta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan mengusir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan menemui Pemelihara mereka. Tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh.

11:30. Wahai kaumku, siapakah yang akan menolongku terhadap Allah, jika aku mengusir mereka? Apakah kamu tidak mengingati?

11:36. Dan diwahyukan kepada Nuh, "Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan mempercayai, kecuali orang yang telah percaya; janganlah kamu berdukacita dengan apa yang mereka buat.

11:38. Dan dia membuat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya. Berkata, "Jika kamu mengejek kami, sungguh, kami akan mengejek kamu sebagaimana kamu mengejek,

11:44. Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka bersabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.

11:51. Wahai kaumku, aku tidak meminta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu memahami?

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan menjadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu."

11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang menumbuhkan kamu daripada bumi dan menetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:63. Berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia memberi aku pengasihan daripada-Nya? Siapakah yang akan menolong aku terhadap Allah jika aku mengingkari-Nya? Tiadalah kamu, bagiku, melainkan menambahkan kerugianku.

11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah menyentuhnya dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."

11:70. Apabila dia melihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut."

11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.

11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka membuat kejahatan. Dia berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"

11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan janganlah mengurangi sukatan dan timbangan. Aku melihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.

11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.

11:88. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia merezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak menghendaki untuk menentang kamu pada apa yang aku melarang kamu; aku hanya menghendaki untuk memperbetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanyalah dengan Allah. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku berkesesalan.

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

11:92. Dia berkata, "Wahai kaumku, adakah kumpulanku lebih kuat terhadap kamu daripada Allah? Dan Dia, adakah kamu mengambil Dia sebagai sesuatu yang dilemparkan ke belakang kamu? Pemeliharaku meliputi apa yang kamu buat.

11:93. Wahai kaumku, beramallah (berbuatlah) menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan mengetahui kepada siapa datang azab yang mengaibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."

11:98. Dia mendahului kaumnya pada Hari Kiamat, dan memimpin mereka turun ke Api - buruknya tempat pengairan untuk diturunkan!

12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu menjadi satu kaum yang salih."

12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan memberitahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah meninggalkan anutan kaum yang tidak mempercayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

12:87. Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir)."

12:110. Sehingga, apabila rasul-rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta; pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa yang Kami mengkehendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.

12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

13:3. Dia yang membentangkan bumi dan meletakkan di dalamnya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan daripada tiap-tiap buah-buahan, Dia membuatnya dua jenis; menutupi siang dengan malam. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi oleh air yang satu; dan Kami melebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

13:7. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran, dan seorang pemberi petunjuk bagi tiap-tiap kaum.

13:11. Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak mengubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka mengubahi apa yang di dalam diri mereka sendiri. Dan jika Allah menghendaki keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.

14:4. Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia memperjelaskan kepada mereka; kemudian Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

14:5. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang selepas mereka - tiada yang mengetahui mereka kecuali Allah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka menolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dengan kebimbangan."

14:28. Tidakkah kamu melihat orang-orang yang menukar rahmat Allah dengan ketidakpercayaan (kekafiran), dan menempatkan kaum mereka di tempat tinggal kebinasaan?

15:15. Tentu mereka berkata, "Mata (penglihatan) kami telah dikaburkan; tidak, kami adalah kaum yang kena sihir!"

15:58. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

15:62. Dia berkata, "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."

16:11. Dan dengannya Dia menumbuhkan untuk kamu tanaman, dan zaitun, dan palma, dan anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

16:13. Dan apa yang Dia menciptakan untuk kamu di bumi yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengingati.

16:59. Sambil dia menyembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira kepadanya; sama ada dia akan memeliharanya dengan hina, atau dia menginjakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka memutuskan!

16:64. Dan Kami tidak menurunkan kepada kamu Kitab melainkan supaya kamu memperjelaskan kepada mereka apa yang padanya mereka memperselisihkan, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang mempercayai.

16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.

16:67. Dan daripada buah-buahan palma dan anggur, kamu mengambil daripadanya minuman yang memabukkan, dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memahami.

16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya." Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:79. Tidakkah mereka merenungkan burung-burung yang ditundukkan di udara di langit? Tiada yang menahannya melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

16:107. Itu adalah kerana mereka lebih menyukai kehidupan dunia daripada akhirat, dan bahawa Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.

18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka mendatangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah?"

18:86. Sehingga apabila dia sampai di tempat terbenam matahari (barat), dia mendapati ia membenam ke dalam mata air yang berlumpur, dan dia mendapati di situ satu kaum. Kami berkata, "Wahai Zul-Karnain, sama ada kamu mengazab mereka, atau kamu mengambil terhadap mereka satu jalan kebaikan."

18:90. Sehingga apabila dia sampai di terbit matahari (timur), dia mendapatinya terbit pada satu kaum yang Kami tidak membuatkan sebarang penutup bagi mereka.

18:93. Sehingga apabila dia sampai di antara dua benteng, dia mendapati di bahagian sini mereka, satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.

19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia mewahyukan mereka, "Kamu sanjunglah pada waktu awal pagi dan petang."

19:27. Kemudian dia mendatangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang aneh!

19:97. Sesungguhnya Kami memudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu memberi berita gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa, dan memberi amaran kepada kaum yang membantah.

20:79. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya, dan tidak memberi petunjuk.

20:83. "Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa?"

20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami menguji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri menyesatkan mereka."

20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"

20:87. Mereka berkata, "Kami tidak memungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami diberati oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami melemparkan mereka, seperti demikianlah Samiri melemparkan mereka, ke dalam api."

20:90. Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, "Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku."

21:11. Berapa banyaknya bandar raya yang zalim yang Kami menjadikan berkecai, dan Kami menumbuhkan selepasnya kaum yang lain!

21:52. Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"

21:74. Dan Lut, kepadanya Kami memberikan Putusan, dan pengetahuan; dan Kami menyelamatkan dia daripada bandar raya yang membuat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.

21:77. Dan Kami menolongnya terhadap kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami menenggelamkan mereka kesemuanya.

21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka menghakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami menyaksikan putusan mereka.

21:106. Sesungguhnya di dalam ini adalah satu penyampaian bagi kaum yang menyembah.

22:42. Jika mereka mendustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah mendustakan, dan Ad, dan Tsamud,

22:43. Dan kaum Ibrahim, dan kaum Lut,

23:23. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"

23:24. Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang menghendaki untuk menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia menurunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah mendengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.

23:28. Kemudian, apabila kamu telah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan kami daripada kaum yang zalim.'

23:33. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, yang mendustakan pertemuan di akhirat, dan kepadanya Kami memberi kesenangan dalam kehidupan dunia, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang makan apa yang kamu makan, dan minum apa yang kamu minum.

23:41. Dan Teriakan mengambil mereka dengan patut, dan Kami membuat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!

23:44. Kemudian Kami mengutus rasul-rasul Kami berturut-turut. Setiap kali rasulnya datang kepada satu umat, mereka mendustakannya, maka Kami menjadikan sebahagian mereka mengikuti sebahagian yang lain, dan Kami membuat mereka hadis; maka nyahlah kaum yang tidak mempercayai!

23:46. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang tinggi.

23:47. Dan mereka berkata, "Apa, adakah kita akan mempercayai dua manusia yang serupa dengan kita, yang kaumnya hamba-hamba kita?"

23:94. Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."

23:106. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kesusahan kami telah mengalahkan kami; kami adalah kaum yang sesat.

25:4. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini tidaklah lain kecuali kedustaan yang dia mengada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami mengambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

25:36. Dan Kami berkata, "Pergilah kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami"; kemudian Kami membinasakan mereka dengan kebinasaan yang sebenar-benarnya.

25:37. Dan kaum Nuh, apabila mereka mendustakan rasul-rasul, Kami menenggelamkan mereka, dan Kami membuat mereka untuk menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.

26:10. Dan apabila Pemelihara kamu memanggil Musa, "Pergilah kepada kaum yang zalim,

26:11. Kaum Firaun; tidakkah mereka bertakwa?"

26:70. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?"

26:105. Kaum Nuh telah mendustakan para utusan,

26:117. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, kaumku mendustakan aku,

26:160. Kaum Lut telah mendustakan para utusan.

26:166. Dengan meninggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu menciptakan untuk kamu? Tidak, tetapi kamulah kaum yang menderhaka."

27:12. Masukkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq."

27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,

27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum yang tidak percaya (kafir)."

27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapakah kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak meminta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"

27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."

27:51. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami membinasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.

27:52. Itulah rumah-rumah mereka, semuanya telah roboh disebabkan mereka membuat kezaliman; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengetahui.

27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?

27:55. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki dengan syahwat (hawa nafsu) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."

27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandar raya kamu; mereka adalah orang-orang yang membersihkan diri!"

27:60. Atau, siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami menumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat menumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang menyetarakan-Nya.

27:86. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami membuatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mempercayai.

28:3. Kami membacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang mempercayai.

28:21. Maka dia keluar darinya, takut-takut dan berjaga-jaga; dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."

28:25. Kemudian datang seorang daripada dua perempuan kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku memanggil kamu supaya dia membalas kamu dengan upah kerana kamu memberi minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan telah menceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut; kamu telah selamat daripada kaum yang zalim."

28:32. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq."

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami memanggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

28:50. Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia menjadi angkuh kepada mereka kerana Kami memberinya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang yang mempunyai kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri.

28:79. Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia berkata, "Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang yang mempunyai peruntungan yang besar."

29:14. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir mengambil mereka sedang mereka orang-orang yang zalim.

29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

29:24. Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!" Kemudian Allah menyelamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu melakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah melakukannya sebelum kamu.

29:29. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam majlis kamu, kemungkaran?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."

29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan."

29:35. Dan sesungguhnya Kami meninggalkan daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang memahami.

29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang mempercayai.

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu menginginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

30:28. Dia membuatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami merezekikan kamu, supaya kamu menjadi sama padanya, dengan kamu menakuti mereka seperti kamu takut pada sesama kamu sendiri? Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

30:37. Tidakkah mereka melihat bahawa Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

30:47. Sesungguhnya, Kami telah mengutus sebelum kamu rasul-rasul kepada kaum mereka, dan mereka mendatangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami untuk menolong orang-orang mukmin.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mendapat petunjuk.

36:6. Supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai.

36:19. Mereka berkata, "Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diberi peringatan; tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)."

36:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan,

36:26. Dikatakan, "Masuklah ke Taman!" Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,

36:28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya, selepas dia, sebarang tentera dari langit, dan tidak juga Kami menurunkan apa-apa.

37:30. Kami tidak ada kuasa terhadap kamu; tidak, kamulah kaum yang melampaui batas.

37:85. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?

37:115. Dan Kami menyelamatkan mereka, dan kaum mereka daripada kecemasan yang besar.

37:124. Apabila dia berkata kepada kaumnya, "Tidakkah kamu bertakwa?

38:12. Telah mendustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,

38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan orang-orang Aikah - mereka itulah golongan-golongan.

39:39. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan mengetahui,

39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah menentukan kematian, tetapi Dia mengutuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

39:52. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah mendustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan pembalasan sewajar-Ku!

40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata, "Aku hanya memperlihatkan kepada kamu apa yang aku memperlihatkan; aku hanya memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus."

40:30. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan,

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak menghendaki untuk menzalimkan hamba-hamba-Nya.

40:32. Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan Hari Panggil-Memanggil,

40:38. Kemudian berkata orang yang percaya, "Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.

40:39. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman yang stabil.

40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku menyeru kamu kepada keselamatan, dan kamu menyeru aku ke Api?

41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,

43:5. Adakah Kami akan mengenepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?

43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah,

43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.

43:51. Dan Firaun mengumumkan kepada kaumnya, dia berkata, "Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku? Apa, tidakkah kamu melihat?

43:54. Maka dia menggelisahkan kaumnya, dan mereka mentaatinya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

43:57. Dan apabila putera Mariam dijadikan satu contoh, tiba-tiba kaum kamu menghalanginya,

43:58. Dan berkata, "Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?" Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.

43:88. Dan ucapannya, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak mempercayai."

44:17. Kami telah pun sebelum mereka menguji kaum Firaun, dan seorang rasul yang mulia telah datang kepada mereka,

44:22. Dan dia berseru kepada Pemeliharanya, "Mereka ini kaum yang berdosa."

44:28. Begitulah; dan Kami mewariskannya kepada kaum yang lain.

44:37. Adakah mereka lebih baik, atau kaum Tubba, dan orang-orang yang sebelum mereka yang Kami telah memusnahkan? Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

45:4. Dan dalam ciptaan kamu dan apa-apa yang merayap yang Dia menaburkan di merata-rata adalah ayat-ayat bagi kaum yang yakin,

45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah menurunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

45:13. Dan Dia menundukkan untuk kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi, kesemuanya, daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

45:14. Katakanlah kepada orang-orang yang percaya, bahawa mereka mengampuni orang-orang yang tidak mengharapkan hari-hari Allah, supaya Dia membalas kaum atas apa yang mereka mengusahakan.

45:20. Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin.

45:31. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, "Tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu menyombongkan diri, dan kamulah kaum yang berdosa?

46:10. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil menyaksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombongkan diri? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia memberi amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Janganlah kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh."

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami membalas kaum yang berdosa.

46:29. Dan apabila Kami memalingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, memberi petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan melindungi kamu daripada azab yang pedih.

46:35. Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.

47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk menafkahkan (membelanjakan) di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.

48:12. Tidak, tetapi kamu menyangka bahawa rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu menyangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang jahat."

48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu mentaati, Allah akan memberi kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang keras."

49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal daripada apa yang kamu buat.

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

50:12. Telah mendustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan orang-orang Ras, dan Tsamud,

50:14. Dan orang-orang Aikah, dan kaum Tubba. Masing-masing mendustakan rasul-rasul, dan ancaman-Ku menjadi wajar.

51:25. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."

51:32. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

51:46. Dan kaum Nuh sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

51:53. Apa, adakah mereka saling berwasiat dengannya? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang melampaui batas.

52:32. Atau, adakah intelek mereka yang menyuruh mereka berbuat yang ini? Atau, adakah mereka kaum yang melampaui batas?

53:52. Dan kaum Nuh sebelum itu - sesungguhnya mereka lebih zalim, dan melampaui batas,

54:9. Kaum Nuh telah mendustakan sebelum mereka; mereka mendustakan hamba Kami, dan berkata, "Seorang yang dirasuk!" Dan dia dicegah.

54:33. Kaum Lut mendustakan amaran-amaran.

58:14. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang menjadikan, sebagai sahabat-sahabat, satu kaum yang Allah murkai? Mereka bukanlah daripada kamu, dan bukan juga daripada mereka; dan mereka bersumpah bohong, sedang mereka mengetahui.

58:22. Kamu tidak mendapati sesuatu kaum yang mempercayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia menuliskan (menetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia mengukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat berpuas hati terhadap mereka, dan mereka sangat berpuas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang yang beruntung.

59:13. Sungguh, kamu lebih menggerunkan di dalam dada mereka daripada Allah; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di dalam bandar-bandar raya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu menyangka mereka sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu mempercayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim mengucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan meminta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

60:13. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menjadikan sahabat suatu kaum yang terhadap mereka Allah memurkai, dan yang berputus asa daripada akhirat, sebagaimana orang-orang yang tidak percaya berputus asa, daripada orang-orang kubur.

61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu mengetahui bahawa aku adalah rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

61:7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

63:6. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu meminta ampun untuk mereka, atau kamu tidak meminta ampun untuk mereka; Allah tidak akan mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

66:11. Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh.

71:1. Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman