Kalimat kebijaksanaan (hikmah) di dalam al-Qur'an
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
2:151. Sebagaimana juga Kami mengutus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk menyucikan kamu, dan untuk mengajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:231. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; jangan menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.
2:251. Dan mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.
2:269. Dia memberi Kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa Dia mengkehendaki, dan sesiapa diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang mempunyai minda.
3:48. Dan Dia mengajarnya al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil,
3:81. Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu mengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia membangkitkan antara mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, untuk membacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah memberikan mereka? Sungguh, Kami telah memberikan keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami memberikan mereka kerajaan yang besar.
4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentulah segolongan daripada mereka bermaksud untuk menyesatkan kamu, tetapi mereka hanya menyesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak memudaratkan kamu sedikit pun. Allah menurunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; jangan mengadakan berserta Allah tuhan lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.
31:12. Sesungguhnya Kami telah memberi Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari.
38:20. Kami menguatkan kerajaannya, dan memberinya kebijaksanaan, dan ucapan yang menetapkan.
43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
54:5. Suatu Kebijaksanaan yang dalam maksudnya; namun begitu, amaran-amaran tidak berguna.
62:2. Dia yang membangkitkan pada yang ummiy (orang Arab) seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan menyucikan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
- Concordance ms 525
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman