Kalimat keinginan di dalam al-Qur'an
Keinginan diterjemah daripada kalimat hawa
(jamak ahwa) bermakna desire, caprice, lust,
inclination, dalam bahasa Inggeris. Akarnya, ha wau ya,
menerbitkan enam kalimat lain yang turut diturunkan di halaman
ini.
hawa
2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.
2:145. Namun begitu, jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mengikuti kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang yang zalim.
4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.
5:48. Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.
5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.
5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."
6:56. Katakanlah, "Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak mengikuti keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk."
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul.
6:150. Katakanlah, "Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang mempersaksikan bahawa Allah mengharamkan ini." Kemudian, jika mereka mempersaksikan, janganlah menyaksikan bersama mereka; dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan yang tidak mempercayai akhirat, dan menyetarakan Pemelihara mereka.
7:176. Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan.
13:37. Begitulah Kami menurunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan.
18:28. Dan sabarkanlah diri kamu dengan orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan menghendaki wajah (sokongan)-Nya, dan janganlah mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah mentaati orang yang hatinya Kami melalaikan daripada mengingati Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.
20:16. Janganlah sesiapa menghalangi kamu daripadanya, yang tidak mempercayainya dan mengikuti keinginannya, atau kamu akan binasa.
23:71. Sekiranya yang benar mengikuti keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami mendatangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.
25:43. Sudahkah kamu melihat orang yang
mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya? Adakah
kamu menjadi wakil kepada mereka?
(keinginan menjadi tuhan)
28:50. Kemudian, jika mereka tidak menyahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya mengikuti keinginan mereka; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
30:29. Tidak, tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."
42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintahkan; janganlah mengikuti keinginan mereka, dan katakanlah, "Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah menurunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan mengumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan."
45:18. Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia, dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.
45:23. Sudahkah kamu melihat orang yang
mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah
menyesatkan dia atas satu pengetahuan, dan meletakkan satu
penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan meletakkan satu
penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan memberi
petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?
(keinginan menjadi tuhan)
47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka mengikuti keinginan mereka?
47:16. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang yang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia mengatakan tadi?" Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah meletakkan satu penutup, dan mereka mengikuti keinginan mereka.
53:3. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya.
54:3. Mereka mendustakan, dan mengikuti keinginan mereka; tetapi tiap-tiap urusan ditetapkan.
79:40. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, dan melarang jiwa daripada keinginannya,
hawa - to plunge, be hurled to ruin
20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami merezekikan kamu, tetapi janganlah melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa yang diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia.
22:31. Sebagai seorang yang lurus kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya; kerana sesiapa menyekutukan Allah, ia seakan-akan dia jatuh dari langit dan burung-burung menyambarnya, atau angin menerbangkannya ke dalam sebuah tempat yang jauh.
53:1. Demi bintang apabila ia menjunam,
hawiya - to desire, yearn for
2:87. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Mereka mengikuti hanya sangkaan, dan apa yang jiwa menginginkan; dan sesungguhnya, petunjuk telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.
hawa' - void
14:43. Apabila mereka berlari dengan menjulurkan leher, dan kepala tercancang, gerlingan mereka tidak kembali kepada mereka, dan hati mereka kosong.
hawiyah - the Pit ("neraka Hawiyah")
101:9. Ibunya (tempat kediamannya), lubang yang dalam.
ahwa - to overthrow, to cause to fall
53:53. Dan negeri yang musnah, Dia menjatuhkannya juga,
istahwa - to lure, infatuate
6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman