Kalimat keji di dalam al-Qur'an
Lima kalimat al-Qur'an, dengan akar berlainan, diterjemah kepada keji. Mereka adalah seperti berikut:
bur25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami mengambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."
48:12. Tidak, tetapi kamu menyangka bahawa rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu menyangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang keji."
khabaith
7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang keji, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan membantunya dalam masa keperluan, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang yang beruntung."
21:74. Dan Lut, kepadanya Kami memberikan Putusan, dan pengetahuan; dan Kami menyelamatkan dia daripada bandar raya yang membuat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.
mahin
32:8. Kemudian Dia membuatkan keturunannya daripada pati air yang keji,
43:52. Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?
68:10. Dan janganlah kamu mentaati setiap orang yang bersumpah, yang keji,
77:20. Tidakkah Kami mencipta kamu daripada air yang keji,
rahaq
72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,
72:13. Apabila kami mendengar petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang mempercayai Pemeliharanya, dia tidak takut akan pengurangan, dan tidak juga kekejian.
zanim
68:13. Berbudi kasar; tambahan pula, berkelakuan keji,
Halaman Utama Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman