Kalimat kesalahan di dalam al-Qur'an

Kesalahan diterjemah daripada beberapa kalimat yang terbit daripada akar kata yang berlainan. Maka terdapat beberapa perkataan asal yang boleh diterjemah kepada perkataan Melayu tersebut. Pun begitu, terdapat beberapa kalimat yang membawa maksud selain daripada kesalahan. Mereka akan disentuh disini di bawah tajuk kecil mengandungi sesuatu akar kata.

Ayat-ayat dikumpul di bawah akar kata seperti berikut:


1. Dh N B (Dzal Nun Ba)

Hanya satu kalimat yang terbit iaitu dhanb. Ayat-ayat yang mengandunginya adalah:

3:11. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang yang sebelum mereka, yang mendustakan ayat-ayat Kami; Allah mengambil mereka disebabkan kesalahan-kesalahan mereka; Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

3:16. Orang-orang yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api."

3:31. Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih."

3:135. Yang, apabila mereka melakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan mengampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka melakukan sedang mereka mengetahui.

3:147. Tiada lain yang mereka mengatakan kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya."

3:193. Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.

5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia mengazab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia mengazab siapa yang Dia mengkehendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

6:6. Tidakkah mereka merenungkan bagaimana Kami memusnahkan sebelum mereka banyak generasi yang Kami telah meneguhkan di bumi, yang Kami tidak meneguhkan untuk kamu, dan bagaimana Kami mengutus langit kepada mereka dengan hujan lebat, dan membuatkan sungai-sungai mengalir di bawah mereka? Kemudian Kami memusnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami menumbuhkan sesudah mereka generasi yang lain.

7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami menimpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak mendengar?

8:52. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang yang sebelum mereka yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah; Allah mengambil mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka. Sesungguhnya Allah Kuat, keras dalam pembalasan sewajarnya.

8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang yang sebelum mereka yang mendustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami memusnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami menenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang yang zalim.

9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."

12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."

14:10. Rasul-rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanyalah manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu menghendaki untuk menghalangi kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami kuasa yang nyata."

17:17. Berapa banyaknya generasi yang Kami memusnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.

25:58. Percayakanlah (tawakallah) kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,

26:14. Mereka juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan membunuh aku."

28:78. Dia berkata, "Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku." Apa, tidakkah dia mengetahui bahawa Allah telah memusnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka. in the article

29:40. Masing-masing Kami mengambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami mengutus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami membuatkan bumi menelan mereka, dan sebahagian Kami menenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.

33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar.

39:53. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam pembalasan sewajar-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.

40:11. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau mematikan kami dua kali, dan dua kali Engkau menghidupkan kami; dan kami mengakui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar?"

40:21. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan memerhatikan bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan, dan mereka meninggalkan bekas-bekas yang lebih kukuh di bumi; namun begitu, Allah mengambil mereka dengan kesalahan-kesalahan mereka, dan mereka tidak ada sesiapa untuk mempertahankan mereka daripada Allah.

40:55. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan melindungi kamu daripada azab yang pedih.

47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah mengetahui ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.

48:2. Kerana Allah mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, yang lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

51:59. Orang-orang yang membuat kezaliman mendapat bahagian mereka yang serupa dengan bahagian teman-teman mereka; maka janganlah mereka minta disegerakan kepada-Ku!

55:39. Pada hari itu, tiada yang akan ditanya mengenai kesalahannya, tidak manusia dan tidak juga jin. (in the article)

61:12. Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Taman-Taman Adn; itulah kemenangan yang besar,

67:11. Lalu mereka mengakui kesalahan-kesalahan mereka. Celakalah orang-orang Menyala!

69:9. Dan Firaun, dan orang-orang yang sebelumnya, dan kota-kota yang telah musnah - mereka mendatangkan kesalahan,

71:4. Dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu mengetahui.”

81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,

91:14. Tetapi mereka mendustakannya, dan melukainya, maka Pemelihara mereka membinasakan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan mendatarkan mereka,

 

2. Jim Nun Kha

Daripadanya terbit junah, dan dua perkataan lain yang membawa maksud berbeza. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti berikut:


2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa mengerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.

2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.

2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.

2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, mereka akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah menyedari apa yang kamu buat.

2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.

2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang yang berbuat baik.

2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan kamu yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

5:93. Tidaklah bersalah ke atas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan berbuat baik; Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

24:29. Tidaklah bersalah ke atas kamu bahawa kamu memasuki rumah-rumah yang tidak didiami, yang di dalamnya ada kesenangan bagi kamu. Allah mengetahui apa yang kamu menampakkan, dan apa yang kamu menyembunyikan.

24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah penghormatan kepada sesama kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

33:5. Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu membuat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu merancangkan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:51. Kamu menangguhkan siapa yang kamu mengkehendaki antara mereka, dan siapa yang kamu mengkehendaki, kamu mengambil kepada kamu; dan jika kamu mengingini sesiapa yang kamu telah melepaskan, maka tidaklah bersalah ke atas kamu. Demikian itu boleh jadi mereka bergembira, dan tidak bersedih, dan masing-masing mereka akan sangat berpuas hati dengan apa yang kamu memberinya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah adalah Mengetahui, Penyantun.

33:55. Tidaklah bersalah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan perempuan-perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

3. Kha Tha Ain

Daripadanya terbit kalimat-kalimat khati'a, khata', khati'ah dan akhta'a, yang membawa beberapa maksud berlainan.


1. khati'a

12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."

12:91. Mereka berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah."

12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."

17:31. Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

28:8. Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.

69:9. Dan Firaun, dan orang-orang yang sebelumnya, dan kota-kota yang telah musnah - mereka mendatangkan kesalahan,

69:37. Yang tiada, kecuali orang-orang yang bersalah memakan.”

96:16. Ubun-ubun yang dusta, bersalah.

 

2. khata' - hanya satu ayat

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

 

3. khati'ah - Oleh kerana maksud utamanya transgression maka terjemahan baginya adalah pelanggaran. Maksudnya pada ayat 4:112 telah dibetulkan daripada asal iaitu kesalahan, untuk menyeragamkan maksud.

2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandar raya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik."

2:81. Ia, sesiapa yang mengusahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah orang-orang Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

4:112. Dan sesiapa mengusahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia memikul pengumpatan, dan dosa yang nyata.

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandar raya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki; dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik."

20:73. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami, dan sihir yang kamu memaksa kami melakukannya; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal."

26:51. Kami sangat menginginkan bahawa Pemelihara kami akan mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami kerana kami yang pertama antara orang-orang mukmin."

26:82. Dan yang aku menginginkan akan mengampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).

29:12. Orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan biarlah kami memikul pelanggaran-pelanggaran kamu", padahal mereka tidak boleh memikul sesuatu, walaupun pelanggaran-pelanggaran mereka sendiri; mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

71:25. Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak mendapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka.

 

4. akhta'a

2:286. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia mengusahakan, dan ke atasnya apa yang ia mengusahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)."

33:5. Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu membuat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu merancangkan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

 

4. Gh W Y

Terdapat tiga kalimat:


1. ghawa
- dua ayat dibetulkan demi menyeragamkan maksud, berwarna merah.

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

7:146. Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."

7:175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah.

7:202. Dan teman-teman mereka yang mereka pandu ke dalam kesalahan, kemudian mereka tidak berhenti-henti.

15:42. Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, yang bersalah.

19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,

20:121. Maka kedua mereka memakan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

26:91. Dan Jahim dihadapkan kepada orang-orang yang bersalah.

26:94. Maka mereka dicampakkan ke dalamnya, bersama orang-orang yang bersalah,

26:224. Dan penyair-penyair - orang-orang yang bersalah mengikuti mereka.

28:63. Orang-orang yang ke atas mereka Ucapan telah wajar, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah orang-orang yang kami telah membuat mereka bersalah; kami membuat mereka bersalah sebagaimana kami bersalah. Kami berlepas diri kepada Engkau; ia bukanlah kami yang mereka sembah."

37:32. Demikianlah kami membuat kamu bersalah, dan kami sendiri adalah orang-orang yang bersalah."

53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah,


2. ghawiy - satu-satunya ayat yang mengandunginya berbunyi,

28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang meminta pertolongannya kelmarin meminta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."


3. aghwa

7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

11:34. Dan nasihatku tidak bermanfaat kepada kamu jika aku menghendaki untuk memberi nasihat kepada kamu, jika Allah menghendaki untuk membuat kamu bersalah; Dia Pemelihara kamu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."

15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah membuat aku bersalah, aku akan menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,

28:63. Orang-orang yang ke atas mereka Ucapan telah wajar, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah orang-orang yang kami telah membuat mereka bersalah; kami membuat mereka bersalah sebagaimana kami bersalah. Kami berlepas diri kepada Engkau; ia bukanlah kami yang mereka sembah."

37:32. Demikianlah kami membuat kamu bersalah, dan kami sendiri adalah orang-orang yang bersalah."

38:82. Berkata, "Maka, demi kemuliaan Engkau, aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,

 

5. Kh Ra Jim


harija
- satu-satunya kalimat di bawah akar kata tersebut, dengan pengertian berlainan. Selain daripada bersalah atau kesalahan ia diterjemah kepada tiada halangan, kesulitan, sendat, dan kesempitan.

4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan mempercayai sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka mendapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu memutuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.

7:2. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk memberi amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (yang mempercayai).

9:91. Tidak bersalah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak mendapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah, dan kepada rasul-Nya. Tidaklah ada jalan terhadap orang-orang yang berbuat baik; Allah Pengampun, Pengasih.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah penghormatan kepada sesama kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah merahmati, dan kamu telah merahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu menyembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah menyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah menetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

48:17. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit. Dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; tetapi sesiapa berpaling, dialah yang Dia akan mengazab dengan azab yang pedih.

 

6. Kata akar lain

Daripada kata akar lain terdapat tiga kalimat yang diterjemah kepada kesalahan. Tiap-tiap satu mengandungi hanya satu ayat.


a. haba

4:2. Berilah anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah menukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.


b. ma'arrah

48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.


c. lamam

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman