Kalimat khalifah di dalam al-Qur'an

"Khalifah" bererti "pengganti". Perkataan pengganti juga diterjemah daripada kalimat istakhalafa yang sama akar dengan khalifah. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat kedua itu diturunkan di hujung halaman ini.

 

1.  Khalifah:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat khalifah adalah seperti berikut:

 

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

6:165. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan menaikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia menguji kamu pada apa yang Dia memberikan kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

7:74. Dan ingatlah apabila Dia melantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia menempatkan kamu di bumi, mengambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan memahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

10:14. Kemudian Kami melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi selepas mereka supaya Kami memerhatikan bagaimana kamu akan buat.

10:73. Tetapi mereka mendustakannya; maka Kami menyelamatkan dia dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami melantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami menenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang diberi amaran.

27:62. Atau, siapakah yang menyahut orang yang dalam kesulitan apabila dia berseru kepada-Nya, dan menghilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang yang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang yang tidak percaya hanya dalam kerugian.

38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

 

2.  Istakhalafa:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

 

6:133. Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan sesudah kamu, untuk menggantikan kamu, apa yang Dia mengkehendaki, sebagaimana Dia menumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain.

7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan memusnahkan musuh kamu, dan Dia menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia memerhatikan bagaimana kamu akan buat."

11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan menjadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu."

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

57:7. Percayalah kepada Allah dan rasul-Nya, dan nafkahkanlah (belanjakanlah) daripada apa yang Dia membuatkan kamu pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan menafkahkan, mereka mendapat upah yang besar.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman