Kalimat kiblat di dalam al-Qur'an
2:142. Orang-orang yang bodoh antara manusia
akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat
(haluan) yang mereka menghadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan
Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang
Dia mengkehendaki pada jalan lurus."
(menghadap - kiblat)
2:143. Demikianlah Kami membuat kamu satu
umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas
manusia, dan supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami
tidak menentukan kiblat yang kamu menghadapkan melainkan
supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul, dan siapa
yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh
berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk;
tetapi Allah tidak akan membiarkan iman kamu disia-siakan.
Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.
(sungguh berat kecuali bagi mereka Allah
beri petunjuk)
2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan
wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu
kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah
muka kamu ke arah Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana
sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya.
Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah
yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai
daripada apa yang mereka mengerjakan.
(Masjidil Haram tempat dipalingkan)
2:145. Namun begitu, jika kamu mendatangkan
kepada orang-orang yang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka
tidak akan mengikuti kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut
kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu mengikuti keinginan mereka
setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk
orang-orang yang zalim.
(masing-masing ada kiblat)
10:87. Dan Kami mewahyukan Musa dan
saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah
tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat
(haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira
kepada orang-orang mukmin."
(rumah - kiblat - solat)
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman