Kalimat kotor/najis di dalam al-Qur'an
"Kotor" diterjemah daripada tiga kalimat al-Qur'an iaitu "rijs", "najisa" (najis) dan "farth".
Ayat-ayat al-Qur'an yang bersangkutan adalah:
(i) rijs:
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.
6:145. Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
7:71. Berkatalah dia, "Kekotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu mendebat aku mengenai nama-nama yang kamu menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
(kaum Hud)9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.
(yang enggan berjuang dengan Nabi)9:125. Tetapi bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kekotoran pada kekotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.
10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak memahami.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
(ii) najisa
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
(iii) farth
16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman