Kalimat Lut di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat yang mengandungi nama Lut adalah seperti berikut:
6:84. Dan Kami memberikan dia (Ibrahim) Ishak,
dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu,
dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun -
begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
6:85. Dan Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.
6:86. Dan Ismail, dan Alyasa, dan Yunus, dan
Lut; masing-masing Kami melebihkan di
atas semua alam.
6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab, dan Putusan, dan
Kenabian.
Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami mengamanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah
orang-orang yang tidak percaya kepadanya.
7:80. Dan
Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan
kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam melakukannya sebelum kamu?
7:81. Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum
yang membazir (berlebihan)."
7:82. Dan tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah mereka dari
bandar raya kamu ini; sesungguhnya mereka orang-orang yang membersihkan diri."
7:83. Maka Kami menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang
yang tertinggal.
7:84. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana
kesudahannya orang-orang yang berdosa.
11:70. Apabila dia (Ibrahim) melihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut. Mereka berkata, "Jangan takut; kami diutus kepada kaum Lut."
11:74. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut.
11:77. Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada
Lut, dia berasa susah terhadap
mereka, dan berasa cemas untuk mereka, dan dia berkata, "Inilah hari yang amat
berat."
11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka membuat
kejahatan. Dia berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih
bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa,
adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"
11:79. Mereka berkata, "Kamu mengetahui bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak
perempuan kamu, dan kamu mengetahui benar apa yang kami mengkehendaki."
11:80. Dia berkata, "Sekiranya aku ada kekuatan terhadap kamu, atau aku berlindung di
sebuah tonggak yang kuat!"
11:81. Mereka berkata, "Wahai
Lut, kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu.
Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada
sebahagian malam, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri
kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu yang mereka dijanjikan ialah
subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"
11:82. Maka apabila perintah Kami datang, Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan
menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi,
11:83. Ditanda di sisi Pemelihara kamu, dan ia tidak jauh daripada orang-orang yang zalim.
11:89. Wahai kaumku (Shuaib), janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.
15:58. Mereka berkata, "Kami diutus
kepada kaum yang berdosa,
15:59. Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami menyelamatkan kesemuanya,
15:60. Kecuali isterinya; kami menentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang
tinggal."
15:61. Maka, apabila para utusan datang kepada keluarga
Lut,
15:62. Dia berkata, "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
15:63. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendatangkan kepada kamu mengenai apa yang
mereka meragui.
15:64. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.
15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di
belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah
ke tempat yang kamu diperintahkan."
15:66. Dan Kami menentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong
pada waktu pagi.
15:67. Dan penduduk kota itu datang, bergembira.
15:68. Berkata, "Mereka ini tetamuku; janganlah memalukan aku.
15:69. Dan takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku."
15:70. Mereka berkata, "Tidakkah kami telah melarang kamu daripada semua alam?"
15:71. Berkata, "Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu melakukan."
15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,
15:73. Dan Teriakan mengambil mereka pada waktu matahari terbit,
15:74. Dan Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan menghujaninya dengan batu-batu
daripada tanah liat yang dibakar.
15:75. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang menandakan.
15:76. Sesungguhnya ia adalah di satu jalan yang masih berada.
15:77. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin (yang
mempercayai).
21:71. Dan Kami menyelamatkan dia (Ibrahim), dan Lut, ke bumi yang Kami memberkati bagi semua alam.
21:74. Dan Lut, kepadanya Kami memberikan Putusan, dan pengetahuan; dan Kami
menyelamatkan dia daripada bandar raya yang membuat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang
jahat, fasiq.
21:75. Dan Kami memasukkan dia ke dalam pengasihan Kami; dia termasuk orang-orang salih
(baik).
22:43. Dan kaum Ibrahim, dan kaum Lut,
26:160. Kaum Lut telah mendustakan para utusan.
26:161.
Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?
26:162. Aku, bagi kamu, adalah seorang rasul yang dipercayai,
26:163. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:164. Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas
Pemelihara semua alam.
26:165. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki daripada semua alam,
26:166. Dengan meninggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu menciptakan untuk kamu?
Tidak, tetapi kamulah kaum yang menderhaka."
26:167. Mereka berkata, "Jika kamu
tidak berhenti, wahai Lut, pasti kamu akan menjadi antara orang-orang yang
diusir."
26:168. Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.
26:169. Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada apa yang mereka
buat."
26:170. Maka Kami menyelamatkan dia dan keluarganya, kesemuanya,
26:171. Kecuali seorang perempuan tua antara orang-orang yang tinggal.
26:172. Kemudian Kami membinasakan yang lain.
26:173. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang yang
diberi amaran.
26:174. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka
bukanlah orang-orang mukmin.
27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan
kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?
27:55. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki dengan syahwat (hawa nafsu) bukan perempuan? Tidak,
kamulah kaum yang bodoh."
27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Usirlah keluarga
Lut
daripada bandar raya kamu; mereka adalah orang-orang yang membersihkan diri!"
27:57. Maka Kami menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami menentukan dia
termasuk orang-orang yang tertinggal.
27:58. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang yang
diberi amaran.
29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku berhijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu
melakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah melakukannya sebelum kamu.
29:29. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam
majlis kamu, kemungkaran?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata,
"Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat
kerosakan."
29:31. Dan apabila rasul-rasul Kami
datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan
penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat
mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya;
dia termasuk orang-orang yang tinggal."
29:33. Apabila rasul-rasul Kami datang kepada
Lut, dia berasa susah terhadap mereka,
dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga
susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri
kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.
29:34. Kami akan menurunkan kepada penduduk bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana
mereka berbuat kefasiqan."
37:133. Sesungguhnya
Lut adalah antara para utusan,
37:134. Apabila Kami menyelamatkan dia dan keluarganya kesemuanya,
37:135. Kecuali perempuan tua yang tertinggal,
37:136. Kemudian Kami membinasakan yang lain,
37:137. Dan kamu melalui mereka pada waktu pagi,
37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu memahami?
38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan orang-orang Aikah - mereka itulah golongan-golongan.
50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,
54:33. Kaum Lut mendustakan amaran-amaran.
54:34. Kami mengutuskan kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu, kecuali keluarga
Lut;
Kami menyelamatkan mereka pada waktu sebelum dinihari,
54:35. Satu rahmat daripada Kami; begitulah Kami membalas orang yang bersyukur (berterima
kasih).
54:36. Dia telah memberi amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui
amaran-amaran.
54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka menggoda; maka Kami menghapuskan mata-mata mereka,
"Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
54:38. Pada awal pagi, datang kepada mereka satu azab yang telah ditetapkan.
54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
66:10. Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya mengkhianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman