Kalimat makan di dalam al-Qur'an

 

Makan diterjemah daripada dua kalimat seakar iaitu (i) akala dan (ii) akkal (hanya satu ayat). Perkataan lain yang berkaitan seperti makanan, memberi makan dan lain disenaraikan di halaman kedua.

 

(i) akala - to eat, to devour, to consume; consuming, consumption, eating; one who eats; eaten, devoured, consumed


2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang zalim."

2:57. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri yang mereka menzalimkan.

2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang berbuat baik."

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan jangan kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.

2:174. Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga menyucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:188. Dan jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.

2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

3:49. Untuk menjadi seorang rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku menciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku menghembuskan ke dalamnya, dan ia menjadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku menyembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga menghidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku memberitahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

3:130. Wahai orang-orang yang percaya, jangan makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah membuat perjanjian dengan kami supaya kami tidak mempercayai mana-mana rasul sehingga dia mendatangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu mengatakan. Mengapa pula kamu membunuh mereka jika kamu berkata benar?"

4:2. Berilah anak-anak yatim harta mereka, dan jangan menukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.

4:4. Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.

4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung.

4:10. Orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah memakan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.

4:29. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan membunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.

4:161. Dan kerana pengambilan riba mereka, mereka telah dilarang daripadanya, dan memakan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku berpuas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."

5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!

5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak melarang mereka daripada ucapan dosa, dan memakan yang haram? Buruknya apa yang mereka mengerjakan!

5:66. Sekiranya mereka melakukan Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa yang mereka buat.

5:75. Al-Masih, putera Mariam, hanyalah seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling.

5:88. Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

5:113. Mereka berkata, "Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."

6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.

6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul.

6:121. Dan jangan makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan.

6:141. Dia yang menumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berilah yang patut diberi pada hari memetiknya, dan jangan membazir; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir.

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi jangan kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.

7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri yang mereka menzalimkan.

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki; dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang berbuat baik."

8:69. Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr, dan rahib, sesungguhnya mereka memakan harta manusia dengan cara palsu, dan menghalangi daripada jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya menyangka bahawa mereka telah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."

12:13. Dia berkata, "Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya."

12:14. Mereka berkata, "Jika serigala memakan dia, sedang kami sekumpulan, maka kamilah orang-orang yang rugi!"

12:17. Mereka berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan menjadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."

12:36. Dan masuk ke penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, "Aku melihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur)." Berkata yang lain, "Aku melihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang berbuat baik."

12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu meminta keputusan kepadaku."

12:43. Dan raja berkata, "Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi."

12:46. "Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka mengetahui."

12:47. Berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.

12:48. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.

15:3. Tinggalkanlah mereka untuk makan, dan untuk mereka bergembira, dan untuk dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan mengetahui.

16:5. Dan binatang ternak, Dia menciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai kemanfaatkan, dan daripadanya kamu makan.

16:14. Dia yang menundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan mengeluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih.

16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya." Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mempunyai pengertian.

20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami merezekikan kamu, tetapi jangan melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia.

20:121. Maka kedua mereka memakan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

21:8. Tidak juga Kami membuat mereka jasad-jasad yang tidak memakan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang hidup berkekalan.

22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami membuatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.

23:19. Kemudian Kami menumbuhkan untuk kamu dengannya kebun-kebun palma dan anggur, di dalamnya terdapat banyak buah-buahan untuk kamu, dan daripadanya kamu makan.

23:20. Dan pokok yang keluar dari Gunung Sinai yang menghasilkan minyak dan bumbu (penyedap makanan) untuk semua yang makan.

23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,

23:33. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, yang mendustakan pertemuan di akhirat, dan kepadanya Kami memberi kesenangan dalam kehidupan dunia, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang makan apa kamu makan, dan minum apa kamu minum.

23:51. "Wahai rasul-rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja kebaikan; sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu mengerjakan,

24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:8. Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?" Orang-orang zalim berkata, "Kamu hanya mengikuti seorang lelaki yang kena sihir!"

25:20. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu para utusan melainkan bahawa mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami membuatkan sebahagian kamu menjadi satu cubaan bagi sebahagian lain, "Mahukah kamu bersabar?" Pemelihara kamu melihat.

32:27. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami menghalau air ke bumi yang tandus, dan mengeluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri memakan? Apa, tidakkah mereka melihat?

34:14. Dan apabila Kami menentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang memakan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun."

35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan mengeluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami menghidupkannya, dan mengeluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,

36:35. Supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?

36:72. Kami menundukkannya untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka makan.

37:66. Dan mereka memakannya, dan dengannya memenuhkan perut-perut mereka,

37:91. Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?

40:79. Allah yang membuatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.

43:73. Di dalamnya kamu mendapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan."

47:12. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan menjadi tempat tinggal mereka.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan jangan mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

51:27. Dan dia meletakkannya di hadapan mereka, dengan berkata, "Tidakkah kamu makan?"

 

52:19. "Makan dan minumlah, dengan puas dan cukup, kerana apa yang kamu telah buat."

 

56:52. Kamu akan memakan daripada pokok zaqum,

 

67:15. Dia yang membuatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan.

 

69:24. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup kerana apa yang kamu telah mendahulukan dahulu pada hari-hari yang lalu.”

 

69:37. Yang tiada, kecuali orang-orang yang bersalah memakan.”

 

77:43. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup, kerana apa yang kamu telah buat.”

 

77:46. “Makan dan bergembiralah kamu sedikit; kamulah orang-orang yang berdosa!”

 

89:19. Dan kamu memakan pesaka dengan loba,

 

105:5. Dan Dia membuatkan mereka seperti daun yang dimakan.

 


(ii)
akkal - greedy, consumer (hanya satu ayat)

5:42. Yang mendengar yang bohong, dan memakan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkanlah antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu menghakimkan, maka putuskanlah dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.

- Concordance ms 122-124


ke halaman
makanan, dll

Terima kasih kepada sahabat Mohd Rizal Hashim atas kiriman senarai di atas.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman