Kalimat malaikat di dalam al-Qur'an

 

Terdapat dua perkataan daripada dua kata akar yang Bacaan terjemah kepada "malaikat", iaitu:

1. malak daripada akar mim lam kaf, dan

2. malak daripada mim ain kaf.

 

Bacaan telah juga menterjemah, dengan silap, perkataan talaqqa yang bermaksud menerima atau penerima kepada "malaikat" walaupun perkataan tersebut boleh dimaksudkan kepada malaikat, menurut konteksnya. Ayat-ayat berkaitan diturunkan di bawah, dan harus dibaiki dengan diisi perkataan penerima sementara "malaikat" yang sedia ada diletak di dalam kurungan, seperti di bawah:

21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."

50:17. Apabila dua penerima (malaikat) bertemu, satu duduk di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri,

Perkataan hafazah yang bererti pencatat, juga boleh dimaksudkan kepada malaikat. Tetapi Bacaan tidak menterjemahkannya kepada malaikat. Ayat yang mengandunginya berbunyi,

6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia mengutus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, rasul-rasul Kami mematikannya, dan mereka tidak lalai.

Seperti dapat dilihat di atas, perkataan rasul turut boleh membawa maksud malaikat.

 

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat malaikat adalah:

1. malak (mim lam kaf)

Ia adalah satu daripada perkataan di bawah akar yang sama dengan perkataan-perkataan yang bermakna miliki, kuasa, kerajaan, raja dan seumpamanya. Senarai ayat-ayat yang mengandunginya seperti berikut:

 

2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.

6:8. Mereka berkata, "Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya?" Sekiranya Kami menurunkan seorang malaikat, tentu perkara itu akan diputuskan, dan kemudian, tiada penangguhan diberi kepada mereka.

6:9. Dan sekiranya Kami membuat dia seorang malaikat, tentu Kami membuat dia seorang lelaki, dan mengelirukan mereka mengenai apa yang mereka sendiri kekeliruan.

6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"

7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."

11:12. Boleh jadi kamu meninggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu menjadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, "Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:31. Aku tidak berkata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'; aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak berkata, 'Aku seorang malaikat.' Tidak juga aku berkata kepada orang-orang yang mata-mata kamu mengeji, 'Allah tidak akan memberi mereka sebarang kebaikan'; Allah sangat mengetahui apa yang di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentulah termasuk orang-orang yang zalim."

12:31. Apabila dia mendengar bisikan-bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."

17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami menurunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai rasul."

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."

53:26. Berapa banyaknya malaikat yang di langit yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah mengizinkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia berpuas hati.

69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.

89:22. Dan Pemelihara kamu datang, dan malaikat-malaikat, barisan atas barisan,

 

2. malak (mim ain kaf) - jamak malaikah

 

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

2:31. Dan Dia mengajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia mengemukakannya kepada para malaikat. Dia berkata, "Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar."

2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir).

2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Jibril, dan Mikail, maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang yang tidak percaya.

2:161. Tetapi orang-orang yang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:210. Apakah yang mereka menanti-nantikan, melainkan bahawa Allah datang kepada mereka dalam lindungan awan, dan malaikat-malaikat? Perkara diputuskan, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun meninggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."

2:285. Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang  percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

3:18. Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang menegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."

3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.

3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.

3:80. Dia tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?

3:87. Mereka itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya.

3:124. Ketika kamu mengatakan kepada orang-orang mukmin, "Adakah tidak mencukupi bagi kamu bahawa Pemelihara kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan kepada kamu?

3:125. Ia, jika kamu bersabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."

4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan kepada rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

4:166. Tetapi Allah mempersaksikan dengan apa yang Dia menurunkan kepada kamu; Dia menurunkannya dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga mempersaksikan; dan cukuplah Allah untuk saksi.

4:172. Al-Masih tidak akan memandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa memandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, Dia pasti akan mengumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.

6:93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan menurunkan yang serupa dengan apa yang Allah menurunkan"? Jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim dalam kesengsaraan kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu mengatakan yang tidak benar terhadap Allah, dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya."

6:111. Walaupun Kami menurunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami mengumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan mempercayai, kecuali jika Allah mengkehendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.

6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."

7:11. Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.

8:9. Apabila kamu memohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia menyahuti kamu, "Aku akan membantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang kamu."

8:12. Apabila Pemelihara kamu mewahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan melempar ke dalam hati orang-orang yang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka."

8:50. Jika kamu dapat melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar,

13:13. Guruh menyanjung dengan memuji-Nya, dan para malaikat, dalam ketakutan kepada-Nya. Dia mengutuskan halilintar, dan menimpa dengannya sesiapa yang Dia mengkehendaki; namun begitu, mereka berbantah-bantah mengenai Allah; Dia yang kuat dalam kuasa.

13:23. Taman-Taman Adn yang mereka masuk, dan orang-orang yang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,

15:7. Mengapakah kamu tidak mendatangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu berkata benar?"

15:8. Kami tidak menurunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak ditangguhkan.

15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,

15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.

16:2. Dia menurunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"

16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,

16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."

16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang yang sebelum mereka telah buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka menzalimkan.

16:49. Kepada Allah sujud segala yang di langit, dan tiap-tiap makhluk yang merayap di bumi, dan para malaikat. Mereka tidak menyombongkan diri.

17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu memilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia mengambil untuk-Nya daripada para malaikat anak-anak perempuan? Ia adalah satu yang besar yang kamu mengucapkan.

17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"

17:92. Atau, sehingga kamu menjatuhkan langit, sebagaimana kamu mendakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu mendatangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,

17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami menurunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai rasul."

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang yang zalim!

20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.

21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan malaikat-malaikat menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."

22:75. Allah memilih daripada para malaikat rasul-rasul, dan daripada manusia; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

23:24. Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang menghendaki untuk menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia menurunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah mendengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan menjadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidaklah ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"

25:25. Pada hari langit berpecah belah dengan awan-awan, dan malaikat-malaikat turun, dengan penurunan.

33:43. Dia yang merahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin

33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.

34:40. Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Dia berkata kepada malaikat-malaikat, "Adakah kamu yang mereka ini sembah?"

35:1. Segala puji bagi Allah, Pemula langit dan bumi, yang membuatkan malaikat-malaikat sebagai rasul-rasul yang mempunyai sayap-sayap, dua, dan tiga, dan empat, dengan menambahkan ciptaan seperti yang Dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

37:150. Atau, Kami mencipta malaikat-malaikat itu perempuan, sedang mereka adalah saksi-saksi?

38:71. Apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat.

38:73. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya,

39:75. Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

41:14. Apabila rasul-rasul datang kepada mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, "Janganlah sembah siapa pun melainkan Allah", mereka berkata, "Sekiranya Pemelihara kami menghendaki, tentu Dia menurunkan malaikat-malaikat; maka kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

41:30. Orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah", kemudian mereka meluruskan (meneguhkan) pendirian, kepada mereka malaikat-malaikat turun, dengan berkata, "Jangan takut, dan jangan bersedih; bergembiralah dengan Taman yang kamu telah dijanjikan.

42:5. Langit hampir pecah di atas mereka, apabila malaikat-malaikat menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan meminta ampun untuk orang-orang yang di bumi. Ingatlah, sesungguhnya Allah, Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.

43:19. Dan mereka membuatkan malaikat-malaikat, yang mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka menyaksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:53. Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?"

43:60. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami melantik malaikat-malaikat di kalangan kamu untuk menjadi pengganti-pengganti di bumi.

47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?

53:27. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat menamakan malaikat-malaikat dengan nama-nama perempuan.

66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:6. Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri kamu dan keluarga kamu daripada Api yang bahan bakarnya manusia dan batu, dan di atasnya malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak mengingkari Allah pada apa yang Dia memerintahkan mereka, dan membuat apa yang mereka diperintahkan.

70:4. Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun.

74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.

78:38. Pada hari apabila Roh dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan; mereka tidak berkata-kata kecuali dia yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan yang berkata benar.

97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman