Kalimat malam di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "malam" adalah:

 

2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:274. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:27. Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang membaca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan bersujud.

3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai minda,

4:81. Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu mengatakan. Dan Allah menulis apa yang mereka memikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan percayakanlah (tawakal) kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.

4:108. Mereka menyembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak menyembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak berpuas hati; Allah meliputi apa yang mereka buat.

6:13. Dan kepunyaan-Nya apa sahaja yang mendiami pada malam dan siang hari; dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

6:60. Dia yang mematikan kamu pada malam hari, dan Dia mengetahui apa yang kamu mengerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurnakan; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.

6:76. Apabila malam menutupi di atasnya, dia melihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai yang terbenam."

6:96. Dia membelah langit kepada pagi, dan membuatkan malam satu kerehatan, dan matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

7:4. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

7:97. Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami  tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya menyangka bahawa mereka telah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

10:27. Dan orang-orang yang mengusahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan juga, tiada yang melindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?

10:67. Dia yang membuatkan bagi kamu malam untuk berehat padanya, dan siang untuk melihat; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

11:81. Mereka berkata, "Wahai Lut, kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"

11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

13:3. Dia yang membentangkan bumi dan meletakkan di dalamnya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan daripada tiap-tiap buah-buahan, Dia membuatnya dua jenis; menutupi siang dengan malam. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

13:10. Sama sahaja antara kamu - dia yang merahsiakan ucapannya, dan dia yang mengumumkannya, dan dia yang menyembunyikan diri pada malam hari, dan dia yang berjalan-jalan siang hari.

14:33. Dan Dia menundukkan untuk kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia menundukkan untuk kamu, malam dan siang.

15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintahkan."

16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

17:12. Kami membuatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami menghapuskan ayat malam, dan Kami membuatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan; dan segala sesuatu Kami menjelaskan dengan cukup jelas.

17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu membangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

19:10. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkanlah untukku satu ayat (tanda)." Berkatalah Dia, "Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata kepada manusia dalam keadaan tanpa cacat, selama tiga malam."

20:77. Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."

20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain, "Kamu tinggal hanya sepuluh malam."

20:130. Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka mengatakan, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat berpuas hati.

21:20. Mereka menyanjung-Nya malam dan siang, tidak berhenti.

21:33. Dia yang mencipta malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

21:42. Katakanlah, "Siapakah yang akan melindungi kamu pada waktu malam dan siang hari daripada Yang Pemurah?" Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara mereka, mereka berpaling.

22:61. Itu adalah kerana Allah menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

23:67. Dengan sombong terhadapnya, bercakap-cakap percakapan kosong pada waktu malam."

23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu memahami?

24:44. Allah membalik-balikkan siang dan malam; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.

25:47. Dia yang membuatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia membuatkan untuk kebangkitan.

25:62. Dan Dia yang membuatkan malam dan siang silih berganti bagi orang yang menghendaki untuk mengingati, atau menghendaki untuk berterima kasih.

25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.

26:52. Dan Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita mengatakan kepada walinya (pelindungnya), kita tidak menyaksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

27:86. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami membuatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mempercayai.

28:29. Maka apabila Musa telah menyempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku akan mendatangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."

28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu mendengar?"

28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah membuatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang mendatangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu melihat?

28:73. Daripada pengasihan-Nya, Dia membuatkan untuk kamu malam dan siang, untuk kamu berehat padanya, dan untuk mencari pemberian-Nya, supaya kamu berterima kasih."

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu menginginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

31:29. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah menyedari apa yang kamu buat?

34:18. Dan Kami meletakkan, antara mereka dan bandar-bandar raya yang Kami memberkati, beberapa buah bandar raya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, "Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!"

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk mengadakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami meletakkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan apa yang mereka telah buat?"

35:13. Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; dan orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah, mereka tidak memiliki sebanyak kulit sebutir biji kurma pun.

36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan.

36:40. Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu memahami?

39:5. Dia mencipta langit dan bumi dengan benar, menutupi malam dengan siang, dan menutupi siang dengan malam; dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Tidakkah Dia, Yang Perkasa, Yang Pengampun?

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Hanya orang-orang yang mempunyai minda mengingati.

40:61. Allah yang membuatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih).

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

41:38. Dan jika mereka menyombongkan diri, mereka yang di sisi Pemelihara kamu menyanjung-Nya malam dan siang, dan mereka tidak menjadi letih.

44:3. Kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

44:23. "Maka berjalanlah kamu dengan hamba-hamba-Ku pada sebahagian malam; sesungguhnya kamu akan diikuti.

45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah menurunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.

51:17. Sedikit daripada malam mereka tidur,

52:49. Dan lafazlah sanjungan-Nya pada waktu malam, dan pada pengunduran bintang-bintang.

57:6. Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam. Dia mengetahui apa yang di dalam dada.

69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh.

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang,

73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,

73:6. Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan.

73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

74:33. Dan malam apabila ia berundur,

76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.

78:10. Dan Kami membuatkan malam untuk satu pakaian,

79:29. Dan menggelapkan malamnya, dan mengeluarkan duhanya (paginya).

81:17. Demi malam yang hampir habis,

84:17. Dan malam, dan apa yang ia menyelubungi,

86:1. Demi langit dan bintang malam!

86:2. Dan tahukah kamu apakah ia bintang malam?

89:2. Dan sepuluh malam,

89:4. Demi malam apabila ia berpergian!

91:4. Dan demi malam bila ia menutupinya!

92:1. Demi malam menutupi,

93:2. Dan malam yang sunyi!

97:1. Sesungguhnya, Kami menurunkannya pada malam yang berkuasa.

97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?

97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman