Kalimat marah atau murka di dalam al-Qur'an
Beberapa kalimat al-Qur'an yang terbit daripada beberapa akar diterjemah kepada marah atau murka. Kalimat-kalimat itu adalah:
1. ghadiba
2. ghadban
3. ghadaba
4. ghaza
5. sakhita
6. askhata
7. asafa
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah seperti di bawah:
1:7. Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:90. Buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah menurunkan, mendengki bahawa Allah menurunkan pemberian-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikian itu adalah kerana mereka melakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.
4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar.
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
7:71. Berkatalah dia, "Kekotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu mendebat aku mengenai nama-nama yang kamu menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
7:152. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini; begitulah Kami membalas orang-orang yang mengada-adakan.
7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia mengambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.
8:16. Sesiapa yang memalingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.
20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami merezekikan kamu, tetapi janganlah melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa yang diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, dia tercebur dalam kebinasaan.
20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"
24:9. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar.
42:16. Dan orang-orang yang mendebat mengenai Allah setelah sahutan dibuat kepada-Nya, perdebatan mereka tidak sah di sisi Pemelihara mereka; kepada mereka kemurkaan, dan bagi mereka, azab yang keras.
42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka mengampunkan,
48:6. Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
58:14. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang menjadikan, sebagai sahabat-sahabat, satu kaum yang Allah murkai? Mereka bukanlah daripada kamu, dan bukan juga daripada mereka; dan mereka bersumpah bohong, sedang mereka mengetahui.
60:13. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menjadikan sahabat suatu kaum yang terhadap mereka Allah memurkai, dan yang berputus asa daripada akhirat, sebagaimana orang-orang yang tidak percaya berputus asa, daripada orang-orang kubur.
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."
20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"
21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan menyangka bahawa Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia memanggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang yang zalim."
3:119. Beginilah kamu ini; kamu menyukai mereka, dan mereka tidak menyukai kamu; kamu mempercayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri, mereka menggigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah, "Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada."
3:134. Yang menafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan menahan kemarahan mereka, dan memaafkan manusia; dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik,
9:15. Dan Dia menghilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang rasul Allah, dan untuk lebih menyukai diri mereka daripada diri dia; itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka memijak sebarang pijakan yang menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka tidak juga memperoleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih (baik); sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.
22:15. Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak akan menolongnya di dunia ini, dan di akhirat, maka hendaklah dia menghulurkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya, dan memerhatikan sama ada muslihatnya dapat menghilangkan apa yang menerbitkan marahnya.
26:55. Dan sesungguhnya mereka membuat kita marah,
33:25. Dan Allah mengembalikan orang-orang yang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah menahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah adalah Kuat, Perkasa.
48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.
67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya menanyakan mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”
3:162. Apa, adakah orang yang mengikuti kepuasan hati Allah itu sama seperti orang yang dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu kepulangan yang buruk!
5:80. Kamu melihat kebanyakan antara mereka menjadikan orang-orang yang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka mendahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.
9:58. Antara mereka mencari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat berpuas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, maka mereka menjadi marah.
47:28. Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
43:55. Maka, apabila mereka telah membuat Kami murka, Kami melepaskan dendam kepada mereka, dan Kami menenggelamkan mereka kesemuanya,
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman