Kalimat Mariam di dalam al-Qur'an
Termasuk di dalam senarai ayat-ayat
al-Qur'an yang mengandungi nama "Mariam" ialah nama bapanya, "Imran".
Mariam dipilih Allah sebagai seorang perempuan di atas semua perempuan di semua alam.
3:33. Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam.
3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."
3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan." Allah sangat mengetahui apa yang dia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, "Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
3:37. Pemeliharanya menerima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.
3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk."
3:44. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu; kerana kamu tidak berada dengan mereka, ketika mereka melemparkan pena-pena mereka, siapa antara mereka yang akan menjaga Mariam; kamu tidak berada di sisi mereka ketika mereka bertengkar.
3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah
menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang
namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada
orang-orang yang didekatkan.
3:46. Dia akan berkata-kata kepada manusia
di dalam buaian, dan setelah dewasa, dan akan menjadi seorang yang
salih."
3:47. Dia berkata, "Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan ada seorang
anak lelaki memandangkan tiada manusia telah menyentuhku?" Berkatalah Dia,
"Begitulah, Allah mencipta apa yang Dia mengkehendaki. Apabila Dia menentukan
sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, 'Jadilah', maka jadilah
ia.
4:156. Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu pengumpatan yang besar.
4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia melemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan janganlah mengatakan, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
19:16. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Mariam, apabila dia
berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.
19:17. Dan
dia mengambil satu hijab (tabir), menjauhkan daripada mereka; kemudian Kami
mengutus kepadanya Roh Kami yang menyerupai di hadapannya seperti seorang
manusia dengan tanpa cacat.
19:18. Berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah
daripada kamu, jika kamu bertakwa!"
19:19. Dia berkata, "Aku hanyalah seorang
rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak
lelaki yang suci."
19:20. Berkata, "Bagaimanakah aku akan ada seorang anak
lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang
jalang?"
19:21. Dia berkata, "Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu
mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat bagi manusia, dan satu
pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan.'"
19:22.
Lalu dia mengandungnya, dan berundur dengannya ke suatu tempat yang
jauh.
19:23. Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia
berkata, "Aduhai, sekiranya aku telah mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang
dilupakan!"
19:24. Tetapi apa yang di bawahnya memanggilnya, "Tidak,
janganlah kamu bersedih; sesungguhnya Pemelihara kamu mengadakan di bawah kamu
sebuah anak sungai.
19:25. Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan
menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.
19:26. Maka makan dan
minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang
manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan
pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia
pun.'"
19:27. Kemudian dia mendatangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan
mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu
yang aneh!
19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang
lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang."
19:29. Maka dia
menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, "Bagaimanakah kami berkata-kata
kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?"
19:30. Berkata,
"Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku
seorang Nabi.
19:31. Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan
Dia mewasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,
19:32. Dan
taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara.
19:33.
Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari
aku dibangkitkan hidup."
19:34. Itulah Isa putera Mariam, dengan ucapan yang
benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.
23:50. Dan Kami membuat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami memberi mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.
66:11. Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya -
isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di
sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan
amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
66:12. Dan
Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami
menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata
Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang
patuh.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman