Kalimat masjid di dalam al-Qur’an

Kalimat masjid dan sajada, atau sujud dalam bahasa Melayu, adalah daripada akar yang sama. Ia bermaksud tempat sujud.

Terdapat 26 ayat yang mengandungi 27 perkataan masjid di dalam al-Qur'an. Daripada jumlah perkataan itu 15 adalah kalimat Masjidil Haram. Ayat-ayatnya seperti berikut:

 

2:114. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.

2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan.

2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram (Masjid Suci) sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku memerintahkan supaya membuat keadilan. Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.

8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.

9:18. Yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pemakmur Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:107. Dan orang-orang yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta. 
(masjid diguna untuk perpecahan)

9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
(jangan berdiri di dalamnya selama-lamanya)

17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

17:7. "Jika kamu berbuat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu berbuat baik, dan jika kamu berbuat kejahatan, ia adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang akhir datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk ke masjid sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan pembinasaan, apa yang mereka meninggikan.
(masuk masjid untuk membinasakan umat)

18:21. Dan begitulah Kami menyerempakkan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, "Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat mengetahui mengenai mereka." Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, "Kami akan mengambil (bina) di atas mereka sebuah masjid."
(kisah al-Kafi)

22:25. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami membuatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang menghendaki untuk tidak menghormatinya dengan kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang pedih.

22:40. Orang-orang yang diusir daripada tempat-tempat tinggal mereka dengan tanpa patut, melainkan mereka berkata, "Pemelihara kami ialah Allah." Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, dan salawat (tempat-tempat sembahyang Yahudi), dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan banyak. Sungguh, Allah akan menolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.

72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.
(jangan seru selain Allah)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman