Kalimat mati di dalam al-Qur'an (2)

 

Kalimat-kalimat lain yang diterjemah kepada mati atau yang berkaitan dengannya, di dalam Bacaan, adalah Tawaffa, Halaka, Taradda dan Qutila. Ayat-ayat diturunkan bersama mereka di bawah:

 

Tawaffa:

2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, mereka akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah menyedari apa yang kamu buat.

2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.

3:55. Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya. Aku akan membuatkan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan menghakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan.

3:193. Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.

4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan.

4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

5:117. Aku hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.

6:60. Dia yang mematikan kamu pada malam hari, dan Dia mengetahui apa yang kamu mengerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurnakan; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.

6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia mengutus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, rasul-rasul Kami mematikannya, dan mereka tidak lalai.

7:37. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."

8:50. Jika kamu dapat melihat ketika para malaikat mematikan orang-orang yang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar,

10:46. Sama ada Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami menjanjikan mereka, atau Kami mematikan kamu, kepada Kami mereka kembali; kemudian Allah saksi atas apa yang mereka buat.

10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak menyembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.

12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."

13:40. Sama ada Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami menjanjikan mereka, atau Kami mematikan kamu, maka bagi kamu hanyalah untuk menyampaikan, dan bagi Kami memperhitungkan.

16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,

16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."

16:70. Allah mencipta kamu; kemudian Dia mematikan kamu; dan antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling hina, bahawa setelah mengetahui sesuatu, mereka tidak mengetahui apa-apa; sesungguhnya Allah Mengetahui, Berkuasa.

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan.

33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran,

39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah menentukan kematian, tetapi Dia mengutuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

40:67. Dia yang mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu menjadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.

40:77. Maka bersabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami menjanjikan mereka, atau Kami mematikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.

47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?

 

Halaka:
(Lazimnya perkataan ini bermaksud binasa, tetapi diterjemah kepada mati dan hilang juga kerana menurut konteks ayat.)

4:176. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia menerima separuh daripada apa yang dia meninggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka menerima dua per tiga daripada apa yang dia (lelaki) meninggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki menerima serupa dengan bahagian dua saudara perempuan. Allah memperjelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah mengetahui segala sesuatu."

8:42. Ketika kamu di pinggir lembah yang dekat, dan mereka di pinggir lembah yang jauh, dan rombongan besar yang berkuda di bawah kamu; dan sekiranya kamu mengadakan janji temu bersama, tentu kamu berselisih dalam janji temu itu; tetapi supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat, bahawa sesiapa yang binasa akan binasa dengan satu bukti yang jelas, dan dengan satu bukti yang jelas, hiduplah orang yang hidup; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

28:88. Dan janganlah menyeru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia.' Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."

69:29. Kuasaku hilang daripadaku.”

 

Taradda:
(fallen to death)

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

Qutila:
(Terbit dari qatala yang banyak makna seperti membunuh dan sebagainya. Di sini hanya yang diterjemahkan kepada kematian sahaja diturunkan di bawah ini.)

74:19. Kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!

74:20. Lagi, kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman