Kalimat medan di dalam al-Qur'an

Perkataan "maqam" diterjemahkan kepada "medan". Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "medan" adalah seperti berikut:

 

2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

14:14. Dan sungguh Kami akan menempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu membangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"

26:58. Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia.

37:164. Tiada antara kami di sana melainkan mempunyai medan yang diketahui.

44:26. Dan ladang-ladang yang telah disemai, dan betapa mulianya medan,

44:51. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,

55:46. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, bagi mereka dua taman (jannah).

79:40. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, dan melarang jiwa daripada keinginannya,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman