Kalimat membazir di dalam al-Qur'an
"Membazir" atau "berlebihan" diterjemah
daripada kalimat "asrafa" yang berjumlah dua puluh tiga kesemuanya. Ia didapati
pada dua puluh satu ayat, seperti yang diturunkan di bawah:
3:147. Tiada lain yang mereka mengatakan
kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas
kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan
kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak
percaya."
(dalam urusan)
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga
mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu melihat mereka berfikiran
waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan
membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka telah dewasa. Jika sesiapa kaya,
maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik.
Apabila kamu menyerahkan kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke
atas mereka; cukuplah Allah menjadi penghitung.
(harta
anak yatim)
5:32. Oleh kerana itu, Kami menuliskan
(menetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa membunuh satu jiwa, bukan untuk
membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang
dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia telah membunuh manusia kesemuanya; dan
sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia menghidupkan manusia kesemuanya.
Rasul-rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas,
kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir
(berlebihan) di bumi.
(bunuh)
6:141. Dia yang menumbuhkan kebun-kebun
yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang
bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa)
sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila
mereka berbuah, dan berilah yang patut diberi pada hari memetiknya, dan
janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
membazir.
(makan, memberi)
7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan
kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu
membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.
(perhiasan, makan, minum)
7:81. Kamu mendatangi lelaki-lelaki
dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir
(berlebihan)."
(homoseksual)
10:12. Apabila penderitaan menyentuh
manusia, dia berseru kepada Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau
sedang berdiri; tetapi apabila Kami menghilangkan penderitaannya daripadanya,
dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah berseru kepada Kami atas penderitaan
yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir
(berlebihan) apa yang mereka buat.
(melupakan seruan
kepada Allah, dan penderitaan yang menimpa)
10:83. Maka tiada yang percaya kepada
Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan
pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka; dan Firaun
tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir
(berlebihan).
(Firaun)
17:33. Dan janganlah membunuh jiwa yang
Allah mengharamkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak
adil, Kami memberikan walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia
membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
(bunuh)
20:127. Begitulah Kami membalas orang
yang membazir (berlebihan), dan yang tidak mempercayai ayat-ayat
Pemeliharanya; dan azab akhirat lebih keras, dan lebih kekal.
(dikaitkan dengan tidak percaya kepada ayat-ayat
Allah)
21:9. Kemudian Kami menjadikan benar
janji yang Kami memberikan mereka (rasul yang membawa Kitab), dan Kami
menyelamatkan mereka, dan sesiapa yang Kami mengkehendaki; dan Kami membinasakan
orang-orang yang membazir.
(tidak mengikuti rasul,
Kitab-Nya)
25:67. Yang, apabila mereka menafkahkan
(membelanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara
yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama,
(nafkah)
26:151. Dan janganlah mentaati perintah
orang-orang yang membazir (berlebihan),
26:152. Yang membuat keroskan
di bumi, dan tidak membetulkan."
36:19. Mereka (rasul-rasul) berkata,
"Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diberi peringatan; tetapi kamu
adalah kaum yang membazir (berlebihan)."
(peringatan)
39:53. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku
yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa
daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan,
kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.
(minta ampun)
40:28. Kemudian berkata seorang lelaki
yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya, "Apa,
adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah
Allah' walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada
Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya;
tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu
akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang
membazir (berlebihan), dan pendusta.
(berdusta)
40:34. Yusof telah datang kepada kamu
dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam
keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia
telah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas
dia.' Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan
yang ragu-ragu."
(ragu-ragu)
40:43. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru
aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan
kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir
(berlebihan) adalah orang-orang Api.
(menyeru selain
Allah)
43:5. Adakah Kami akan mengenepikan
Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir
(berlebihan)?
(Peringatan)
44:31. Daripada Firaun; sesungguhnya dia tinggi, termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
51:34. Yang ditanda di sisi Pemelihara
kamu untuk orang-orang yang membazir (berlebihan)."
(yang ditanda itu adalah batu-batu daripada tanah liat - ayat
sebelumnya)
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman