Kalimat mesej di dalam al-Qur'an


Mesej diterjemah daripada kalimat risalah yang seakar dengan rasul dan rusul. Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi kalimat tersebut ialah:

5:67. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum tidak percaya.

6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan mempercayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa yang rasul-rasul Allah telah diberi." Allah sangat mengetahui di mana hendak meletakkan Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.

7:62. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku menasihatkan kamu, kerana aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.

7:68. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.

7:79. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat."

7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum tidak percaya?"

7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku memberikan kamu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih."

33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung.

72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya.”

72:28. Supaya Dia mengetahui bahawa mereka telah menyampaikan Mesej-Mesej Pemelihara mereka; dan Dia meliputi segala apa yang ada pada mereka, dan Dia menjumlahkan segala sesuatu dengan bilangan.

~ A Concordance Of The Qur’an, muka surat 1027

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman