Kalimat mihrab di dalam al-Qur'an
Mihrab -
sanctuary, chamber
3:37. Pemeliharanya menerima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia mewahyukan mereka, "Kamu sanjunglah pada waktu awal pagi dan petang."
34:13. Mereka membuat untuknya apa sahaja dia mengkehendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."
38:21. Sudahkah berita perdebatan datang kepada kamu? Apabila mereka memanjat mihrab (tempat ibadat),
~ A Concordance of the Qur'an ms 543
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman