Kalimat mukmin(2) di dalam al-Qur'an

Bahagian 2:

 

18:2. Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik,

18:80. Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan memaksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan.

20:75. Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sebagai seorang mukmin, setelah membuat kerja-kerja kebaikan, maka mereka itu, bagi mereka darjat yang tertinggi.

20:112. Tetapi sesiapa yang membuat kerja-kerja kebaikan, sedang dia seorang mukmin, dia tidak takut akan kezaliman, dan tidak juga ketidakadilan.

21:88. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami menyelamatkan dia daripada kesedihan; begitulah Kami menyelamatkan orang-orang mukmin.

21:94. Dan sesiapa yang membuat kerja-kerja kebaikan, sedang dia seorang mukmin, maka tiadalah ketiadaan terima kasih bagi usahanya; Kami Sendiri yang menuliskan untuknya.

23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin,
23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;
23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling;
23:4. Dan yang pada zakat, mereka melakukan;
23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;
23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki, lalu mereka tidak tercela;
23:7. Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, mereka itu menderhaka;
23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka, mereka mengawasi;
23:9. Dan yang pada solat mereka, mereka menjagai;
(lagi mengenai sifat orang mukmin)

23:38. Dia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, dan kami tidak mukmin kepadanya."

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.
(hanya orang mukmin menyaksikan hukuman)

24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.

24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri menyangka baik, dan berkata, "Inilah kedustaan yang nyata"?

24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.

24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.

24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:47. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah dan rasul, dan kami mentaati." Kemudian sesudah itu, segolongan daripada mereka berpaling; mereka itu, mereka bukanlah orang-orang mukmin.

24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

24:62. Orang-orang yang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan yang, apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak meninggalkan dia sehingga mereka meminta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kamu, merekalah orang-orang yang mempercayai Allah dan rasul-Nya; maka, apabila mereka meminta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah sesiapa yang kamu mengkehendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

26:3. Boleh jadi kamu akan membinasakan diri kamu kerana mereka bukan orang-orang mukmin.

26:8. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat, namun begitu kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:51. Kami sangat menginginkan bahawa Pemelihara kami akan mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami kerana kami yang pertama antara orang-orang mukmin."

26:67. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:102. Sekiranya bagi kita dapat kembali lagi, dan menjadi antara orang-orang mukmin!"
(ingin kembali ke dunia untuk menjadi orang mukmin)

26:103. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:114. Aku (Nuh) tidak akan mengusir orang-orang mukmin,

26:118. Maka bukakanlah satu keputusan antara aku (Nuh) dan mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang mukmin yang bersamaku."

26:121. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:139. Maka mereka mendustakan dia; kemudian Kami memusnahkan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:158. Dan azab mengambil mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:174. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:190. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:199. Dan dia membacakannya kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepadanya.

26:215. Rendahkanlah sayap kamu kepada orang-orang yang mengikuti kamu, orang-orang mukmin,

27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,

27:15. Dan Kami telah memberikan Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang melebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."

27:77. Ia adalah petunjuk, dan pengasihan, kepada orang-orang mukmin.

28:10. Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong, dan dia hampir-hampir menampakkan dia sekiranya Kami tidak menguatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.

28:47. Supaya tidak, apabila penderitaan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri mendahulukan, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau tidak mengutuskan seorang rasul kepada kami supaya kami mengikuti ayat-ayat Engkau, dan jadilah kami antara orang-orang mukmin?"

29:44. Allah mencipta langit dan bumi dengan yang benar; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang-orang mukmin.

30:4. Dalam beberapa tahun. Bagi Allah adalah Perintah, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu, orang-orang mukmin bergembira,

30:47. Sesungguhnya, Kami telah mengutus sebelum kamu rasul-rasul kepada kaum mereka, dan mereka mendatangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami untuk menolong orang-orang mukmin.

32:18. Apa? Adakah dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)? Mereka tidak sama.

33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut berbuat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.

33:11. Di situlah orang-orang yang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras.

33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan rasul-Nya menjanjikan kita, dan Allah dan rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.

33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran,

33:25. Dan Allah mengembalikan orang-orang yang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah menahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah adalah Kuat, Perkasa.

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.

33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.
(Allah dan rasul satu perintah)

33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah merahmati, dan kamu telah merahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu menyembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah menyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

33:43. Dia yang merahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin

33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka adalah pemberian yang besar daripada Allah.

33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata.

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.

34:31. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Kami tidak akan mempercayai al-Qur'an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya." Dan, jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian yang lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, "Kalau tidak kerana kamu, tentu kami menjadi orang-orang mukmin."

34:41. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi mereka menyembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka."

37:29. Mereka berkata, "Tidak, bahkan kamu bukanlah orang-orang mukmin,

37:81. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:111. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:122. Mereka adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

37:132. Dia adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin.

40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.

40:40. Sesiapa yang membuat kejahatan akan dibalas hanya dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa membuat satu kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk ke Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa perhitungan.

44:12. "Wahai Pemelihara kami, hilangkanlah azab daripada kami; kami adalah orang-orang mukmin."

45:3. Sesungguhnya pada langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin,

47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah mengetahui ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.

48:4. Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya mereka menambahkan iman pada keimanan mereka; kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana,

48:5. Dan supaya Dia memasukkan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka; itu, pada pandangan Allah, kemenangan yang besar.

48:12. Tidak, tetapi kamu menyangka bahawa rasul dan orang-orang mukmin tidak akan balik kepada keluarga mereka selama-lamanya, dan itu dinampakkan indah di dalam hati kamu, dan kamu menyangka dengan sangkaan buruk, dan kamulah kaum yang jahat."

48:18. Allah sangat berpuas hati terhadap orang-orang mukmin apabila mereka berjanji setia kepada kamu di bawah pokok, dan Dia mengetahui apa yang di dalam hati mereka, maka Dia menurunkan ketenangan kepada mereka dan mengganjari mereka dengan kemenangan yang dekat,

48:20. Allah menjanjikan kamu rampasan perang yang banyak untuk diambil; ini Dia menyegerakan kepada kamu, dan menahan tangan-tangan manusia daripada kamu, dan supaya ia menjadi satu ayat bagi orang-orang mukmin, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.

49:15. Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

51:35. Maka Kami mengeluarkan orang-orang mukmin yang di dalamnya,

51:55. Dan berilah peringatan; Peringatan bermanfaat kepada orang-orang mukmin.

57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak mempercayai Allah padahal rasul menyeru kamu untuk mempercayai Pemelihara kamu, dan Dia telah mengambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?

57:12. Pada hari apabila kamu melihat orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka, "Berita gembira untuk kamu pada hari ini! Taman-Taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah ia kemenangan yang besar."

58:10. Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

59:2. Dia yang mengeluarkan dari tempat tinggal mereka, orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka menyangka bahawa kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak jangkakan, dan Dia melemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai mata (penglihatan)!

59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (MUKMIN), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berilah orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah menafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

61:13. Dan yang lain yang kamu menyukai, pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin (yang mempercayai)!

63:8. Mereka berkata, "Jika kita kembali ke Kota, orang-orang yang perkasa daripadanya akan mengusir orang-orang yang lebih hina"; namun begitu, kemuliaan adalah bagi Allah, dan bagi rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya.

64:2. Dia yang mencipta kamu. Seorang daripada kamu tidak percaya, dan seorang daripada kamu mukmin; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

64:13. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

66:4. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.

66:5. Mungkin, jika dia menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!"

74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.

85:7. Dan mereka sendiri saksi-saksi atas apa yang mereka buat terhadap orang-orang mukmin.

85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.
(ayat terakhir di dalam al-Qur'an mengenai orang mukmin)

Balik ke Mukmin (1)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman