Kalimat musuh di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan musuh atau permusuhan diterjemah daripada empat perkataan - 'aduw, 'udwan, 'ada, 'adawah - yang terbit dari akar yang sama, adalah seperti berikut:

 

2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri)

2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh diri-diri (sesama) sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang menurunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."

2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Jibril, dan Mikail, maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang yang tidak percaya.
(Allah adalah musuh bagi orang tidak percaya)

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
(musuh yang nyata, atau yang boleh dilihat?)

2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim.

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

4:30. Tetapi sesiapa berbuat yang demikian itu dalam permusuhan, dan kezaliman, dialah yang Kami pasti akan memanggangkan di Api, dan itu bagi Allah adalah mudah.
(musuh jadi saudara kerana tali Allah)

4:44. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan menghendaki bahawa kamu juga sesat daripada jalan?
4:45. Allah sangat mengetahui musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.
(orang yang mengambil hanya sebahagian al-Qur'an adalah musuh - menghendaki orang lain juga sesat)

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidaklah bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
(jangan tolong-menolong dalam permusuhan)

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.

5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.

5:82. Sungguh, kamu mendapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang mempersekutukan; dan sungguh kamu mendapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu ialah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak menyombongkan diri.
(musuh paling ketat dan paling dekat)

5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
(musuh Nabi daripada syaitan jin dan manusia, mewahyukan ucapan palsu yang indah)

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, "Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"

7:24. Berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu."

7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan memusnahkan musuh kamu, dan Dia menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia memerhatikan bagaimana kamu akan buat."

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."

8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak mengetahui. Allah mengetahui mereka. Dan apa sahaja yang kamu menafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.

9:83. Maka, jika Allah mengembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka meminta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat berpuas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal."

9:114. Ibrahim tidak meminta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia menjanjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.

9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang rasul Allah, dan untuk lebih menyukai diri mereka daripada diri dia; itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka memijak sebarang pijakan yang menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka tidak juga memperoleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih (baik); sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.

12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.

17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!

20:39. 'Lemparkanlah dia ke dalam tabut (peti), dan lemparkanlah dia ke laut, dan biarkanlah laut melemparnya ke tebing. Seorang musuh-Ku dan musuhnya akan mengambilnya.' Dan Aku melemparkan kepada kamu kasih sayang daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku).
(kisah Nabi Musa)

20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah menyelamatkan kamu daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung, dan menurunkan kepada kamu manna dan salwa.

20:117. Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu menjadi sengsara.

20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara.

25:31. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.

26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,

28:8. Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.

28:15. Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."

28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu menghendaki untuk membunuh aku sebagaimana kamu membunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya menghendaki untuk menjadi penindas di bumi; kamu tidak menghendaki untuk menjadi daripada orang-orang yang membetulkan."

28:28. Berkata, "Demikian itulah antara aku dan kamu. Yang mana sahaja daripada dua tempoh yang aku menunaikan, ia tidak ada permusuhan padaku; dan Allah wakil atas apa yang kita mengatakan."

35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala.

36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

41:19. Pada hari apabila musuh-musuh Allah dikumpulkan ke Api, berbaris,

41:28. Itulah balasan ke atas musuh-musuh Allah - Api, di dalamnya mereka mendapati Tempat Tinggal Berkekalan sebagai balasan, kerana mereka menyangkal ayat-ayat Kami.

41:34. Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, menjadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia.

43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa,
(di akhirat)

46:6. Dan apabila manusia dikumpulkan, mereka adalah musuh-musuh bagi mereka, dan tidak percaya kepada penyembahan mereka.

58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir rasul dan kamu kerana kamu mempercayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan menginginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat mengetahui apa yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan; dan sesiapa antara kamu yang berbuat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.

60:2. Jika mereka menjumpai kamu, mereka akan menjadi musuh kamu, dan menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, untuk membuat kejahatan kepada kamu, dan mereka menginginkan supaya kamu tidak percaya.

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu mempercayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim mengucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan meminta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

60:7. Mudah-mudahan Allah membuatkan, antara kamu dan orang-orang antara mereka yang kamu bermusuhan, rasa kasih sayang. Allah berkuasa; Allah Pengampun, Pengasih.

61:14. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?” Pengikut-pengikut yang setia berkata, “Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.” Dan segolongan daripada Bani Israil percaya, dan segolongan tidak percaya. Maka Kami mengukuhkan orang-orang yang percaya terhadap musuh mereka, dan mereka menjadi orang-orang yang menguasai.
(penolong Allah)

63:4. Apabila kamu melihat mereka (orang munafik), tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu mendengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu memaafkan, dan mengenepikan, dan jika kamu mengampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(isteri dan anak)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman