Kalimat nabi di dalam al-Qur'an

 

Nabi adalah perkataan Arab. Jamaknya berbunyi nabiyun dan anbiya'. Sementara perkataan 'kenabian' pula diterjemah daripada nubuwah.

Ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut adalah seperti yang di bawah ini:

 

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Kami mempercayai apa yang diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"

2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
(ayat ini yang melarang membeza-bezakan Nabi adalah yang ke-3  mengandungi kata "Nabi" di dalam Al-Qur’an; ayat yang pertama dan kedua mengisahkan Nabi Musa dan kaumnya, Bani Israil.)

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan ialah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan al-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.
(manusia berselisih setelah Kitab datang kepada mereka, kerana keangkuhan; Allah memberi petunjuk kepada mereka yang percaya kepada Kitab)

2:246. Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di  jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

2:247. Kemudian Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya Allah membangkitkan Thalut bagi kamu sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimanakah patut bagi dia menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan, memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?" Dia berkata, "Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan menambahkannya dengan luas dalam pengetahuan dan tubuh. Allah memberi kerajaan kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."

2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun meninggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."

3:21. Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."

3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.

3:79. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya."
(Nabi tidak menyuruh pengikut menjadi hambanya, tetapi menyuruh
supaya mempelajari dan menguasai al-Qur’an.)

3:80. Dia tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?
(jangan sifatkan Nabi sebagai yang berkuasa seperti Tuhan)

3:81. Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu mengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."
(ada rasul yang bukan Nabi)

3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
(sekali lagi dilarang membeza-bezakan Nabi Allah)

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikian itu adalah kerana mereka melakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

3:146. Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak menjadi lemah kerana apa yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.

3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.

3:181. Sesungguhnya Allah mendengar ucapan orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya." Kami akan menulis apa yang mereka mengatakan, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata, "Rasalah azab yang membakar."

4:69. Sesiapa mentaati Allah dan rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah merahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para syahid (saksi), dan orang-orang salih (baik); merekalah teman-teman yang baik!

4:155. Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah menutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak mempercayai, kecuali sedikit.

4:163. Kami mewahyukan kamu sebagaimana Kami mewahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami mewahyukan Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan Kami memberikan Daud, Zabur.

5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.

5:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang menundukkan diri menghakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka janganlah kamu takut pada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir).
(sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang kafir)

5:81. Sekiranya mereka mempercayai Allah, dan Nabi, dan apa yang diturunkan kepada mereka, tentu mereka tidak mengambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi kebanyakan antara mereka adalah orang-orang fasiq.

6:89. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami mengamanahkannya kepada suatu kaum yang bukanlah orang-orang yang tidak percaya kepadanya.

6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
(syaitan jenis manusia, dan jin, menipu ajaran Nabi yang sebenar; tinggalkan mereka)

7:94. Kami tidak mengutus Nabi ke mana-mana bandar raya melainkan bahawa Kami mengambil penduduknya dengan kemasyghulan dan kesusahan supaya mereka merendah diri.

7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan membantunya dalam masa keperluan, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang yang beruntung."

7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang mempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk."

8:64. Wahai Nabi, cukuplah Allah bagi kamu, dan orang-orang mukmin yang mengikuti kamu.
(dalam peperangan)

8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.

8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu menghendaki keuntungan dunia, dan Allah menghendaki akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.

8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, "Jika Allah mengetahui sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan memberikan kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan mengampuni kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."

9:61. Dan sebahagian antara mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah, "Telinga yang baik bagi kamu; dia mempercayai Allah, dan mempercayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih."

9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

9:113. Tidak patut bagi Nabi, dan orang-orang yang percaya, meminta ampun bagi orang-orang yang menyekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah menjadi jelas bagi mereka bahawa mereka itu akan menjadi orang-orang Jahim.

9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.

17:55. Dan Pemelihara kamu sangat mengetahui semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah melebihkan sebahagian Nabi di atas sebahagian yang lain; dan Kami memberikan Daud Zabur.

19:30. Berkata (Isa), "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.

19:41. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang sabar, seorang Nabi.

19:49. Maka, apabila dia menjauhkan diri daripada mereka, dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, Kami memberikannya Ishak dan Yaakub, dan masing-masing Kami menjadikan Nabi.

19:51. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.

19:53. Dan Kami memberikan dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.

19:54. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.

19:56. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
(apabila ayat-ayat Allah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, menangis ... dan tentu sekali mereka mengikutinya)

22:52. Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
(Nabi juga berkhayal, tetapi ......)

25:31. Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.

29:27. Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami membuatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami memberi dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.

33:1 - 2. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut berbuat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.

33:7. Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,

33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib (Medina), tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka meminta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya menghendaki untuk lari.
(minta izin daripada Nabi untuk tidak berperang)

33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.

33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang melakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi katakanlah perkataan-perkataan yang baik.

33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah menetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.

33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah mengetahui segala sesuatu.

33:45 - 46. Wahai Nabi, Kami mengutus kamu sebagai seorang saksi, dan pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami mengetahui apa yang Kami menetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diundang, maka masuklah; dan apabila kamu telah selesai makan, bertaburlah, dan janganlah berpanjangan dalam hadis; itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu meminta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti rasul Allah, dan tiada juga untuk mengahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.

33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

37:112. Kemudian Kami memberi dia berita gembira dengan Ishak, seorang Nabi, termasuk orang-orang yang salih (baik).

39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
(di akhirat, Kitab diletakkan untuk pengadilan)

43:6-7. Berapa banyaknya Nabi yang Kami telah utus di kalangan orang-orang dahulu kala? Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.

45:16. Sesungguhnya Kami telah memberikan Bani Israil al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, dan Kami merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan Kami melebihkan mereka di atas semua alam.

49:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menaikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak menjadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak menyedari.

57:26. Dan Kami telah mengutus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami membuatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian antara mereka mendapat petunjuk, dan kebanyakan antara mereka orang-orang fasiq.

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
("dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik" bermaksud juga Nabi harus diingkari sekiranya dia menyuruh yang tidak baik)

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.

66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.
(Nabi ditegur kerana mengharamkan yang dihalalkan-Nya)

66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis; dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak mengaibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu."

66:9. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
(ayat terakhir yang mengandungi kata "Nabi" di dalam al-Qur’an; perjuangan terhadap orang-orang yang tidak percaya kepada al-Qur’an dan yang berkata mereka percaya tetapi tidak mengikutinya)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman