Kalimat neraka (2) di dalam al-Qur'an


Senarai kalimat yang berkaitan dengan "neraka" (perkataan ini tidak disebut di dalam al-Qur'an) dipanjangkan lagi dengan lima kalimat berikut:

sa'ir (yang menyala), 

saqar (kalimat ini dikekalkan; ada pendapat mengatakan ia bermaksud api neraka), 

laza (relau), 

jahanam (kalimat ini dikekalkan) dan 

jahim (juga dikekalkan di dalam Bacaan)

 

Sa'ir (yang menyala):

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

4:10. Orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah memakan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.

4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada yang menghalangi daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.

17:97. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi mereka yang Menyala.

22:4. Kepadanya dituliskan bahawa sesiapa yang mengambilnya sebagai sahabat, dialah yang ia menyesatkan, dan ia memberinya petunjuk pada azab yang Menyala.

25:11. Tidak, tetapi mereka mendustakan Saat; dan Kami menyediakan bagi orang yang mendustakan Saat dengan yang Menyala.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang Menyala?

33:64. Allah melaknatkan orang-orang yang tidak percaya, dan menyediakan untuk mereka yang Menyala,

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami membuatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala.

42:7. Dan demikianlah Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

48:13. Sesiapa yang tidak mempercayai Allah dan rasul-Nya, Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, yang Menyala.

67:5. Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami menyediakan bagi mereka azab yang Menyala.

67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami tidak menjadi orang-orang Menyala.”

67:11. Lalu mereka mengakui kesalahan-kesalahan mereka. Celakalah orang-orang Menyala!

76:4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang tidak percaya, rantai-rantai, dan belenggu-belenggu, dan yang Menyala.

84:12. Dan dia dipanggang di yang Menyala.

 

Saqar:

Kalimat "saqar" dikekalkan di dalam Bacaan walaupun ada pendapat mengatakan ia bermaksud "api neraka". Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut ada empat, seperti berikut:

54:48. Pada hari apabila mereka diheret di atas muka-muka mereka ke dalam Api: "Rasalah sekarang sentuhan Saqar!"

74:26. Sungguh, Aku akan memanggangkan dia di dalam Saqar,

74:27. Dan tahukah kamu apa ia Saqar?

74:42. “Apakah yang mengasakkan kamu ke dalam Saqar?”

 

Laza (relau):

Terdapat satu sahaja ayat yang mengandungi perkataan "relau", iaitu:

70:15. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya ia sebuah relau,

 

Jahanam:

Kalimat ini juga dikekalkan di dalam Bacaan. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandunginya adalah:

2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, "Takutilah Allah", kesombongan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!

3:12. Katakanlah kepada orang-orang yang tidak percaya, "Kamu akan dikalahkan, dan dikumpulkan ke dalam Jahanam - sebuah buaian yang buruk!"

3:162. Apa, adakah orang yang mengikuti kepuasan hati Allah itu sama seperti orang yang dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu kepulangan yang buruk!

3:197. Sedikit kesenangan, kemudian tempat menginap mereka ialah Jahanam; sebuah buaian yang buruk!

4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada yang menghalangi daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.

4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar.

4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

4:115. Tetapi sesiapa melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas baginya, dan mengikuti jalan selain daripada orang-orang mukmin, Kami memalingkan dia kepada apa yang dia menguasai, dan Kami pasti akan memanggang dia di Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

4:121. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan mereka akan mendapati tiada tempat lari daripadanya.

4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.

4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.

7:18. Berkata, "Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sungguh Aku akan memenuhi Jahanam dengan kamu semua."

7:41. Jahanam menjadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim.

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

8:16. Sesiapa yang memalingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

8:36. Orang-orang yang tidak percaya menafkahkan (membelanjakan) harta-harta mereka untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan mereka masih akan menafkahkannya, hingga ia adalah satu penyesalan bagi mereka, kemudian dikalahkan; dan orang-orang yang tidak percaya akan dikumpulkan di dalam Jahanam,

8:37. Supaya Allah memisahkan yang buruk daripada yang baik, dan supaya Dia meletakkan yang buruk, sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu Dia melonggokkan mereka kesemuanya, dan meletakkan mereka di dalam Jahanam; mereka itulah orang-orang yang rugi.

9:35. Pada hari mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka, akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan."

9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan janganlah menggodaku." Tidakkah mereka telah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.

9:63. Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang Allah dan rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya? Itulah kerendahan yang besar.

9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.

9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang rasul Allah, dan tidak suka berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka memahami."

9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.

9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunannya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

11:119. Kecuali orang-orang yang kepada mereka Pemelihara kamu mengasihani. Untuk itulah Dia mencipta mereka, dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu, "Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya."

13:18. Bagi orang-orang yang menyahuti Pemelihara mereka adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahuti-Nya - sekiranya bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan menebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka perhitungan yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - sebuah buaian yang buruk!

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

14:29. Jahanam, di dalamnya mereka dipanggang; buruknya satu kestabilan!

15:43. Jahanam menjadi janji temu mereka, kesemuanya.

16:29. Maka masuklah pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

17:8. Mudah-mudahan Pemelihara kamu mengasihani kamu; tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali; dan Kami membuatkan Jahanam sebuah penjara bagi orang-orang yang tidak percaya.

17:18. Sesiapa yang menghendaki kesegeraan (dunia ini), Kami menyegerakan baginya di dalamnya apa yang Kami mengkehendaki kepada sesiapa yang Kami mengkehendaki; kemudian Kami memberikannya Jahanam, di dalamnya dia dipanggang, dengan terkutuk, terbuang.

17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

17:63. Berkatalah Dia, "Pergilah! Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!

17:97. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi mereka yang Menyala.

18:100. Dan pada hari itu, Kami mengemukakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya yang berpaling dengan jelas,

18:102. Apa, adakah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hamba-Ku sebagai wali (pelindung), selain daripada Aku? Kami menyediakan Jahanam untuk sajian orang-orang yang tidak percaya.

18:106. Itulah balasan mereka - Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka mengambil ayat-ayat-Ku, dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan.

19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.

19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,

20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.

21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami membalas dengan Jahanam; begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim.

21:98. "Sesungguhnya kamu, dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan turun kepadanya."

23:103. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya.

25:34. Orang-orang yang akan dikumpulkan ke Jahanam di atas muka-muka mereka, mereka berada di tempat yang lebih buruk dan lebih jauh sesat daripada jalan.

25:65. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri,

29:54. Mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.

29:68. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia mendustakan yang benar apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?

32:13. "Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'

35:36. Bagi orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, api Jahanam; mereka tidak diakhirkan, dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami membalas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).

36:63. Inilah Jahanam yang kamu telah dijanjikan,

38:56. Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu buaian yang buruk!

38:85. Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan kamu, dan dengan sesiapa antara mereka yang mengikuti kamu, kesemuanya."

39:32. Tetapi siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?

39:60. Dan pada Hari Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?

39:71. Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya."

39:72. Dikatakan, "Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang menyombongkan diri!

40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"

40:60. Pemelihara kamu berkata, "Mohonlah kepada-Ku, dan Aku akan menyahuti kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."

40:76. Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,

45:10. Di belakang mereka Jahanam; dan apa yang mereka telah mengusahakan tidak akan berguna bagi mereka sedikit pun, dan tidak juga yang mereka mengambil sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah; bagi mereka, azab yang besar.

48:6. Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

50:24. "Lemparlah, kamu berdua, ke dalam Jahanam tiap-tiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang degil,

50:30. Pada hari Kami berkata kepada Jahanam, "Adakah kamu sudah penuh?" Dan ia berkata, "Apakah ada tambahan?"

52:13. Pada hari mereka ditolak kepada api Jahanam, ditolak dengan sungguh-sungguh,

55:43. Inilah Jahanam yang orang-orang yang berdosa mendustakan.

58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

66:9. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

67:6. Dan bagi orang-orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka ialah azab Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

72:15. Tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka menjadi kayu api untuk Jahanam!”

72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya.”

78:21. Sesungguhnya, Jahanam menjadi satu perangkap,

85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.

89:23. Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia mengingati; dan bagaimanakah Peringatan baginya?

98:6. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang menyekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya; mereka itulah seburuk-buruk makhluk.

 

Jahim:

Jahim adalah kalimat asal, yang turut dikekalkan di dalam al-Qur'an. Ayat-ayat yang membawa kalimat itu adalah seperti di bawah:

2:119. Kami mengutus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai orang-orang Jahim.

5:10. Dan orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Jahim.

5:86. Tetapi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Jahim.

9:113. Tidak patut bagi Nabi, dan orang-orang yang percaya, meminta ampun bagi orang-orang yang menyekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah menjadi jelas bagi mereka bahawa mereka itu akan menjadi orang-orang Jahim.

22:51. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami, untuk membatalkannya, mereka menjadi orang-orang Jahim.

26:91. Dan Jahim dihadapkan kepada orang-orang yang bersalah.

37:23. Selain daripada Allah, dan tunjukkanlah mereka jalan Jahim!

37:55. Kemudian dia melihat, dan melihatnya di tengah-tengah Jahim.

37:64. Ia adalah pokok yang keluar di akar Jahim,

37:68. Kemudian mereka kembali ke Jahim.

37:97. Mereka berkata, "Binalah satu bangunan untuknya, dan lemparlah dia ke dalam Jahim!"

37:163. Melainkan orang yang akan dipanggang di dalam Jahim.

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya melafaz sanjungan Pemelihara mereka, dan mempercayai-Nya, dan mereka meminta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

44:47. "Ambillah dia, dan tolaklah dia sampai di tengah-tengah Jahim,

44:56. Mereka tidak akan merasakan di dalamnya kematian, kecuali kematian yang pertama. Dan Dia melindungi mereka daripada azab Jahim,

52:18. Bergembira dengan apa yang Pemelihara mereka memberikan mereka, dan Pemelihara mereka melindungi mereka daripada azab Jahim.

56:94. Dan dipanggang di dalam Jahim.

57:19. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar, dan orang-orang yang menjadi saksi (syahid) di sisi Pemelihara mereka; bagi mereka adalah upah mereka, dan cahaya mereka. Tetapi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah orang-orang Jahim.

69:31. Dan kemudian panggangkanlah dia di dalam Jahim,

73:12. Kerana di sisi Kami ada belenggu-belenggu, dan Jahim,

79:36. Dan Jahim dihadapkan kepada sesiapa yang melihat,

79:39. Sesungguhnya Jahim adalah tempat menginap.

81:12. Apabila Jahim dinyalakan,

82:14. Dan orang-orang jahat berada di dalam Jahim,

83:16. Kemudian mereka dipanggang di dalam Jahim.

102:6. Sungguh, kamu akan melihat Jahim.


Kembali ke neraka (1)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman