Kalimat pegang di dalam al-Qur'an


Pegang, berpegang atau berpegang teguh yang diguna di dalam Bacaan diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit daripada tiga kata akar. Namun bukan semua kalimat yang terbit dapat diterjemah kepada perkataan tersebut.
(Transliterasi di sini mungkin didapati sedikit pelik kerana dipetik daripada rujukan dalam bahasa Inggeris. Maaf.)

 

1. Mim Sin Kaf (m s k)

Terbitannya ialah misk ("Penutupnya kesturi ....." 83:26), massaka, amsaka, dan istamsaka.

(b) massaka ~ yumassiku
(satu ayat sahaja)

7:170. Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.


(c) amsaka (bermaksud to hold, to detain, to retain, dan sebagainya termasuk one who withholds or retains)

- terdapat banyak ayat mengandunginya (contoh "... maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu" 5:4), dan daripada terbitannya, iaitu

amsik (contoh "... dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik" 2:231),

imsak (satu ayat sahaja "... Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik" 2:229),

mumsik (contoh "... Apa sahaja pengasihan yang Allah membukakan kepada manusia, tiada yang dapat menahannya" 35:2), dan

yumsiku (terdapat 9 ayat tetapi hanya satu diterjemah kepada berpegang)

60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

Satu contoh ayat yang tidak diterjemah kepada berpegang berbunyi "... janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli" (2:231).


(d) istamsaka (bermaksud to lay hold of, to hold fast unto, dan sebagainya)
- kesemua ayat yang mengandunginya diterjemah kepada berpegang, seperti berikut:

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

31:22. Dan sesiapa yang menundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.

43:21. Atau, adakah Kami telah memberikan mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

 

2. Ain Sod Mim

Terbitannya ialah:

(a) 'asama ~ ya'simu, 'asim (bermaksud to save from harm, to protect, to defend, dan lain), contoh "... Allah melindungi kamu daripada manusia" (5:67)

 

(b) 'isam (bermaksud tie, guardianship), satu ayat sahaja "... Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya" (60:10)

 

(c) ista'sama (to abstain dan sebagainya), satu ayat sahaja "... Benar, aku telah menggoda diri dia, tetapi dia menolak" (12:32), dan

 

(d) i'tasama (bermaksud to take hold on, to cleave firmly, to hold fast to); semua diterjemah kepada berpegang teguh.

3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.

4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan memberi mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

 

3. Qaf Ba Dod

Kata akar ini menerbitkan dua kalimat, iaitu qabada (bermaksud to seize, to grasp, to close, dan sebagainya, atau mengambil, menarik, menggenggam, dan lain) dan qabdah (bermaksud handful) yang terkandung di dalam ayat 20:96 dan 39:67.

Qabada (ayat 20:96, 25:46) menerbitkan pula yaqbidu (2:245, 9:67, 67:9), qabd (25:46) dan maqbud, yang terdapat pada satu ayat sahaja, dengan maksud berlainan, berbunyi,

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman