Kalimat pemberian di dalam al-Qur'an

Dua kalimat, fadl dan ala, diterjemah kepada pemberian di dalam Bacaan. Ayat-ayat yang mengandungi kedua-dua kalimat tersebut adalah:

 

(i)  fadl:

Selain daripada "pemberian", fadl juga diterjemah kepada "kelebihan" (7:39, 11:3 dan 11:27) kerana menurut konteks ayat yang berkenaan.

 

2:64. Kemudian kamu berpaling sesudah itu. Jika tidak kerana pemberian dan pengasihan Allah kepada kamu, tentu kamu termasuk orang-orang yang rugi.

2:90. Buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah menurunkan, mendengki bahawa Allah menurunkan pemberian-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

2:105. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang menyekutukan, tidak menginginkan bahawa sebarang kebaikan diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu,  tetapi Allah memilih untuk pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; Allah mempunyai pemberian yang besar.

2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.

2:243. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka, "Matilah!" Kemudian Dia menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

2:251. Dan mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

2:268. Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

3:73. Dan janganlah mempercayai sesiapa kecuali orang yang mengikuti agama kamu." Katakanlah, "Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada sesiapa yang serupa dengan apa yang kamu diberi", atau mendebat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah, "Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia memberinya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

3:74. Dia memilih untuk pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki, dan Allah mempunyai pemberian yang besar."

3:152. Allah telah benar dalam janji-Nya kepada kamu, ketika kamu menghancurkan mereka dengan izin-Nya; sehingga kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan, dan mengingkari, setelah Dia memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu menyukai. Antara kamu ada yang menghendaki dunia, dan antara kamu ada yang menghendaki akhirat. Kemudian Dia memalingkan kamu daripada mereka, supaya Dia menguji kamu; dan sesungguhnya Dia memaafkan kamu; dan Allah mempunyai pemberian kepada orang-orang mukmin (yang mempercayai).

3:170. Mereka bergembira dengan pemberian yang Allah memberikan mereka, dan bergembira dengan orang-orang yang tinggal di belakang dan belum turut bersama mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:171. Mereka bergembira dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang mukmin.

3:174. Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh keburukan; mereka mengikuti kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

3:180. Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah telah memberikan mereka, janganlah mereka menyangka bahawa itu lebih baik bagi mereka; tidak, ia adalah lebih buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat; dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi; dan Allah menyedari apa yang kamu buat.

4:32. Dan janganlah kamu mengingini apa yang Allah melebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.

4:37. Orang-orang yang kikir, dan menyuruh manusia supaya menjadi kikir, dan mereka sendiri menyembunyikan pemberian yang Allah memberikan mereka, Kami menyediakan untuk orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.

4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah memberikan mereka? Sungguh, Kami telah memberikan keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami memberikan mereka kerajaan yang besar.

4:70. Itulah pemberian daripada Allah, dan cukuplah Allah sebagai Yang mengetahuinya.

4:73. Tetapi jika pemberian daripada Allah menimpa kamu, tentu dia mengatakan seakan-akan tidak pernah ada kasih sayang antara kamu dan dia, "Sekiranya aku berada bersama mereka, tentu aku mendapat kemenangan dengan kemenangan yang besar."

4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.

4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentulah segolongan daripada mereka bermaksud untuk menyesatkan kamu, tetapi mereka hanya menyesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak memudaratkan kamu sedikit pun. Allah menurunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.

4:173. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan membayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia menambahkan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombongkan diri, merekalah yang Dia akan mengazab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan mendapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

4:175. Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan memberi mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, "Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu mengusahakan."

8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan untuk kamu satu Pembeza, dan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan mengampuni kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:59. Sekiranya mereka sangat berpuas hati dengan apa yang Allah dan rasul-Nya memberikan mereka, dengan berkata, "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberikan kami daripada pemberian-Nya, dan rasul-Nya; kepada Allah kami berharapkan."

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

9:75. Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia memberikan kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."

9:76. Maka apabila Dia memberikan mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.

10:58. Katakanlah, "Dengan pemberian Allah, dan pengasihan-Nya - dengan yang demikian hendaklah mereka bergembira; itu lebih baik daripada apa yang mereka mengumpulkan."

10:60. Apakah yang mereka menyangka, yang mengada-adakan dusta terhadap Allah pada Hari Kiamat? Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

10:107. Dan jika Allah menyentuh kamu dengan penderitaan, tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki sebarang kebaikan kepada kamu, tiada yang dapat menolak pemberian-Nya; Dia menimpanya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya.' Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."

11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:27. Maka berkatalah pembesar-pembesar daripada orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami tidak melihat kamu selain daripada seorang manusia yang serupa dengan kami, dan kami tidak melihat mana-mana yang mengikuti kamu melainkan yang paling hina antara kami, dengan tanpa pertimbangan. Kami tidak melihat kamu mempunyai terhadap kami sebarang kelebihan; tidak, tetapi kami menyangka bahawa kamu adalah pendusta-pendusta."

12:38. Dan aku mengikuti anutan bapa-bapaku, Ibrahim, dan Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk menyekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.

16:14. Dia yang menundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan mengeluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih.

17:12. Kami membuatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami menghapuskan ayat malam, dan Kami membuatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan; dan segala sesuatu Kami menjelaskan dengan cukup jelas.

17:66. Pemelihara kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut supaya kamu mencari pemberian-Nya; sesungguhnya Dia adalah Pengasih terhadap kamu.

17:87. Kecuali dengan pengasihan Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.

24:10. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima Taubat, Bijaksana!

24:14. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya di dunia dan di akhirat, tentulah kamu disentuh kerana rungutan-rungutan kamu, dengan azab yang besar.

24:20. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Lembut, Pengasih.

24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka memaafkan dan mengampunkan. Tidakkah kamu menyukai bahawa Allah akan mengampuni kamu? Allah Pengampun, Pengasih.

24:32. Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu, dan hamba-hamba kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.

24:38. Supaya Allah membalas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan menambahkan kepada mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.

27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benarlah pemberian yang nyata."

27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."

27:73. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia; tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

28:73. Daripada pengasihan-Nya, Dia membuatkan untuk kamu malam dan siang, untuk kamu berehat padanya, dan untuk mencari pemberian-Nya, supaya kamu berterima kasih."

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu menginginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:45. Supaya Dia membalas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan daripada pemberian-Nya; Dia tidak menyukai orang-orang yang tidak percaya.

30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia mengutuskan angin dengan membawa berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka adalah pemberian yang besar daripada Allah.

34:10. Dan Kami telah memberikan Daud pemberian daripada Kami, "Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah pujian-Ku bersamanya, dan kamu burung-burung!" Dan Kami melembutkan untuknya besi,

35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan mengeluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

35:30. Supaya Dia membayar sepenuhnya upah mereka, dan menambahkan kepada mereka pemberian-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Berterima Kasih.

35:32. Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.

35:35. Yang daripada pemberian-Nya menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal; di dalamnya tiada keletihan menyentuh kami, dan tiada juga kelesuan."

40:61. Allah yang membuatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih).

42:22. Kamu melihat orang-orang yang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah mengusahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kebaikan, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka mengkehendaki, mereka mendapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.

42:26. Dan Dia menyahuti orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan Dia menambahkan kepada mereka pemberian-Nya. Dan orang-orang yang tidak percaya - bagi mereka, azab yang keras.

44:57. Pemberian daripada Pemelihara kamu; itulah kemenangan yang besar.

45:12. Allah, Dia yang menundukkan laut untuk kamu supaya kapal-kapal berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.

49:8. Pemberian Allah, dan rahmat; Allah Mengetahui, Bijaksana.

57:21. Berlumba-lumbalah kepada keampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

57:29. Supaya ahli Kitab mengetahui bahawa mereka tidak berkuasa atas sesuatu daripada pemberian Allah, dan bahawa pemberian adalah di tangan Allah; Dia memberinya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

59:8. Ia adalah untuk penghijrah-penghijrah yang fakir (memerlukan), yang diusir daripada tempat tinggal mereka dan harta benda mereka, untuk mencari pemberian daripada Allah dan kepuasan hati, dan menolong Allah dan rasul-Nya; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

62:4. Itu pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.

73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

(ii)  ala:

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

7:74. Dan ingatlah apabila Dia melantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia menempatkan kamu di bumi, mengambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan memahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."

53:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu meragui?

55:13. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:16. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:18. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:21. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:23. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:25. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:28. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:30. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:32. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:34. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:36. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:38. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:40. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:42. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:45. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:47. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:49. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:51. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:53. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:57. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:59. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:61. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:63. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:65. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:67. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:69. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:71. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:73. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:75. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:77. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman