Kalimat Pembeza di dalam al-Qur’an
Perkataan pembeza atau dalam bahasa Arab,
furqan, didapati di dalam 7 ayat al-Qur’an. Ayat-ayatnya
berbunyi:
2:53. Dan apabila Kami memberikan Musa al-Kitab,
dan Pembeza, supaya kamu mendapat petunjuk.
(kitab Taurat adalah Pembeza.)
2:185. Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an
diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti
yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang
antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang
sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi
kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia
telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.
(al-Qur'an juga adalah Pembeza.)
3:3. Dia menurunkan kepada kamu al-Kitab dengan
yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan
Injil,
3:4. Sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan
Pembeza. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat
Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa,
Pendendam.
8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu
bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan untuk kamu satu Pembeza, dan
melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan mengampuni kamu; Allah
mempunyai pemberian yang besar.
(Jika bertakwa, atau
takut kepada Tuhan, dapat membezakan antara yang benar dengan yang
palsu.)
8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
21:48. Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeza, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa,
25:1. Berkatnya Dia yang menurunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman