Kalimat perhiasan di dalam al-Qur'an

Kalimat zinah di dalam al-Qur'an diterjemah kepada perhiasan. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut disenaraikan di bawah. Diselitkan juga di hujung halaman ini sebuah ayat yang mengandungi kalimat risy yang bermakna pakaian perhiasan.

 

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.

7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."

11:15. Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.

16:8. Dan kuda, dan baghal, dan keledai, untuk kamu menunggangi mereka, dan sebagai perhiasan; dan Dia mencipta apa yang kamu tidak tahu.

18:7. Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.

18:28. Dan sabarkanlah diri kamu dengan orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan menghendaki wajah (sokongan)-Nya, dan janganlah mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah mentaati orang yang hatinya Kami melalaikan daripada mengingati Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.

18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia; tetapi yang kekal, kerja-kerja kebaikan - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.

20:59. Berkata, "Janji temu kamu ialah Hari Perhiasan. Hendaklah manusia dikumpulkan pada waktu duha (pagi)."

20:87. Mereka berkata, "Kami tidak memungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami diberati oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami melemparkan mereka, seperti demikianlah Samiri melemparkan mereka, ke dalam api."

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

28:60. Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham?

28:79. Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia berkata, "Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang yang mempunyai peruntungan yang besar."

33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.

37:6. Kami menghiasi langit dunia dengan perhiasan daripada bintang-bintang,

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

 

Ayat yang mengandungi satu-satunya kalimat risy atau pakaian perhiasan ialah:

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman