Kalimat perjanjian di dalam al-Qur'an

Daripada dua akar kata ain ha dal dan wau sa qaf terbit beberapa kalimat yang bermaksud perjanjian dan beberapa lain yang berkaitan. Mereka dan ayat-ayat mengandungi mereka disenaraikan di bawah:


i. Ain Ha Dal

Daripadanya terbit kalimat-kalimat 'ahida, 'ahd, dan 'ahada (to make a convenant, a convenant, to make convenant) yang diterjemah kepada perjanjian.


2:27. Orang-orang yang memecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan supaya dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.

2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan menepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.

2:80. Dan mereka berkata, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung." Katakanlah, "Sudahkah kamu mengambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan memungkiri perjanjian-Nya, atau kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?"

2:100. Mengapa, setiap kali mereka membuat perjanjian, segolongan daripada mereka melemparkan perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mempercayai.

2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia menunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku membuat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim."

2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

3:76. Tidak, tetapi sesiapa yang menepati perjanjiannya, dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertakwa.

3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih.

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah membuat perjanjian dengan kami supaya kami tidak mempercayai mana-mana rasul sehingga dia mendatangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu mengatakan. Mengapa pula kamu membunuh mereka jika kamu berkata benar?"

6:152. Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.

7:102. Kami mendapati tiada perjanjian pada kebanyakan mereka; sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil."

8:56. Orang-orang yang kamu telah membuat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka melanggar perjanjian mereka setiap kali, dengan tidak bertakwa (takut kepada Tuhan).

9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan rasul-Nya kepada orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian.

9:4. Kecuali orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian, kemudian mereka tidak mengurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga menyokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertakwa.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

9:12. Tetapi jika mereka memungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan membidas agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang yang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.

9:75. Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia memberikan kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."

9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah yang lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu memperjualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.

13:20. Yang menepati perjanjian Allah, dan tidak melanggar perjanjian,

13:25. Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.

16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu membuat perjanjian, dan janganlah melanggar sumpah-sumpah setelah mengukuhkannya, dan kamu membuat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat.

16:95. Dan janganlah menjual perjanjian Allah untuk harga yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

17:34. Dan jangan mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.

19:78. Apa, adakah dia melihat yang ghaib, atau adakah dia telah mengambil perjanjian dengan Yang Pemurah?

19:87. Dengan tanpa kuasa syafaat (pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah mengambil dengan Yang Pemurah perjanjian.

20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"

20:115. Dan Kami telah membuat perjanjian dengan Adam sebelumnya, tetapi dia lupa, dan Kami mendapati padanya tiada tekad yang kuat.

23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka, mereka mengawasi;

33:15. Namun begitu, mereka telah membuat perjanjian dengan Allah sebelum itu, bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang; dan perjanjian dengan Allah akan ditanya.

33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran,

36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

43:49. Dan mereka berkata, "Wahai ahli sihir, mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar mendapat petunjuk."

48:10. Orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya berjanji setia kepada Allah; tangan Allah adalah di atas tangan-tangan mereka. Kemudian, sesiapa memungkiri sumpahnya, hanyalah memungkiri terhadap dirinya sendiri; dan sesiapa menepati perjanjiannya yang dibuat dengan Allah, Allah akan memberinya upah yang besar.

70:32. Dan yang mengawasi amanat mereka, dan perjanjian mereka,

Rujuk : http://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp?root=Ehd
~ A Concordance Of The Qur’an, muka surat 234 bukan 16 (seperti pertama kali diterbit)

 

ii. Wau Sa Qaf

Terdapat lima kalimat disebut di bawah yang terbit daripada akar di atas, membawa beberapa maksud, yang utamanya perjanjian.


Mawsaiq
- convenant, agreement, pledge

12:66. Berkata, "Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi. Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, "Allah menjadi Wakil atas apa yang kami mengucapkan."

12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu mensia-siakan Yusuf? Aku tidak akan meninggalkan bumi ini sehingga ayahku mengizinkan aku, atau Allah menghakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.


Misaaq - a compact, a convenant, solemn binding, a treaty

2:27. Orang-orang yang memecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan supaya dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.

2:63. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)."

2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan.

2:84. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, bahawa janganlah kamu menumpahkan darah kamu sendiri, dan jangan juga mengusir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal kamu, kemudian kamu mempersetujuinya, dan kamu sendiri mempersaksikan.

2:93. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu memerintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."

3:81. Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu mengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."

3:187. Dan apabila Allah mengambil perjanjian orang-orang yang diberi Kitab, "Hendaklah kamu memperjelaskannya kepada manusia, dan janganlah menyembunyikannya." Tetapi mereka melemparnya ke belakang punggung mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit - alangkah buruknya apa yang mereka menjualkan!

4:21. Bagaimanakah kamu akan mengambilnya, sedang masing-masing kamu telah berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah mengambil daripada kamu perjanjian yang kukuh

4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa kesesakan daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia memberi mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka berundur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan melemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

4:154. Dan Kami menaikkan di atas mereka Gunung, dengan mengambil perjanjian mereka dan Kami mengatakan kepada mereka, "Masuklah pintu gerbang dengan bersujud", dan Kami mengatakan kepada mereka, "Janganlah mencabuli Sabat"; dan Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.

4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah menutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak mempercayai, kecuali sedikit.

5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

5:12. Allah telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami membangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu melakukan solat, dan memberikan zakat, dan percaya kepada rasul-rasul-Ku, dan meneguhkan mereka, dan kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."

5:13. Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ampunkanlah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.

5:70. Dan Kami telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami mengutus rasul-rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak menginginkan, segolongan mereka mendustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.

7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, "Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka mempelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu faham?

8:72. Orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang memberikan perlindungan, dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi berhijrah, maka kamu tidak ada kewajipan untuk melindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka berhijrah; namun begitu, jika mereka meminta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk menolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

13:20. Yang menepati perjanjian Allah, dan tidak melanggar perjanjian,

13:25. Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.

33:7. Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,

57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak mempercayai Allah padahal rasul menyeru kamu untuk mempercayai Pemelihara kamu, dan Dia telah mengambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?


Wasaaq - bond, fetter, shackle

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang yang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah membunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia Sendiri akan menolong mereka; tetapi supaya Dia menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan menyesatkan amalan-amalan mereka.

89:26. Tiada seseorang yang mengikat seperti Dia mengikat. (dan Awsaaqa - to bind, to tie up, to fetter)


Wusaqa - most firm

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

31:22. Dan sesiapa yang menundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.


~ A Concordance Of The Qur’an, muka surat 1298

< Terima kasih kepada ulul_albab6236 >

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman