Kalimat ragu-ragu di dalam al-Qur'an
Ragu-ragu diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit dari tiga kata akar iaitu ra ya ba, sin kaf kaf dan mim ra ya.
Ra Ya Ba
- menerbitkan kalimat-kalimat raba, ribah, araba dan irtaba yang diterjemah kepada ragu-ragu, keraguan dan kebimbangan, menurut konteks ayatnya.
Ayat-ayat daripada akar tersebut adalah seperti berikut:
2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),
2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan panggillah saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.
3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu."
3:25. Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami mengumpulkan mereka untuk satu hari yang padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan dan mereka tidak dizalimi?
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?
5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."
6:12. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah menuliskan (menetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak mempercayai."
9:45. Mereka yang meminta izin kepada kamu hanyalah orang-orang yang tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.
9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang menjadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu melarang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyerukan kami, dengan kebimbangan."
11:110. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang selepas mereka - tiada yang mengetahui mereka kecuali Allah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka menolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dengan kebimbangan."
17:99. Tidakkah mereka melihat bahawa Allah, yang mencipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia menentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang yang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
18:21. Dan begitulah Kami menyerempakkan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, "Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat mengetahui mengenai mereka." Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, "Kami akan mengambil (bina) di atas mereka sebuah masjid."
22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.
22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur.
24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.
32:2. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.
34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka menginginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia.' Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
41:45. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
42:7. Dan demikianlah Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada Ibu Bandar-bandar raya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.
42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
45:26. Katakanlah, "Allah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
45:32. Dan apabila dikatakan, 'Janji Allah benar, dan Saat, tidak ada keraguan padanya', kamu berkata, 'Kami tidak mengetahui apakah Saat itu; kami menyangkanya hanya satu sangkaan, dan ia bukanlah yang menyakini.'"
49:15. Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.
50:25. Tiap-tiap penghalang kebaikan, pencabul, yang ragu-ragu,
52:30. Atau, adakah mereka berkata, "Seorang penyair yang untuknya kita menunggu nasib yang ragu-ragu (tidak pasti)"?
57:14. Mereka memanggil mereka, "Tidakkah kami bersama kamu?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kamu menganiayai diri-diri kamu sendiri, dan kamu menunggu-nunggu, dan kamu ragu-ragu, dan khayalan telah menipu kamu sehingga perintah Allah datang, dan penipu telah menipu kamu terhadap Allah.
65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.
74:31. Kami melantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami membuatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang tidak percaya, supaya orang-orang yang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah menghendaki dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan tiada yang mengetahui tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi manusia.
- menerbitkan kalimat syakk yang diterjemah kepada keraguan.
Ayat-ayatnya adalah seperti di bawah:
4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.
10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami menurunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang membaca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak menyembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang menjadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu melarang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyerukan kami, dengan kebimbangan."
11:110. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang selepas mereka - tiada yang mengetahui mereka kecuali Allah? Rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka menolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dengan kebimbangan."
14:10. Rasul-rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanyalah manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu menghendaki untuk menghalangi kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami kuasa yang nyata."
27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.
34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami mengetahui orang yang mempercayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.
34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka menginginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.
38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia.' Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
41:45. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
44:9. Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan, bermain-main.
- menerbitkan kalimat-kalimat miryah, mara, tamara, imtara yang diterjemah kepada ragu-ragu atau debat, menurut konteks ayat.
Ayat-ayat mereka adalah:
2:147. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
3:60. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
6:2. Dia yang mencipta kamu daripada tanah liat, kemudian menentukan satu tempoh, dan satu tempoh dinyatakan dengan-Nya; kemudian kamu ragu-ragu.
6:114. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami menurunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang membaca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu mempercayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka janganlah kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
11:109. Maka janganlah kamu berada dalam keraguan mengenai apa yang mereka ini sembah; mereka hanya menyembah seperti bapa-bapa mereka menyembah dari dahulu; dan sesungguhnya Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya bahagian mereka tanpa dikurangi.
15:63. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendatangkan kepada kamu mengenai apa yang mereka meragui.
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah menanyakan seseorang pun antara mereka satu keputusan.
19:34. Itulah Isa putera Mariam, dengan ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.
22:55. Dan orang-orang yang tidak percaya tidak berhenti-henti menjadi dalam keraguan padanya, sehingga Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau datang kepada mereka azab hari yang tandus.
32:23. Sesungguhnya Kami telah memberikan Musa al-Kitab; maka janganlah kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami membuatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.
41:54. Tidakkah mereka dalam keraguan mengenai pertemuan dengan Pemelihara mereka? Tidakkah Dia meliputi segala sesuatu?
42:18. Orang-orang yang tidak mempercayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.
43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; janganlah ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.
44:50. Inilah apa yang mengenainya kamu meragui."
53:12. Apa, adakah kamu meragui atas apa yang dia lihat?
53:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu meragui?
54:36. Dia telah memberi amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman