Kalimat rahmat di dalam al-Qur'an

 

Rahmat diterjemah daripada tiga kalimat di bawah, yang dalam akar kata yang sama juga menerbitkan perkataan bintang ternak (na'am atau an'am) di samping beberapa perkataan lain:

ni'mah - blessing, grace, favour
terjemahannya berwarna biru

na'ama - to bless, to be gracious
terjemahannya berwarna ungu, terdapat satu ayat sahaja

an'ama - (with prep 'ala) to bless, to be gracious toward, to favour
terjemahannya berwarna hitam


Ayat-ayat mengandungi mereka adalah:


1:7. Jalan orang-orang yang ke atas mereka Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.

2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan menepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.

2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam,

2:122. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami telah memberikan mereka. Sesiapa menukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

2:231. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

3:171. Mereka bergembira dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang mukmin.

3:174. Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh keburukan; mereka mengikuti kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

4:69. Sesiapa mentaati Allah dan rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah merahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para syahid (saksi), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!

4:72. Antara kamu ada orang yang berlengah-lengah; kemudian, jika penderitaan menimpa kamu, dia berkata, "Allah merahmati aku kerana aku bukan seorang syahid bersama mereka."

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku berpuas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia menahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.

5:23. Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah merahmati, "Masuklah menemui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu memasukinya, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan percayakanlah kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin."

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

8:53. Itu adalah kerana Allah tidak akan mengubah rahmat-Nya yang Dia menganugerahkan satu kaum sehingga mereka mengubahi apa yang ada pada diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia mengajarkan kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia menyempurnakannya sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:28. Tidakkah kamu melihat orang-orang yang menukar rahmat Allah dengan ketidakpercayaan (kekafiran), dan menempatkan kaum mereka di tempat tinggal kebinasaan?

14:34. Dan Dia memberikan kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu menghitung rahmat Allah, kamu tidak dapat menjumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan.

16:18. Jika kamu menghitung rahmat Allah, kamu tidak dapat menjumlahkannya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

16:53. Apa sahaja rahmat yang ada pada kamu, ia adalah daripada Allah; kemudian apabila penderitaan menyentuh kamu, kepada-Nya kamu melaung-laung.

16:71. Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?

16:72. Allah membuatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia membuatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia merezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah?

16:81. Dan Allah membuatkan untuk kamu lindungan daripada apa yang Dia cipta, dan Dia membuatkan untuk kamu, daripada gunung-gunung tempat perlindungan, dan Dia membuatkan untuk kamu baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu supaya kamu tunduk patuh.

16:83. Mereka mengenali rahmat Allah, kemudian mereka menafikannya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang tidak percaya (kafir).

16:112. Allah membuat satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka mengerjakan.

16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

16:121. Yang mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia memberinya petunjuk pada jalan lurus.

17:83. Dan apabila Kami merahmati manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia berputus asa.

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

26:22. Itu adalah satu rahmat yang kamu berbudi kepadaku, bahawa kamu memperhambakan Bani Israil."

27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."

28:17. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, dengan apa yang Engkau merahmati aku, maka aku tidak menjadi penyokong bagi orang-orang yang berdosa."

29:67. Tidakkah mereka melihat bahawa Kami membuatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?

31:20. Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menundukkan untuk kamu segala yang di langit, dan segala yang di bumi, dan Dia melebih-lebihkan ke atas kamu rahmat-Nya, yang nampak dan yang tersembunyi? Dan antara manusia ada yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan petunjuk, dan Kitab yang memberi cahaya.

31:31. Tidakkah kamu melihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami mengutuskan kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak melihat; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah merahmati, dan kamu telah merahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu menyembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah menyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?

37:57. Jika tidak kerana rahmat Pemeliharaku, tentu aku termasuk orang-orang yang dihadapkan.

39:8. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia melupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan mengadakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Bergembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu menjadi di kalangan orang-orang Api."

39:49. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Kami; kemudian, apabila Kami mengurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberinya hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

41:51. Dan apabila Kami merahmati manusia, dia berpaling, dan menjauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan menyentuhnya, dia mempunyai doa yang tidak putus-putus.

43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, "Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,

43:59. Dia hanyalah seorang hamba yang Kami merahmati, dan Kami membuat dia untuk menjadi satu contoh bagi Bani Israil.

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

48:2. Kerana Allah mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, yang lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

49:8. Pemberian Allah, dan rahmat; Allah Mengetahui, Bijaksana.

52:29. Maka berilah peringatan! Dengan rahmat Pemelihara kamu, kamu bukanlah seorang tukang tilik, dan bukan juga seorang yang dirasuk.

54:35. Satu rahmat daripada Kami; begitulah Kami membalas orang yang bersyukur (berterima kasih).

68:2. Kamu bukanlah, dengan rahmat Pemelihara kamu, seorang yang dirasuk.

68:49. Sekiranya tidak kerana rahmat Pemeliharanya, tentu dia dilemparkan ke tanah yang terbiar, dalam keadaan terkutuk.

89:15. Adapun manusia, apabila Pemeliharanya mengujinya, dan memuliakannya, dan merahmatinya, maka dia berkata, "Pemeliharaku memuliakan aku."

92:19. Dan tidak memihak dalam kurniaan kepada seseorang untuk dibalas,

93:11. Dan terhadap rahmat Pemelihara kamu, hendaklah menceritakannya.
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman