Kalimat riba di dalam al-Qur’an
Terdapat enam ayat yang mengandungi perkataan “riba” di dalam al-Qur’an. Mereka adalah seperti yang berikut:
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang bersalah.
2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.3:130. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
4:161. Dan kerana pengambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan memakan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
30:39. Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu memberikan dalam zakat, dengan menghendaki Wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakkan.
(pendapat penulis mengenai riba - ia adalah perdagangan atau jual beli yang mengambil untung berlipat kali ganda atau "profiteering" dalam bahasa Inggeris)
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman