Kalimat rosak di dalam al-Qur'an
Senarai di bawah mengandungi ayat-ayat al-Qur'an yang membawa perkataan rosak atau terbitannya, diterjemah daripada kalimat-kalimat (tiga kesemuanya) yang terbit dari akar fa sin dal iaitu fasada, fasad, dan afsada yang terbanyak:
2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."
2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.2:27. Orang-orang yang memecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan supaya dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.
2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
2:205. Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya, dan untuk memusnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak menyukai kerosakan.
2:220. Dunia dan akhirat. Mereka menanyai kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, "Untuk memperbetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah mengetahui benar orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mempersulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana."
2:251. Dan mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.
3:63. Dan jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang membuat kerosakan.
5:32. Oleh kerana itu, Kami menuliskan (menetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa membunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia telah membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia menghidupkan manusia kesemuanya. Rasul-rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.
5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.
7:56. Janganlah membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan, dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik.
7:74. Dan ingatlah apabila Dia melantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia menempatkan kamu di bumi, mengambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan memahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, dengan mengancam, dan menghalangi daripada jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dengan menginginkannya menjadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia melipatgandakan kamu, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
7:103. Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."
8:73. Bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.
10:40. Dan sebahagian daripada mereka mempercayainya, dan sebahagian tidak mempercayainya. Pemelihara kamu sangat mengetahui orang-orang yang membuat kerosakan.
10:81. Kemudian, setelah mereka melempar, Musa berkata, "Apa yang kamu mendatangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak membetulkan amalan orang-orang yang membuat kerosakan."
10:91. "Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang membuat kerosakan.
11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.
11:116. Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi - kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah menyelamatkan; tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan menjadi orang-orang yang berdosa.
12:73. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."
13:25. Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.
16:88. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, merekalah yang Kami menambahkan azab di atas azab kerana mereka membuat kerosakan.
17:4. Dan Kami telah menentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan membuat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."
18:94. Mereka berkata, "Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya Yajuj dan Majuj membuat kerosakan di bumi; maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?"
21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka menyifatkan!
23:71. Sekiranya yang benar mengikuti keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami mendatangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.
26:152. Yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan."
26:183. Dan janganlah mengurangi sesuatu daripada manusia, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.
27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada kesombongan. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan!
27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka memasuki sebuah bandar raya, merosakinya dan membuatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.
27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang membuat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.
28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia memecah-belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang membuat kerosakan.
28:77. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah memberikan kamu, tempat kediaman akhir, dan janganlah melupakan bahagian kamu di dunia ini; dan berbuatbaiklah, sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah mencari untuk membuat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan."
28:83. Tempat kediaman akhir itu, Kami membuatnya untuk orang-orang yang tidak menghendaki kesombongan diri di bumi, dan tidak juga kerosakan. Kesudahan adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan."
29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali.
38:28. Atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, seperti orang-orang yang membuat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
47:22. Jika kamu berpaling, adakah kamu akan membuat kerosakan di bumi, dan memutuskan hubungan pertalian darah?
89:12. Dan memperbanyakkan kerosakan di dalamnya?
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman