Kalimat Saat di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan saat atau sa'ah dalam bahasa Arab, adalah seperti berikut:
6:31. Sungguh rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, "Aduhai, menyesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!" Di atas punggung mereka, mereka memikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!
6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu menyeru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?"
7:34. Bagi tiap-tiap umat, ada satu tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
7:187. Mereka menanyai kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka menanyai kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
9:117. Allah menerima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia menerima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
10:45. Dan pada hari Dia mengumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka; rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah, dan mereka bukanlah orang-orang yang mendapat petunjuk.
10:49. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk memudaratkan diriku sendiri, atau memanfaatkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya."
12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?
15:85. Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya melainkan dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan permaafan yang manis.
16:61. Jika Allah mempertanggungjawabkan manusia kerana kezaliman mereka, tidaklah Dia meninggalkan di atasnya satu makhluk yang merayap; tetapi Dia menangguhkan mereka ke satu tempoh yang dinyatakan; dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
16:77. Kepunyaan Allah keghaiban di langit dan bumi. Dan urusan Saat seperti sekelip mata, atau lebih dekat. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
18:21. Dan begitulah Kami menyerempakkan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, "Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat mengetahui mengenai mereka." Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, "Kami akan mengambil (bina) di atas mereka sebuah masjid."
18:36. Aku tidak menyangka bahawa Saat akan datang; dan jika aku benar-benar dikembalikan kepada Pemeliharaku, aku pasti akan mendapati tempat berbalik yang lebih baik daripada ini."
19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah memanjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka melihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan mengetahui siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya."
20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir merahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan usahanya.
21:49. Orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan ketakutan kerana Saat.
22:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu! Sesungguhnya kegoncangan Saat adalah satu hal yang besar.
22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur.
22:55. Dan orang-orang yang tidak percaya tidak berhenti-henti menjadi dalam keraguan padanya, sehingga Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau datang kepada mereka azab hari yang tandus.
25:11. Tidak, tetapi mereka mendustakan Saat; dan Kami menyediakan bagi orang yang mendustakan Saat dengan yang Menyala.
30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.
30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.
30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.
31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia menurunkan hujan; Dia mengetahui apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa mengetahui apa yang ia akan mengusahakan esok, dan tiada jiwa mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
33:63. Manusia menanyai kamu mengenai Saat. Katakanlah, "Pengetahuannya hanyalah di sisi Allah; apakah yang membuat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?"
34:3. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau yang lebih besar, melainkan ia adalah di dalam Kitab yang jelas,
34:30. Katakanlah, "Kamu ada janji temu - satu hari yang kamu tidak melambatkannya dengan sesaat, dan tidak juga mendahulukannya."
40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!"
40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari apabila Dia memanggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata, "Kami menyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami."
41:50. Dan jika Kami merasakan kepada dia pengasihan daripada Kami, sesudah kesusahan yang menyentuhnya, tentu dia berkata, "Ini kepunyaanku; aku tidak menyangka bahawa Saat akan datang. Jika aku dikembalikan kepada Pemeliharaku, sesungguhnya yang paling baik di sisi-Nya adalah bagiku." Kemudian Kami akan memberitahu orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah buat, dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang keras.
42:17. Allah yang menurunkan Kitab dengan yang benar, dan Timbangan. Dan apakah yang membuat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?
42:18. Orang-orang yang tidak mempercayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.
43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; janganlah ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.
43:66. Tidaklah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?
43:85. Berkatnya Dia, yang bagi-Nya kepunyaan kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; di sisi-Nya pengetahuan mengenai Saat, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
45:27. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, orang-orang yang mengerjakan yang palsu akan rugi.
45:32. Dan apabila dikatakan, 'Janji Allah benar, dan Saat, tidak ada keraguan padanya', kamu berkata, 'Kami tidak mengetahui apakah Saat itu; kami menyangkanya hanya satu sangkaan, dan ia bukanlah yang menyakini.'"
46:35. Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.
47:18. Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka Peringatan mereka?
54:1. Saat sudah dekat; bulan terpecah.
54:46. Tidak, tetapi Saat adalah janji temu mereka, dan Saat sangat celaka, dan pahit.
79:42. Mereka menanyai kamu mengenai Saat, bilakah ia berlabuh.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman