Kalimat Sabat di dalam al-Qur'an
 

From: rijal66
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, June 12, 2009 2:47:12 PM
Subject: sabtu


Salamun alaikum tuan

utk makluman tuan, kami sekeluarga sentiasa menggunakan rujukan bacaan yg tuan bekalkan. Di sini saya nak tanya apakah maksud sabtu yg sebenarnya. Mengikut terjemahan tuan sabtu tu ialah sabat, sabat tu apa pula. Mohon penjelasan tuan

ayat hari sabtu/sabat: 6 ayat dalan aq iaitu 2/65,4/47,4/154,7/163/16/124

rijal

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Tentang maksud sabat yang sebenar ia mungkin dapat difahamkan daripada salah satu kalimat yang terbit daripada akar yang sama. Kalimat yang dimaksudkan iailah subat, bererti rehat. Hari Sabat ialah hari orang Yahudi berehat, misalan tidak pergi menangkap ikan.

Kami tidak tahu mengapa Sabat dikaitkan dengan hari ketujuh dalam seminggu (hari pertama Ahad atau Satu).  Tujuh dalam bahasa Arab ialah sab'ah yang terbit daripada akar Sin Ba Ain, iaitu berlainan dengan Sabat. Daripada kalimat tersebut terbit perkataan (hari) Sabtu dalam bahasa Melayu.

Selanjutnya di sini disenaraikan segala ayat yang mengandungi kalimat sabat dan dua yang lain dalam akar yang sama, seperti di bawah ini:


Kalimat Sabat di dalam al-Qur'an

Daripada kata akar Sin Ba Ta terbit tiga kalimat - sabata, sabt dan subat. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut disenaraikan seperti berikut:


SABATA - to keep the Sabbath

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.

 

SABT - the Sabbath

2:65. Dan sesungguhnya kamu tahu orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."

4:47. Wahai orang-orang diberi al-Kitab , percayalah kepada apa yang Kami turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami hapuskan muka-muka, dan pusingkannya di atas belakangnya, atau laknat mereka sebagaimana Kami telah laknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.

4:154. Dan Kami naikkan di atas mereka Gunung, ambil perjanjian mereka, dan Kami kata kepada mereka, "Masuklah pintu gerbang dengan bersujud", dan Kami kata kepada mereka, "Jangan cabuli Sabat"; dan Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh.

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka.

16:124. Sabat hanya dibuat ke atas orang-orang yang berselisih padanya; sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

 

SUBAT - rest

25:47. Dia yang buatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia buatkan untuk kebangkitan.

78:9. Dan Kami buatkan tidur kamu untuk satu kerehatan,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman