Kalimat sedekah di dalam al-Qur’an
Di bawah ini diturunkan kesemua 21 ayat al-Qur’an
yang mengandungi perkataan sedekah:
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah;
tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan
mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika
sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan
berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman,
sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada
yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah
tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap;
demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.
Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan
sewajarnya.
(semasa dalam haji)
2:263. Ucapan yang baik, dan keampunan, adalah
lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya,
Penyantun.
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan
sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan
hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah
dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya
tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan meninggalkannya tandus. Mereka tidak
ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka mengusahakan. Allah tidak
memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
(diikuti gangguan, celaan - batal)
2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu,
ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang
fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan
kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat.
(menampakkan dan merahsiakan; untuk fakir; melepaskan
daripada kejahatan)
2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.
2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran,
berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan,
itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui.
(orang yang berhutang)
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh
seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin
dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan
ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka
menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan
dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang
mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan
perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh
akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya,
hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah
Mengetahui, Bijaksana.
(menyedekahkan ganti
rugi)
4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan
pembicaraan rahsia mereka, melainkan bagi orang yang menyuruh memberi
sedekah, atau apa yang baik, atau memperbetulkan antara manusia. Sesiapa
yang berbuat demikian itu dengan menginginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami
akan memberinya upah yang besar.
(pembicaraan rahsia
untuk menyuruh bersedekah, membetulkan orang lain)
5:45. Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan)
untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk
hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada
pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya
satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah
menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(pembalasan disedekahkan)
9:58. Antara mereka mencari kesilapan dengan kamu
mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka
sangat berpuas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, maka mereka menjadi marah.
(bergaduh dalam penerimaan
sedekah)
9:60.
Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang
miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan,
dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan
musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(untuk fakir, miskin, yang beramal terhadap mereka, hati bersatu,
memerdekakan hamba, penghutang di jalan Allah, dan
musafir)
9:75. Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia memberikan kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."
9:76. Maka apabila Dia memberikan mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.
9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan
di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri
Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah
pendusta-pendusta.
(janji nak sedekah semasa
susah)
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan
orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang
yang tidak mendapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka
memperolok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang
pedih.
(memperolok-olokkan sedekah yang
kecil)
9:103. Ambillah daripada harta mereka
sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya,
dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah
Mendengar, Mengetahui.
9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah
yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah,
dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
(daripada harta - untuk membersihkan dan menyucikan; Allah ambil
sedekah!!)
12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka
berkata, "Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami.
Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami
sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas
orang-orang yang bersedekah."
(kisah Nabi Yusuf
dengan abang-abangnya)
33:35. Lelaki
yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang
mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan
perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki
yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang
bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa
dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan
perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan
perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah
yang besar.
(lelaki perempuan
sama)
57:18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang
bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka
meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk
mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.
(lelaki
perempuan sama; pinjaman kepada Allah)
58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila
kamu berbicara rahsia dengan rasul, maka sebelum pembicaraan rahsia kamu,
dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih
bersih. Namun begitu, jika kamu tidak mendapatkan, maka sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia
kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah
menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah
kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(sedekah sebelum bicara rahsia dengan
rasul)
63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami
merezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan
dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau menangguhkan aku kepada
satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk
orang-orang yang salih (baik).”
(minta tangguh kematian kerana hendak
bersedekah)
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman